Bagaimana mungkin kita bersama? Aku merasa berdosa jika aku membiarkan kita tetap bersama.
Tidak mungkin kita menyatu kerana ada sebuah ikatan darah daging yang menjadi penghalang di antara kita.
"Sayang, where r u? Jawap call abg."
Aku membiarkan mesej dari Dihar tidak dibalas. Panggilan dari semalam juga tidak kuendahkan. Cukuplah aku memberitahu yang aku perlukan ruang.
Aku mengesat airmata buat ke sekian kalinya. Aku belum cukup kuat untuk mengatakan semua ini kepadanya. Aku takut kalau aku lemah dengan pujuk rayunya lalu kembali bersamanya.
"what's wrong, hana? Kalau abg ada slh, bgitahu abg. Kita sma2 berusaha memahami masing2. Sekurg2nya bgitau abg hana kt mna. Lets talk it out."
Hatiku diruntun hiba dan dihimpit rasa bersalah. Pasti dia risau kenapa aku tiba- tiba menghilangkan diri tanpa sebab.
Telefonku berdering.
Faiq.
Tanpa berfikir panjang, aku menjawapnya. Faiq menyapa dengan nada yang begitu ceria. Sudah seminggu dia pulang ke Madang. Pengajiaannya tamat awal dan Faiq bernasib baik kerana dia sudah mendapat tawaran pekerjaan di sebuah syarikat gergasi di Madang.
"Tahniah tau dapat pekerjaan yang Faiq impikan selama ni!"
"Thank you, Hana! Semua pun berkat doa dan sokongan keluarga dan kawan- kawan. Temasuk Hana."
"Syukurlah dapat kerja awal, tak payah hidup menganggur macam Hana nanti. Kerja pun selesa kan?"
"Ye, berkat doa korang. Kerja okei sangat. Happy dapat kerja kat sini. Hey! Sikit lagi terlupa. Happy birthday, Hana!"
"Thank you!"
"Bila nak balik Madang?" tanyanya.
"Minggu depan kot."
"Cepatnya? Dihar dah nak balik dah ke?"
"Hana balik seorang."
"Huh? Kenapa pula?"
"Tak ada apalah."
"Mana ada tak ada apa. Dengar suara dah tahu dah. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Bagitahu Faiq, Hana. Kenapa tak balik dengan Dihar?"
Seketika itu juga, aku menangis. Aku gagal menyembunyikan perasaan yang terbuku.
"Dihar sakitkan hati Hana ke?" Faiq mengeluh sebelum bertanya.
"Sorry," hanya itu yang mampu aku ucap. Selebihnya, hanya suara tangisan yang kedengaran.
"I wish i could be there next to you, Hana. Nangislah puas- puas. Faiq sedia mendengar selepas Hana dah rasa okei."
"Kalau Faiq tahu dia buat Hana macam ni, Faiq tak akan balik hari tu," tambah Faiq lagi.
"Sorry, Hana tak boleh tahan dah. Sebolehnya Hana tak nak orang lain tahu," kataku setelah tangisanku mulai reda.
"Not with me, Hana. Faiq dah pernah bagitahu dulu kan... Anggap Faiq macam abang Hana."
"Hana dah jumpa abang kandung Hana."
"Hah? Baguslah... Kenapa baru bagitahu hari ni?"
"Hana baru tahu semalam. Tu yang masih terkejut. Orang yang Hana kenal selama ini."
"Faiq kenal juga ke orang tu?"
"Nantilah Hana bagitahu ye?"
"Hmm yelah... Sekarang ni Hana boleh cerita kat Faiq apa sebab Dihar buat Hana nangis macam ni? Dan yang teruknya, on your birthday!"
YOU ARE READING
I Hate That I Love You
RomanceSebuah cerita cliche tentang sepupu yang terpaksa dijodohkan oleh kerana kesilapan masing- masing. Namun perkahwinan hanyalah sebuah senjata untuk menyiksa perasaan pasangan. Perkahwinan diuji hebat dengan hadirnya orang ketiga di antara suami dan i...