PANG!!
"Munafik!"
"Kenapa Alisa?" Dia mengusap pipinya.
"Kau tanya aku kenapa?! Kau jangan ingat aku bodoh la sial! Aku bukan macam orang-orang yang kau dah bodohkan. Dasar perempuan tak guna."
"Saya tak faham."
"Bodoh!" Sara menolak kasar Syahira.
"Aku nak kau mengaku kat satu sekolah ni apa yang sebenarnya kau dah buat."
Syahira terkedu.
"Apa Alisa cakap ni?"
Sekali lagi Sara mengangkat tangannya malang sekali tidak berjaya mendarat tepat dipipi perempuan itu dek tangannya ditahan.
"Kenapa ni Alisa?!" Marah Haq Farhan.
Sara terdiam.
"Kenapa kau lempang Sya?!" Soalnya lagi kasar.
"Kau tanya dia."
"Aku tanya kau!" Bentak Haq Farhan. Semua pelajar yang berada didalam kelas keluar ke koridor menyaksikan persaingan sengit ini.
Sara menarik tangannya yang dipegang kemas oleh Haq. Merah tangannya.
Naik turun dada Sara Alisa. Membara betul dia!
"Mana adab kau Alisa! Kau tak reti nak hormat orang dah ke sekarang?!" Marah Haq Farhan lagi. Dia sudah tidak menghiraukan pelajar pelajar lain yang melihat.
Sara Alisa menahan perasaan. "Sebelum kau tanya adab aku.. kau tanya dulu adab perempuan ni kat mana!!! Dasar perempuan tak guna!" Tempelak Sara.
Serta-merta Haq Farhan menolak kasar bahu Sara Alisa. Dia umpama tidak sedar dengan perbuatannya. Sanggupnya dia tolak Sara Alisa hanya kerana Syahira Sofea?!
"Jaga mulut kau Alisa! Sedar diri kau tu dulu sebelum cakap kat orang." Balas Haq Farhan pula.
Syahira Sofea hanya melihat pertelingkahan itu.
Berkerut kening Sara. Sedar diri aku?!
"Kau dengan Sya berbeza macam langit dengan bumi Alisa! Jadi kau tak layak nak kata macam macam pada Syahira!" Sambung Haq Farhan tanpa menghiraukan perasaan Alisa.
Terkedu Sara mendengarkan itu. Sungguh terguris hatinya kali ini. Haq Farhan yang dia kenal sangat jauh berbeza.
"What?"
"Oh ya!! Aku ni budak yang suka susahkan kau kan.. yeee tambahpula aku ni anak yatim piatu kan... memang patut kau kata macam tu.. aku tak nafikan. Maaflah aku tak sedar diri aku ni menumpang saja." Sambung Sara. Kecewanya dia. Retak seribu hatinya.
Air mata ditahannya supaya tidak berguguran jatuh. Amatlah lemah kalau dengan lelaki ini air matanya tumpah. Sekarang baru dia sedar.
Riak muka Haq Farhan berubah saat Sara mengungkapkan itu. Bukan! Bukan itu yang dia maksudkan.
"Buk.."
"Cukuplah Farhan.. kali ini aku betul-betul tak kenal siapa kau.. kau terlalu lain dengan Haq Farhan yang aku kenal dulu. Dan aku sangat puas hati, kau percayakan perempuan ni.." tutur Sara Alisa dengan nada mendatar.
"Dan aku harap.. kata-kata kau tu tak makan diri.." sambungnya.
Sara mengerling tajam Syahira Sofea disebelah Haq Farhan.
"Alisa.." ucap Syahira Sofea dengan suara serak.
"Apa?! Kau tak layak nak sebut nama aku sial!! Kau ingat aku akan pastikan kau melutut kat kaki aku!" Bentak Sara Alisa.
YOU ARE READING
Haq Sara
Teen FictionHaq Farhan, Sara Alisa. Fuhh dua insan yang berbeza bagai langit dengan bumi! Sorang pendiam, garang, masam aje memanjang. Sorang lagi happy go lucky lah orang kata. Tapi tu lah, yang macam langit dengan bumi ni lah sepupu a.k.a kawan dari kecil sam...