Bab 4

906 40 0
                                    

"CEPATLAH budak!!" Laungnya sambil berlari masuk ke kawasan sekolah.

Sara Alisa berlari mengejar sepupunya dihadapan.

Fuh!! Tercungap-cungap dua ketul saudara itu berlari masuk ke sekolah.

"Nasib tak hujan lagi.." Sara Alisa mendongak melihat awan yang gelap itu tunggu masa membasahi bumi saja.

"Yelah nasib baik lah! Kalau tak basah kuyup aku ke sekolah sebab budak macam kau ni!"

"Budak.. budak! Aku dah besar lah.. kau dengan aku beza setahun je tak payah nak berlagak kau tu tua sangat.." Marah Sara Alisa. Sakit telinga dia mendengar Haq Farhan ni panggil dia dengan gelaran 'budak'.

Tak cukup itu.. dia menjeling Haq Farhan dibawah yang sedang menyapu pasir pada kasutnya.

"Dah memang kau budak! Tengoklah aku hampir hampir je lewat sebab kau!" Haq Farhan meneliti jam ditangannya. Dua puluh minit saja lagi pintu pagar nak tutup.

"Eh aku pulak! Bukan ke kau yang sibuk nak cari nametag kau tu! Penting sangat konon.. lepastu nak salahkan aku pulak?" Balas Sara Alisa. Dah itu lah yang sebenarnya jadi. Mamat ni yang lambat dia pula yang kena.

"Dah tahu aku lambat.. kau nak jalan tu dah kenapa? Padahal kau boleh je suruh Pak su hantar kau!"

"Eei!" Sara Alisa menghempaskan beg totenya pada badan Haq Farhan.

"Kalau kau datang sekolah ni naik motor ke kereta ke.. tak ada maknanya abah aku tu nak aku jalan!"

"Eh aku pulak.. apa kena mengena dengan aku nya?" Bingung Haq Farhan.

Sara Alisa menjeling. "Pak su kau tu nak aku ni jadi macam kau.. bagus celah mana aku pun tak tahu.."

Sara Alisa melihat atas bawah Haq Farhan. Tak puas hati.

"Dah memang aku ni bagus.." dia menolak kepala Sara Alisa dengan jari telunjuknya.

"Ish!" Marah Sara Alisa.

Haaa.. tahu pun marah orang buat dia. Dia buat orang tak rasa. Tampar situ tampar sini.. hempas situ hempas sini. Err.. perempuan perempuan.

Dengan keberadaan mereka disitu.. dia perasan banyak mata memerhati mereka. Apa hal? Nak kata mamat ni handsome.. celah mana dia pun tak tahu.. macam monkey tu ada lah..

"Segak.." ucap seorang pelajar yang lalu disitu.

"Uwekk!"

"Kau pahal?" Haq Farhan memandang pelik Sara Alisa disebelahnya. Takkan hamil kut.

Sara Alisa melambai-lambai tangannya menandakan 'tiada apa-apa'.

"Betul la dia cakap aku segak. Kau jealous?" Haq Farhan hanya mengagak. Harapnya betul la. Dia ada dengar seorang pelajar perempuan itu memujinya tapi tak terlalu kuat la.

"Ya Allah kau berikanlah sepupu ku ini kesedaran ya Allah bahawa dia ni tak ada bezanya dengan haiwan dalam hutan tu.. Aamiin.." Sara Alisa menadah tangan berdoa.

"Tak baik lah Alisa!" Tegur Haq Farhan.

Satu dua tiga.. awan pun melepaskan bebannya membasahi bumi.

"Hujan dah.. aku masuk dulu lah. Balik nanti tunggu aku!" Pesannya sebelum berlari ke kelas.



















DIA melihat jam di dinding kelasnya. Dah pukul 12:50 tengahari. Mungkin sekarang ni.. kakaknya sudah berlepas ke Australia. Hm.. tak dapat dia nak hantar kakaknya ke airport. Aduh! Sebaklah dia bila teringat pesan kakaknya tadi.

Haq SaraWhere stories live. Discover now