42: Mengenali Azka

230 20 10
                                    

Mesej WhatsApp dari semalam telah mendorong aku untuk berpindah keluar dari rumah dan tinggal bersama Deeja.

Nombor telefon Dihar pula sudah kusekat. Buat masa sekarang, biarlah kami tidak bersua muka. Itu adalah jalan terbaik buat masa sekarang sementara menunggu kami pulang ke Madang nanti.

"Hana, tinggal jelah kat sini sampai berapa lama pun. Aku tak kisah. Tapi kau kena settlekan masalah kau secepat mungkin ye? Jangan biarkan hubungan korang gantung tak bertali," nasihat Deeja sambil memelukku.

"Thank you, Dee! Aku tak tahu dah nak harapkan siapa kat UK ni. Cuma kau seorang je yang aku ada."

"Aku silap menilai Dihar. Aku betul- betul ingatkan dia sayangkan kau. Dasar lelaki tak guna!" Marahnya sambil menghempas buku di tangan.

"Tak apa. Mungkin jodoh kami sampai di sini saja. It's okay. Pasti ada pelangi selepas hujan, kan?" balasku tersenyum kelat.

"Babe, aku okei kalau kau jadi dengan Faiq. Aku izinkan."

"Eh! Eh! Kau siapa? Mak dia? Adik dia? Amboi!" ujarku berseloroh.

"Aku bekas peminat dia. Aku happy asalkan kau happy dengan siapa saja. Aku boleh cari orang lain," jawap Deeja.

"Faiq aku anggap sekadar kawan jelah. Tak ada feeling lebih- lebih."

"Tak apa. Nanti adalah tu. Sekarang ni fikiran dan hati kau masih kacau. Kau tenang- tenang dulu. Alihkan perhatian pada benda lain. Boleh?"

"Aku okeilah. Don't worry about me. Belum sampai tahap nak bunuh diri macam si psiko tu," kataku lalu kami meletuskan ketawa.

-------

"Hana, smpai bila Hana nk elak dri bjmpa dgn abg?"

"Hi Azka! Hmmm ok. Kita jmpa. Tomorrow?"

"wow! Yes! Tq hana. Esk abg msg ye? Cant wait to see u ❤️"

Aku membaca kembali mesej semalam. Aku perlu alihkan perhatian dari segala kekusutan di dalam kepala aku. Dan kini, aku berdiri di hadapan sebuah cafe pilihan Azka.

Pintu kutolak dan aku nampak tangan melambai- lambai. Nampaknya Azka terlebih dahulu sampai daripada aku.

"Hana! Duduklah," jemput Azka.

"Abang dah pesan some pasta. Carbonara or bolognese? You can pick either one. Kalau tak ada yang berkenan, Hana pesan yang lain okei?"

"Wow! Dua- dua favourite Hana. Macam mana abang tahu?" soalku.

"I've made some research on you. Sorry," jawapnya. Dan aku terkejut dan sedikit gementar dengan personaliti di hadapanku ini.

"What? How? There isn't any info about me on the Internet." Aku mengerutkan dahi sambil memikirkan tentang maklumatku yang mungkin terdapat di google.

"Just kidding. Abang pesan secara random je. Sebab tu abang pesan dua. Anyway, how are you? Dah lama sangat kita tak jumpa," balasnya lantas menepuk- nepuk lembut belakangku.

"Ohhh... Ingatkan stalker tadi. I'm good. Thanks for asking. Abang pula macam mana?"

"You don't look good. Hana okei ke tak ni? Tengok mata dah tahu yang Hana ni ada masaalah."

"Personal problem. Sikit je pun. Tak payah risaulah."

"Share dengan abang, boleh?"

"No. Kita baru je kenal. Mana boleh share personal stories."

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now