"ADA apa kau nak jumpa aku kat sini ni?"
Haq Farhan yang ralit melihat burung bertebangan berpaling. Dia menjongket kening kiri melihat atas bawah pakaian pelajar lelaki dihadapannya. Pelik. Asal kemas semacam je ni.. baju dalam seluar.. tali leher pun kemas je.
"Kau pekak ke ni?" Soalnya bengis.
"Aku nak tahu hubungan kau dengan Alisa.." Haq memulakan perbualan.
Mereka berdiri sama tinggi oleh kerana ketinggian mereka sama saja.. Dua-dua berbadan tegap. Kacak bergaya pun sama.. bijak boleh kata sama la.. hm.
"Lahh.. tu je kau panggil aku naik rooftop ni.." Radzi Amran tersenyum sinis. Aku ingat nak ber WWE kat sini la tadi.. Haha..
"Aku tanya kan." Serius mukanya. Bengang dia melihat senyuman Radzi.
"Aku boyfriend dia. Kenapa? Kau jealous?" Soal Radzi tak semena-mena. Itulah yang dijanjikan antara dia dengan Sara Alisa. Dia terima untuk jadi kekasih tipu-tipu.. haha. Bukan untuk buat si Farhan cemburu tapi untuk buat Farhan rasa kehilangan seorang Sara Alisa.. itu bagi Alisa, bukan baginya, kalau dia, dia lakukan ni untuk turunkan ego lelaki ini..
Dia tahu apa yang dipendam Haq Farhan. Iya, walaupun dia dan Farhan sudah bertahun tidak seakrab dulu. Tapi tu tak bermakna dia lupa semua tentang Haq Farhan.. dia aneh kenapa Farhan tidak pernah bertanya perkara sebenar yang terjadi malahan dia teruskan dengan bermasam muka dengan aku.. sehingga ke hari ini.
Pada mulanya, amat perit untuk dia terima kehilangan sahabat yang dia fikir akan kekal hingga liang lahad.. tapi hakikatnya tidak sama sekali.
"Aku tak percaya." Haq menggeleng. Ini tak mungkin. Aku berhak untuk memilih siapa yang terbaik untuk Sara. Dan sudah pasti orang itu bukan lelaki ni.
"Bukan masalah aku." Radzi terus melangkah beredar.
"Kejap!" Halang Haq.
Radzi berhenti. Dia menoleh.
"Aku tak nak kau dekat dengan dia.." pesannya.
Kerutan didahi tak payah cakap. Radzi mendekati Haq Farhan. "Kau cemburu?"
"Bukan masalah kau.. aku tahu kau tak layak dengan Alisa." Katanya.
"Jadi kau layak ?" Soal Radzi yang semakin mendekati Haq Farhan. Macam biasa Haq Farhan masih lagi dalam keadaan yang cool.
"Kalau kau rasa dia penting untuk kau. Kau tak buat dia macam tu.. dan dia takkan menangis sebabkan kau.." tutur Radzi lagi setelah Haq Farhan mendiamkan diri.
"Menangis?"
"Apa aku rasa sekarang, kau yang tidak layak sama sekali dengan dia.. jadi better kau jauhkan diri kau dari Alisa.." tambah Radzi.
"Never."
Radzi tersengih.
"Yakin? Jadi kau pilih Syahira atau Alisa.."
Radzi melangkah ke hadapan. Matanya dan mata Haq Farhan sudah bertentang. "Aku nak ingatkan kau.. Syahira Sofea bukan seperti orang yang kau kenal" Tuturnya sebelum beredar pergi dari situ meninggalkan Haq Farhan yang kebingungan.
Haq Farhan hanya membiarkan kepergian Radzi. Dia hanya mengekori Radzi dengan pandangan mata.. sungguh tidak tahu apa yang perlu dia ungkapkan untuk membalas kata-kata Radzi. Dia hairan kenapa perlu lelaki itu kaitkan nama Syahira dalam masalah ni?
YOU ARE READING
Haq Sara
Teen FictionHaq Farhan, Sara Alisa. Fuhh dua insan yang berbeza bagai langit dengan bumi! Sorang pendiam, garang, masam aje memanjang. Sorang lagi happy go lucky lah orang kata. Tapi tu lah, yang macam langit dengan bumi ni lah sepupu a.k.a kawan dari kecil sam...