BERSIAP awal pagi ni sudah tidak asing lagi untuk dia sebagai pelajar sekolah. Biasalah subuh tak subuh lagi dah kena bangun mandi, solat subuh, pakai baju, pakai seluar .. Argh! Semua lah.. senang cerita kira ready ke sekolah lah. Buku-buku tu bawak.. bukan tinggal kat rumah bagi atuk nenek opah baca. Aik macam ayat cikgu-cikgu ler pulak. Opss.
Usai bersiap, Haq Farhan keluar dari bilik terus ke dapur ruang untuk mereka sekeluarga menjamu selera.
"An dah siap?" senyum manis Puan Naira melihat anak lelakinya sudah kemas rapi iras-iras suaminya, Tuan Hiqman.
"Dah. Ayah mana bu?"
"Ada ni ha.. Paan dah siap?" Sampuk Tuan Hiqman dari belakang sambil membetulkan jam di tangan.
Macam biasa.. Haq Farhan hanya mengangguk. Dia tak berani nak cakap banyak banyak kang, kena marah kang dia yang sentap. Ayah kan.. tegas gitu... Dia sebagai anak kena hormat aje lah.
"Sarapan?" Soal ayahnya lagi. Dia bukan tegas. Dia cuma nak anak tunggal dia ni jadi lebih baik dari dia. Tak gitu?
Haq Farhan geleng kepala.
"Dah tu? Tunggu apa lagi?"
Puan Naira hanya memerhati. Begitu lah suaminya terlalu tegas dengan Haq walaupun dia tahu Haq bukan seperti budak-budak yang lain. Hm..
Mereka bertiga duduk di kerusi menikmati sarapan pagi. Macam biasa roti sapu jem strawberi dengan air teh panas. Hehe..
"KAU jalan ke Han?" soal Azhan yang menyambutnya di pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan A Berjaya (rekaan semata mata) hehe..
Aihh! Salah tu bukan sambut macam Vip tu.. Dia kebetulan je tunggu kat situ dek kerana nampak mamat ni meluru masuk ke sekolah. Sambil tu dia tunggu la kat pagar tu.. hehe"Dah tu kau nampak aku naik heli ke?" Sebelum mengatur langkah melintasi hadapan kawannya itu. Serius saja mukanya.
Azhan mencebik bibir. Itulah tahu dah kawan dia tu macam tu.. ahhaha kang kena tu. "Tunggu aku lah!"
Dia yang tunggu. Dia pula kena tinggal. Azhan Amir berlari mendapatkan Haq Farhan.
"By the way, hari ni first day dowhh!" Dia menyiku lengan Haq Farhan.
"Then?" Kusyuk dia berjalan hanya itu balasannya.
"Err, kau ni.. kita dah jadi senior laa.. Hahah" ujarnya sambil bertepuk tangan.
Macam budak. Haq Farhan tidak mengendahkan rakannya.. dia tak kisah la pasal tu.. Yang dia kisah, tahun ni SPM. huaa
Dia melihat jam ditangan. "Dah ar, aku pergi dulu lah. Jumpa kat pagar sekolah"
Kalut dia berjalan meninggalkan Azhan. Dia ada hal. Hal yang patut dia uruskan untuk hari pertama sekolah sehinggalah hari terakhir dia di sekolah ini.
Dasar Farhan! Kalut-kalut nak pi mana ?! Err, ehh Ya Allah dia lupa.. Farhan kan pengawas sekolah. Ehhh! Bukan pengawas sekolah biasa.. dia tu ketua lah orang kata..
"Pagar sekolah?" blurnya Azhan Amir ni.
Ohh! Dia bertugas dengan ketua hari ni kat pagar. Omelnya sendirian.Haq Farhan bergegas ke pejabat berjumpa dengan Cikgu Yamin a.k.a cikgu disiplin. Pesan cikgu masa hari pendaftaran hari tu nak jumpa Haq Farhan pagi sebelum jam 7:03 minit. Seram sejuk dia. Takut lambat. Bukan senang jadi ketua pengawas. Itu pasal la dia taknak tapi dah tercalon. Bersyukur la..
YOU ARE READING
Haq Sara
Teen FictionHaq Farhan, Sara Alisa. Fuhh dua insan yang berbeza bagai langit dengan bumi! Sorang pendiam, garang, masam aje memanjang. Sorang lagi happy go lucky lah orang kata. Tapi tu lah, yang macam langit dengan bumi ni lah sepupu a.k.a kawan dari kecil sam...