Bab 30

1K 31 0
                                    

KAKI menapak masuk ke personal ward. Butang pada pintu itu ditekan sebelum menyapa pesakit di dalamnya. "Hai Alisa.."

Sara Alisa melihat Syahira hanya dengan pandangan yang dingin. Kenapa perempuan ni kat sini? Haq Farhan yang minta dia datang?

"Hm."

"Macam mana.. dah sihat ke?"

"Kau tengok?" Sara mengupas epal.

Syahira Sofea tersengih gembira. "Mujurlah Alisa dah sedar." Dia duduk dibirai katil.

Sara menjeling perempuan itu. Dia mengenjak sedikit.

"Kau buat apa kat sini?"

"Hm.. nak ziarah Alisa la.. lama sangat Alisa tak sedarkan diri. Risau Sya." Katanya.

Nak termuntah dia dengar perkataan yang keluar dari mulut Syahira. Dikira baik lagi lah dia sebab tak tunjuk sangat yang dia loya dengan Syahira ni kan..

"By the way.. terima kasih tau Alisa bagi Sya tumpang tinggal kat rumah family Farhan hari tu.. baik-baik ye family korang."

Bahagialah kau kan?! Er.. entah-entah kau yang buat aku macam ni. Who knows..

Setelah lama dia termenung tadi memikirkan apa yang terjadi padanya sebelum dia menutup mata.. Hanyalah air milo yang diberikan oleh ibu Farhan saja yang dia minum.. dan secara tidak langsung saat itu juga kepalanya pening.. tekaknya pula rasa loya.. jika benar apa yang dikatakan Radzi yang dia overdose mungkin air milo lah penyebab utama. Tapi, tak mungkinlah Mak Lang sanggup bunuh dia. Atau..

"Nak pergi mana?" Soal Syahira.

"Tandas." Dia menurunkan kakinya. Seliparnya dipakai. Perlahan-lahan dia mula berdiri. Telefon dicapai.

"Pergi tandas pun bawa phone?"

"Yes! Kut-kut lah kau nak kurung aku dalam tu."

Tergamam Syahira Sofea mendengarnya. Kalau aku nak buat.. aku buat lebih teruk dari tu.

Haha.. serious dia tak sengaja.

Sara melihat bibir Syahira yang hanya mengukir senyuman separuh.. manis, namun gerun dia melihatnya saat ini. Dia melangkah.

"Alisa.."

Langkahnya terhenti. Hampir sajaaa dia mahu masuk ke tandas dalam bilik itu. "Apa?"

Tak semena-mena, badannya ditolak kasar sehingga dirinya kini jatuh terduduk dilantai.

Sekelip mata saja badannya kini lagi sekali terlantar di lantai. Dia mengerang kesakitan. Matanya kabur. "Kau gila ke?!"

Tawa keriangan kedengaran. "Aku gila?"

Sara cuba untuk bingkas bangun namun malang, dia tak berdaya. Telefonnya sudah jatuh entah kemana.

Perutnya dihenjak. "Arghh!!"

Mahunya menitis air mata Sara saat ini. Sanggupnya perempuan ini melakukan perkara ini pada dia.

"Sakit?" Soal Syahira sinis.

"Kenapa dengan kau ha?! Kenapa kau.."

"Arghh!" Badannya pula disepak berkali-kali. Sungguh, ini lagi menambahkan rasa tak berdaya dia untuk melawan kekuatan perempuan kejam ini.

"Sakit?"

Syahira mendekati Sara Alisa.. dia duduk melutut melihat perempuan itu dalam kesakitan. "Bangun!" Rambut dicengkam.

"Lepaslah!" Marah Sara.

Syahira gelak seperti hilang kewarasan.

Rambutnya ditarik dengan kasar. Seperti mahu tercabut semua rambutnya. Dia meronta dan meminta dilepaskan, namun Syahira semakin gila menarik rambutnya.

Haq SaraWhere stories live. Discover now