SARA Alisa memandang Haq Farhan. Dia tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan Syahira Sofea sebegitu. Gadis di hadapannya itu bukan lagi gadis yang pernah dia kenal. Gadis di hadapannya itu sudah tidak siuman. Rambutnya kusut masai. Pakaiannya pun sudah tidak terurus seperti sebelumnya.
Haq Farhan menggenggam kuat tangan Sara. Dia juga tidak menyangka akan jadi seteruk ini. Daripada apa yang diceritakan Cikgu Yamin.. Syahira tertekan selepas keluarga mereka hilang segala kesenangan. Semuanya dirampas.. dan ramai yang mengatakan.. Tengku Luqman, ayah Syahira.. mempunyai banyak hutang dengan bank sehingga menyebabkan mereka hidup dalam serba kesusahan. Sungguh, dia tidak tahu sama sekali keadaan yang dihadapi Syahira Sofea.
Soal ayah dan ibu Syahira Sofea.. mereka meninggal selepas beberapa bulan Tengku Luqman dipecat sebagai pengetua sekolah. Puncanya.. kemalangan jalan raya.. dia pemabuk. Kata Doktor disini, mungkin juga Syahira terlalu tertekan kerana keadaan keluarganya yang menyebabkan dunianya tiba-tiba saja berubah sekelip mata.. dia yang biasa dengan kemewahan, kekayaan, hilang segalanya.. dan hanya mampu hidup sebatang kara.
"Awak.. Sya.."
"Dah dah sayang.. jom la kita balik. Lagi lama kat sini.. lagi banyak masalah yang awak fikir.."
"Tapi.."
"Bukan salah kita.. puncanya datang dari dia sendiri. Tolong jangan salahkan diri.." pujuk Haq Farhan. Dalam mata Sara dipandangnya.
Air mata Sara disapu.
"Tolong jangan macam ni sayang.."
"Daddy.. daddy tinggalkan Fea.. why daddy why?!"
Syahira di hadapannya masih seperti tadi. Menjerit, menangis, tertawa.. entah apa yang bermain difikirannya.
"Jomlah sayang. Kita pulang.."
Sara mengangguk. Dia menggenggam tangan suaminya lalu beredar mengikut langkah lelaki itu.
Semoga cepat sembuh kak Sya. Doanya dalam hati.
"Farhan!"
Mereka berpaling.
Wajah yang agak lama tidak kelihatan.. tapi masih sama. Riak wajah itu masih segar dalam ingatannya. Rafiq.
"Farhan.." tangan dihulurkan untuk bersalam.
Sara Alisa memandang suaminya yang hanyut dengan lamunan.
"Awak.." Sara mengejutkan suaminya.
Haq Farhan tersenyum memandang isterinya. Dia menyambut salam Rafiq.
"Kau masih ingat aku?" Tanya Rafiq teragak-agak.
Haq Farhan mengangguk.
Tiba-tiba saja badannya dipeluk. "Aku minta maaf bro.. sebab aku Syahira serang korang.." ucapnya dalam kekesalan. Air matanya menitis..
"Maksud kau?" Perlahan-lahan tubuh itu ditolak.
"Aku yang hasut Syahira untuk balas dendam pada kau dan Alisa.. aku yang kusutkan kepala dia dengan kisah lama tu.. aku lah penyebabnya.." rintihnya.
"Aku mengaku.. aku tak boleh tengok kau senang Han.. aku marah bila semua orang percayakan kau.. semua orang sanjung kau... aku marah... maafkan aku Han.." dia menekup mukanya.
Haq Farhan meraup mukanya. Dia menarik nafas melepaskan semua yang tertanam dihati.
"Jadi.. kau lah yang bercakap dengan Sya menerusi telefon tu?"
"Iya.. aku lah... aku lah Farhan.. tapi percayalah cakap aku.. aku sungguh tak tergamak nak bunuh kau dengan Alisa.. lepas Sya paksa aku.. sehingga dia buat keputusan.. dia nak buat benda tu sendiri.. maafkan aku Han.."
Haq Farhan memejamkan matanya. Kejadian di hospital melibatkan isterinya masih segar di fikirannya.. masih membara di hatinya.. sakitnya dia waktu itu.
"Rafiq.. aku tak kesah apa yang kau nak buat.. tapi tolong.. tolong jangan libatkan Alisa dalam hal kita.." satu tumbukkan terlepas ke muka Rafiq.
"Awak.." Sara Alisa menarik suaminya jauh dari Rafiq.
"Aku terima apa je yang kau nak buat. Yang aku nak sekarang hanyalah kemaafan dari kau dan Alisa.. ampunkan aku.. aku merayu.."
YOU ARE READING
Haq Sara
Teen FictionHaq Farhan, Sara Alisa. Fuhh dua insan yang berbeza bagai langit dengan bumi! Sorang pendiam, garang, masam aje memanjang. Sorang lagi happy go lucky lah orang kata. Tapi tu lah, yang macam langit dengan bumi ni lah sepupu a.k.a kawan dari kecil sam...