Bab 17

732 37 0
                                    

BUNYI kenderaan menandakan hari sudah pun pagi. Penduduk kampung sibuklah operasi menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Haq Farhan dan Sara Alisa berjalan dilaluan pejalan kaki menuju ke sekolahnya tak jauh dari rumah mereka. Haq Farhan segak berbaju kemeja biru, bertali leher merah darah ikan dan rambutnya yang sentiasa kemas. Sara Alisa macam biasa la dengan seragam sekolahnya baju kurung putih kain biru, dikenakan dengan tudung putih juga.

"Kau exam la hari ni?" Tanya Sara.

Haq Farhan angguk.

Sunyi.

"Kau pergi mana semalam?" Dia tertanya-tanya mana pulak budak ni pergi semalam sorang-sorang.

"Keluar la.." jawabnya ringkas.

"Yela keluar tu pergi mana?" Haq mengeluh. Selepas dia halau budak ni keluar bilik semalam dia langsung tak keluar bilik selepas tu. Dia keluar pun makan malam kejap.. tu pun masa dia keluar Alisa dah masuk biliknya.

"Mana-mana la.. aku ajak kau, kau tak nak ikut.." Kata Sara sinis.

"Aku dah cakap aku study.." belanya.

"Dah tu suka hati aku lah. Kau tu jawab leklok soalan nanti. Kau bijak kan..." sinis

"Jangan lupa, minggu depan kau pun start exam.." Ujar Haq Farhan. Dia terus lajukan langkah kakinya.

Ternganga Sara Alisa. Minggu depan?! Biar betul?! Cikgu tak ada cakap apa pun. Betul ke?! Matilahhh.. dah la Math dia failed masa exam awal tahun hari tu. Arr mati..

"Weh Paan! Betul ke?!" Dia turut lajukan langkahnya.

Bila dia dan Haq Farhan sudah bersebelahan, dia melihat Haq Farhan mengangguk dengan yakin. Serius mukanya.

"Tak caya sudah.." Haq melihat muka tidak percaya Sara Alisa.

"Takut lah weii.." Baru bunyi exam dah seram ni. Belum subjek Matematik lagi. Aduii..

"Padan muka kau. Tu lah sebabnya aku study. Bukan macam kau.. pergi merata..." Jawabnya.

"Aku jumpa Radzi semalam." Dia sengaja.

"Hah?" Langkah Haq Farhan terhenti.

"Aku jumpa Radzi lah. Kau tak cakap pun kat aku yang Radzi tu tinggal sekampung je dengan kita.. sebelah rumah Tok Wan pulak tu.." rintihnya. Rasa sangat tidak penting dirinya ini.

"Hah?" Berkerut kening Haq Farhan.

"Hah? Hah? Kau pekak ke?" Katanya sinis.

Haq Farhan berdehem. "Kau ingat aku kesah ke? Hidup aku ni bukan untuk ambil tahu pasal dia la.. takda masa aku.." Jawab Haq Farhan. Sungguh dia malas ambil peduli tentang itu.

Kakinya kembali melangkah.

Dia melihat jam ditangannya. Mujurlah dia jumpa jam ni kat surau. Jam ni penting sangat untuknya.. Bila dikenangkan terlalu banyak kenangan dan memori yang berkait dengan jam tangan ini.

Jam tangan yang berkait dengan tiga sahabat. Arghh!!

"Aku pelik lah dengan kau.. Radzi tu kan sekelas dengan kau.. takkan kau tak rapat dengan dia.." Dia berfikir dan berfikir.

"Sekelas tak semestinya rapat.."

Sara Alisa menjeling. Dia tak puas hati dengan jawapan itu.

"Kau tak suka kawan dengan dia?" Tanya Sara.

"Aku tak kawan dengan orang yang suka buat masalah." Biasa tapi dalam rasanya.

"Bagi aku, dia baik apa.. mungkinlah dia tu suka buat masalah kat sekolah. Tapi jujur aku cakap dia baik.." puji Sara. Dia cakap berdasarkan apa yang dia nampak tu je.

Haq SaraWhere stories live. Discover now