13: Gastrik

312 19 6
                                    

Setibanya aku di rumah, keadaan begitu lengang. Kasut Hana dan Faiq terletak di luar namun tiada suara mereka kedengaran.

Aku jadi sedikit curiga. Aku melihat pintu bilik mereka berdua tertutup. Mungkin mereka sudah tidur. Atau mungkinkah mereka sedang berduaan? Atau mungkin aku harus memeriksa bilik salah seorang.

Tok! Tok! Tok!

Tidak lama itu Faiq membuka pintu biliknya. Dengan wajah yang baru bangun tidur, dia menggosok matanya.

"Sorry, kacau. Ingatkan takde orang kat rumah. Sunyi je tadi," ucapku dalam nada kesal kerana mengacau istirehatnya.

"It's okay. Aku tidur sekejap je tadi," balasnya dengan senyum sebaris.

"Hana pun tidur juga?" Soalku.

"Dia dah tidur dah tu kot lepas makan bubur nasi tadi." Faiq menutup pintu biliknya dan berjalan ke ruang tamu.

"Kenapa makan bubur nasi?" Soalku dengan kening bertaut.

"Badan dia lemah sangat. Aku sampai rumah tadi, dia tidur atas sofa," jawapnya sambil melabuhkan punggung atas sofa diikuti dengan aku.

"Habis tu? Kau papah dia masuk bilik dia ke tadi?" Soalku lagi tidak berpuas hati.

"Yelah. Takkan nak biarkan dia tidur atas sofa," ujar Faiq selamba.

"Oh... lain kali biar aku yang buat," balasku laju.

"Nak tunggu kau pukul lapan malam? Aku bukan dukung dia masuk bilik. Aku cuma papah je," balas Faiq tidak berpuas hati.

"Takpe kan kalau tidur kat sofa sekejap," balasku.

"Takpe bagi kau. Bagi aku tak. Aku takkan biarkan orang tengah sakit tidur dalam keadaan tak selesa."

"Okei. Lain kali, ada apa- apa call aku."

"Bro, aku ada. Kau tak payah risau. Kau jaga Emma. Hana, biar aku jaga sementara aku masih tinggal kat sini," balasnya dengan isyarat tangannya yang turut menyokong kenyataannya.

"Hana tu tanggungjawap aku. Papa dia amanahkan dia pada aku."

"Tanggungjawap apa kalau kau selalu marah dengan dia? Aku tak fahamlah dengan kau ni. Kau layan dia macam adik kau tapi bagi aku keterlaluan. Dengan Emma tak pula kau macam tu."

"Macam mana aku layan dia, dia tetap sepupu aku. Kau tak payah susah- susah jaga dia. Korang tak ada apa- apa hubungan. Susah nanti."

"Kau pun takde hubungan darah dengan dia. Susah juga tu nanti."

Aku terdiam sejenak. Nampaknya, Hana sudah menceritakan tentang hal peribadinya pada Faiq. Mereka nampaknya semakin rapat. Dan aku tidak akan membiarkan ia terjadi.

"Ye, betul tapi aku anggap dia macam sepupu aku yang ada talian darah. Walaupun aku kasar dengan dia tapi tu cara aku jaga dia."

"Kau kasar dengan dia sampai hati dia terluka. Aku tak suka tengok Hana kena layan macam tu," ujarnya sambil membuang pandangan ke tepi.

"Kau suka dia, ke?" Soalku tanpa berselindung.

"Tak kot," jawapnya ringkas.

"Kot?" Soalku lagi.

"Ye. Aku tak tahu lagi. Aku rasa aku tak ada perasaan apa- apa dengan dia. Aku cuma ambil berat dengan dia sebab tinggal serumah. Aku anggap dia macam adik angkat aku."

"Kalau kau rasa macam tu, baguslah. Jangan ubah rasa tu."

"Kenapa pula? Dia bukan ada boyfriend pun, kan?"

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now