Bab 26

1K 40 0
                                    

6 tahun kemudian..

BUNYI di stadium arena penuh dengan sorakan para penyokong disekeliling stadium itu tambah bersemangatlah pemain-pemain di gelanggang yang besar itu.. Dia terpegun melihat badan-badan tegap milik semua pemain dengan langkah kaki mereka yang laju melangkah tambahpula dengan tangan mereka yang cekap menyambut bola dari pemain yang lain.

Sungguh bijak mereka mengagak untuk memastikan bola yang dilontarkan masuk ke jaring. Satu badan yang memakai jersi merah yang tertampal 'captain' dibahagian belakang jersi itu menjadi perhatiannya sejak dari bermulanya perlawanan bola keranjang ini.. badan itu amat berbeza dengan dulu yang kurus kering.. sekarang boleh katakan badannya tegap dan berotot sedikit.

Dia mengelecek bola dengan mengelak beberapa pemain lawannya kemudian terus dilontarnya bola itu.. dan tepat!! Bola itu masuk kemas dalam jaring yang tinggi itu.

Sebaik itu juga, suara para penyokong bertambah kuat menyorak. Puan Naira dan Tuan Hiqman turut menyorak dengan kuatnya. Sara Alisa hanya tersenyum melihat pemain hebat itu menjaringkan gol.

"Kring!! Times up!!"

Laung pengadil yang berada diluar gelanggang dengan isyarat tangannya.

Bersorak kemenangan lah pasukan Ballboys digelanggang dengan mata yang diperoleh. Dari tengah gelanggang, dia nampak captain pasukan itu melambai ke arah orang tuanya iaitu Tuan Hiqman dan Puan Naira.. apa lagi mereka terus mendekati Haq Farhan ditepi gelanggang. Sara Alisa tidak bergerak walau selangkah.. mungkin Haq Farhan tidak perasan kehadirannya disini..

Dia terus beredar keluar dari situ. Toiletlah tempat yang dituju selepas berkali-kali bertanya orang yang sibuk bersorak. Tak lain tak bukan pasti terpukau dengan wajah milik pemain basketball.

"Aku tak patut ada kat sini.." ujarnya setelah masuk ke dalam salah satu tandas.

Dia mengeluh. "Sah-sah la dia tu dah terkenal.. tak mungkin dia ingat aku.. tambahpula ramai peminat perempuan.." omelnya sendirian yang duduk atas mangkuk tandas yang bertutup.

Sara Alisa menarik nafas. Dia perlahan-lahan keluar dari tandas itu lalu ke singki.. "Rileks.. Farhan je.." Shawl yang menjadi pilihannya dibetulkan.. beg tote kain kanvas pula digalas secantik yang mungkin bersiap untuk keluar dan terus pulang ke hotel. Itulah rancangannya..

Kakinya melangkah dengan lemah, sungguh dia takut kalau terserempak dengan Haq Farhan. Dia mungkin akan kaku, lidahnya kelu.. dan apa yang bakal dia bualkan dengan lelaki itu.. sedangkan sudah bertahun dia dan lelak itu tidak bersua muka apatah lagi berborak seperti sedia kala.

Sama dengan tekaannya.. serta-merta kakinya yang senang melangkah tadi terus mati. Matanya terbuntang memandang badan yang tegap berjalan ke arahnya. "Alisa?" Suara garaunya kedengaran.

Sara Alisa memalingkan wajahnya. Dia cuba untuk melangkah pergi malang sekali tangannya dipegang. "Alisa.." Ucap lelaki itu. Sara Alisa berpaling semula memandang wajah tampan jejaka hadapannya. Jantungnya berdegup kencang..

"Kau datang juga ye akhirnya.." kata Haq Farhan dengan bangganya. Dia tersenyum melihat gadis itu. Cantik.. arhh!!

"Haah.. aku datang sebab pak lang yang paksa.." jawabnya.

Haq Farhan tersengih. "Tak apalah. Asalkan kau datang.. kau datang ni pun dah buat aku happy gila.." tuturnya.

"Hm.." Sara Alisa kekok dengan keadaan itu. Haq Farhan tak lekang memandang dirinya. Segan dia..

"Hmm takpelah.. aku pergi dulu lah.." pinta Sara. Dia menunduk sedikit sebelum memulakan langkahnya.

"Alisa.." panggilnya.

Haq SaraWhere stories live. Discover now