KRING!!!
Kali ketiga loceng bergema di Sekolah Menengah Kebangsaan A Berjaya hari ni iaitu bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah habis.
Kalut semua pelajar berlari ke kelas masing-masing. Yang berada ditandas tak payah cakap la. Macam keretapi lagi barisannya. Hahha..
Tak kira la nak kencing ke nak berak ke. Peraturan tetap peraturan. Semua pelajar pun sudah tahu.. berbunyi saja loceng ketiga. Semua murid perlu berada dalam kelas sebelum abang-abang dan kakak-kakak pengawas buat spotcheck. Kalau tak.. haa dapat la kawad tengah-tengah panas sana. Hahaha.
"Woi cepat la Alisa!" Amira Aqilah mengetuk pintu berkali-kali.
"Sabar la minah. Aku baru je masuk ni.." jawab Sara dari dalam tandas.
"Loceng dah berbunyi la wei!" Marah Amira dari luar. Lama betul minah ni dalam tandas. Terkicit ke apa ha?!
Hanya mereka berdua sahaja lagi ditandas. Yang lain sudah pun berlari ke kelas sebaik saja loceng berbunyi.
Datang pengawas mati lah dia.
"Sabar."
"Dah ar. Aku masuk dulu lah.." Kata Amira. Kawan tak kawan. Sekarang ni dia kena selamatkan diri dia dulu. Huaa
"Woi jangan lah!" Halang Sara yang masih dalam tandas.
"Dah bye!" Ujar Amira sebelum beredar dengan pantas.
"Woi!!!" Laung Sara.
Bergema satu tandas. Dasar kawan tak kenang budi! Haa.. eish
Selesai saja proses pelepasan. Sara keluar dari tandas. Dia ke singki membasuh tangannya.
"Takut apa tah. Pengawas pun pemalas.. tengoklah sepatutnya sekarang diorang dah buat operasi dalam jamban. Tapi tak ada pun ha.." omelnya seorang diri.
Dia melihat pantulan dirinya dicermin. Dia membetulkan tudung dikepala.
"Asal nampak tembam.." soalnya sendirian.
"Aduhh kena diet ni..."
Dia merenung pantulan dirinya dicermin. Mengenang hari-hari yang dia lalui. Sudah beberapa hari dia tak bercakap lagi dan lagi dengan Haq Farhan. Yang penting sekarang dia sudah tahu penyebab Haq Farhan kasar dengan dia.
"Apa aku nak buat ha?" Soalnya lagi sendirian.
Nak pujuk? Pujuk macam mana? Tak pandai la sis.
Hm.. Dia berfikir sejenak.
"Eh Ya Allah! Kelas Math!!" Dia menepuk dahinya.
"Lupa aku dalam tandas." Ujarnya. Habis la lari berdesup syaitan dalam tandas ni.
"Wehh kelas.." Ujarnya dalam kalut. Dia menutup pili air paip. Sara berlari keluar dari tandas menuju ke kelasnya.
"Woi!" Laung seorang jejaka.
Langkah Sara Alisa terhenti. Dia menoleh ke arah bunyi laungan itu. Ha sudah.
"Asal kau tak masuk kelas?!" Soal jejaka itu dengan suara garau.
Dia melangkah mendekati Sara Alisa.
"Nak masuk lah ni.." Jawab Sara.
"Loceng dah bunyi dari tadi kan?" Soalnya.
Sara mengangguk.
"Dah tu? Kau buat apa dalam toilet lama lama? Sembelit?" Soalnya sinis.
Sara Alisa hanya memandang wajah itu.
"Kau tak ada mulut ke?"
"Ada." Jawab Sara bersahaja.
YOU ARE READING
Haq Sara
Teen FictionHaq Farhan, Sara Alisa. Fuhh dua insan yang berbeza bagai langit dengan bumi! Sorang pendiam, garang, masam aje memanjang. Sorang lagi happy go lucky lah orang kata. Tapi tu lah, yang macam langit dengan bumi ni lah sepupu a.k.a kawan dari kecil sam...