"CINCIN apa ni Alisa?"
Sara Alisa yang kusyuk mendengar penerangan pensyarah menoleh. "Apa?" Soalnya masih bingung.
"Tu.. cincin apa tu.. tak pernah nampak pun.." bisik Amira Aqilah di sebelah.
"Oh ya.. tak ada apa pun.." balas Sara tersenyum.
"Yelah kau.. tak pernah-pernah aku tengok kau pakai cincin.. hari ni boleh pulak pakai cincin.. ke dah disunting orang?" Amira menyiku kawannya.
"Amira! Apa yang diborakkan tu? Boleh saya nak dengar juga?"
Tersentak Amira Aqilah. Matanya terus memandang pensyarah lelaki itu. "Ha sudah.." omelnya dalam hati..
"Apa yang awak borakkan Amira? Macam best daripada dengar saya explain kat depan ni je tu.." Kata Encik Zafran. Dia salah seorang pensyarah muda di universiti ni.. dah la muda, kacak pula tu.. aduii.. arghh.. boleh katakan semua pelajar perempuan kat sini tergila-gilakan pensyarah hot lagi meletop ni.. salah seorangnya Amira Aqilah lah. Itulah pasal dia masuk course sama dengan Sara Alisa.
"Aaaa.. maaf encik Zaf." Ucapnya tergagap-gagap.
"Fine.." Encik Zafran menyambung semula penerangannya. Dia ni juga bukan pemarah orangnya, baginya orang dah minta maaf tu pun perkara yang terbaik dah..
Sara Alisa menyiku semula kawannya. "Padan muka.." tawa kecil ditunjukkan.
"Diam lah kau.." marah Amira.
Sebaik sahaja kelas Encik Zafran tamat, Sara Alisa dan Amira Aqilah mengemaskan buku-bukunya untuk keluar dari dewan kuliah ini.. lapar ni.. nak cari kafe la pulak..
Hampir saja mereka hendak melangkah keluar dari pintu dewan itu, Encik Zafran pula menahan. "Amira, saya nak cakap sikit dengan awak.."
"Ha?" Amira ternganga. Takkan lah nak dibangkitkan hal tadi. Argh.. dia hanya mengikut. Sara Alisa meminta diri ke kafe terlebih dahulu.. "Aku tunggu kat tempat biasa.." Katanya sebelum beredar.
Dia berjalan dengan tenang ke kafe di tingkat 2 universiti itu.. sebenarnya sudah hampir 2 tahun dia belajar di universiti ni ambil bidang undang-undang. Selepas dia mendapat keputusan 7A dalam SPM dia melanjutkan pelajaran di peringkat stpm kemudiannya barulah dia melangkahkan kaki ke menara gading. Yang paling tak disangkanya Amira juga dapat sambung pelajarannya di universiti yang sama dengannya.. ingatkan boleh lah dia lari dari minah tu.. rupa-rupanya tak ye.. tapi tak apalah.. sebab Amira lah hari-hari dia di uni ni happy..
Sara memilih tempat paling hujung, itulah tempat makan mereka yang paling cun.. orang kata. Sebabnya dari situ dia boleh tengoklah pemandangan luar universiti tu.. tambahpula aircond semula jadi ada.. lagi syoklah dia dengan Amira disitu..
"Macam biasa.." dia tersenyum pada pelayan kafe itu yang sudah ramah dengannya dan Amira.
"Orait!" Balas pelayan muda itu. Dia terus beredar.
"Lama betul minah ni.. buat apa tah la.." keluh Sara. Dia melilau mencari kelibat Amira disebalik orang ramai di bahagian pintu utama kafe.
Telefon canggihnya dalam beg tote dikeluarkan.. terlalu banyak mesej yang dia dapat.. dari Haq Farhanlah siapa lagi?
Jujur, selama 3 hari dia balik ke Malaysia.. hatinya sentiasa rindu akan suara Haq Farhan.. adakah dia sedang angau sekarang ni? Hm.. tak salahkan.. boleh kata, setiap masa dia akan teringatkan lelaki itu dan berfikir, bilalah lelaki itu akan pulang ke Malaysia dan tidak lagi kembali ke Indonesia.. Tapi tu mustahil kan..
"Aku rindu kau.."
"Kau gila?! Aku baru jumpa Encik Zafran tak sampai setengah jam. Dah rindu?!" Suara Amira Aqilah menghentikan lamunan Sara Alisa. Dia memandang sekeliling.. beberapa saat kemudian, barulah dia sedar.. dia dah terlepas cakap.
YOU ARE READING
Haq Sara
Teen FictionHaq Farhan, Sara Alisa. Fuhh dua insan yang berbeza bagai langit dengan bumi! Sorang pendiam, garang, masam aje memanjang. Sorang lagi happy go lucky lah orang kata. Tapi tu lah, yang macam langit dengan bumi ni lah sepupu a.k.a kawan dari kecil sam...