Bab 12

800 33 0
                                    

"ALISA!!" Panggil Haq Farhan dari bawah.

"Sabar boleh tak?" Sara Alisa menutup pintu biliknya dengan tergesa-gesa.

Dia menuruni anak tangga.

"Kau ni lembab lah!" Marah Haq Farhan. Dia keluar dari rumah itu.

Sara Alisa mengekorinya. "Tak menyempat eh kau! Mak Lang dengan Pak Lang senyap aje!"

Sara Alisa menutup pintu rumah itu manakala Haq Farhan menguncinya.

Kedua-duanya masuk ke dalam perut kereta Mercedes Benz milik Tuan Hiqman.

Sara Alisa dibahagian belakang bersama Puan Naira. Haq Farhan duduk dihadapan sebelah pemandu, Tuan Hiqman.

Kereta itu mula meluncur di atas jalan raya menuju ke lokasi yang dituju iaitu rumah Mak Ngah, kakak kepada Pak Lang.

"Macam mana team basketball kamu Paan?" Soal Tuan Hiqman menghilangkan kesunyian di dalam kereta.

"Okay.. kalau ikutkan selepas exam bulan ni.. kitorang ada match.." jawab Haq Farhan.

"Join basketball tu bagus. Cuma ayah nak kamu fokus juga belajar. 6 hari bulan kamu dah mula exam kan?"

Haq Farhan mengangguk. Tepat 6 hari bulan dia mula exam seperti yang dikatakan ayahnya walaupun dia tidak pernah memaklumkan. Dah macam ayahnya pula pengetua sekolah tu. Sedangkan ayahnya merupakan pesara tentera darat.

Sara Alisa dan Puan Naira hanya menjadi pendengar dibelakang. Mata Sara Alisa seakan mahu tertutup. Mengantuknya dia.. sepatutnya hari ni cuti boleh la dia rehat kat rumah. Takpelah nak jumpa sepupu kan... Hoorayy!

Tak perlu dipaksa lagi.. dia seakan sudah terbuai di dalam buaian bayi. Matanya tertutup rapat.

"Alisa tak exam?" Tanya Tuan Hiqman pada anak saudaranya pula. Mata masih fokus memandang jalan raya.

"Dah lena dah bang.." jawab Puan Naira tersengih.

Tuan Hiqman tertawa. "Mengantuk betul Alisa.."

Haq Farhan berpaling memandang Sara Alisa yang sudah lena dibuai mimpi. Kepalanya terlentok dibahu ibunya. Persis anak dan ibu.

Comel budak ni.

























"SAMPAI dah.." ujar Tuan Hiqman sebaik sahaja keretanya berhenti diperkarangan rumah kakak keduanya.

Puan Naira sudah membuka pintu kereta. Penat duduk lama-lama di dalam kereta.

"Paan, bangunkan Alisa ye.. ibu nak jumpa tuan rumah kat dalam.." Puan Naira segera ke pintu utama rumah itu diikuti suaminya.

Haq Farhan menggaru kepala yang tidak gatal. Apahal aku pulak kena kejut budak ni?!

Haq Farhan merenung wajah sepupunya yang sedang lena. Kepalanya terlentok di tingkap pintu kereta.

"Alisa.. bangun. Dah sampai ni.."

Tiada tindak balas..

"Alisa.. bangunlah dah sampai ni!" Sudah naik satu anak tangga nadanya.

Haq SaraWhere stories live. Discover now