Bab 22

756 34 0
                                    

BERBAKI 36 hari saja lagi, dia akan menghadapi SPM. Dan hari ni hari ke 36 hari sebelum dia menempuhi peperiksaan terpenting itu, dia dipanggil masuk ke bilik disiplin untuk kali pertamanya. Amatlah dia kecewa saat cikgu Yamin memulakan pertanyaan yang tak pernah termimpi dia akan dapat.

Sepanjang perjalanannya ke kelas, beberapa pelajar yang selisih dengannya memberi pandangan serong terhadapnya, bukan itu saja, mereka siap berbisik-bisik lagi. Yang dia tak faham.. kenapa perkara ini terjadi?

"Han.." tegur Azhan Amir sebaik saja rakannya melangkah ke kelas itu.

Haq Farhan mendongak memandang Azhan.

"Aku tak percaya kau yang buat.." ujar Azhan dengan bisikan.

Haq berjalan ke tempat duduknya diikuti Azhan. "Baguslah.."

"Aku rasa ada orang khianat kau la.." bisik Azhan.

Haq Farhan menoleh. "Maksud kau?"

"Aku rasa je.. sebabnya aku tak percaya la kau buat benda macam tu.. dan aku kenal kau.. kau orang bijak takkan la kau boleh simpan benda macam tu kat locker kau sendiri kalau ye pun kau buat kan.." Kata Azhan tenang.

Haq Farhan mengeluh. Entah la dia pun dah bingung apa yang perlu dia jawab jika ditanya orang tuanya nanti. Akankah mereka percayakan aku? Itu saja yang bermain difikiran.. hati orang tualah yang wajib dia jaga.

"Farhan.." Rakan sekelasnya, Faid mendekati.

"Aku tak percaya pasal tu. Kau jangan risau.." ujarnya.

Haq Farhan menghembus nafas lega. Ingatkan bermulalah episod difitnah beramai-ramai hari ni.

"Aku pun tak juga. Kitorang kenal la kau Farhan.. kau orang bijak.. tak mungkin la kau buat macam tu.." sampuk seorang lagi pelajar disitu.

"Tapi tak mustahil juga dia buat.." Ujar pelajar lelaki yang lain sekali dengan tawa.

"Jaga mulut kau Fiq! Aku kenal Farhan dari tingkatan 1 lagi.. aku tahu dia ni macam mana.. tak mungkinlah dia dapat soalan bocor sejak tingkatan 1 lagi.. buktinya, kau tengoklah result dia.. tak pernah dapat nombor bawah macam kau tu!! Memalukan!" Bidas Faid membela Haq Farhan.

"Kalau macam tu, kenapa skema jawapan semua subjek ada dalam locker dia? Hahaha bijak betul eik.." balas Rafiq.

"Entah-entah kau yang letak kut.." kata Faid tak semena-mena.

"Faid.." tegur Haq. Dia terharu rakannya itu menyebelahinya tapi janganlah sampai bergaduh dan tuduh-menuduh.

Faid menjongket kening. "Who knows.."

"Sebodoh-bodoh aku pun, aku takkan buat la benda macam tu.. bukan dapat apa pun.. tengoklah sekarang apa jadi? Riuh satu sekolah." Tutur Rafiq pedas.

Faid menahan amarah. Pecah juga muka budak ni hari ni kalau ikutkan amarahnya. Dasar manusia tak sayang mulut!

"Dah la Faid. Aku okay.. terima kasih percayakan aku.. dan kau Rafiq, aku harap apa yang Faid cakap tu salah.. itu saja.." Ungkap Haq Farhan bagi menamatkan perbualan antara mereka.

Radzi Amran dibelakang kelas hanya memerhati pertelingkahan mulut disitu. Dia baru saja nak lena, datanglah pula geng geng detektif tak berbayar bercakap pasal ni.

Hm.. dia pun terkejut sebenarnya bila dipanggil bapanya sendiri ke bilik disiplin. Memangla.. bukan kali pertama dia masuk ke bilik disiplin tapi perasaan kena soal siasat perkara yang dia tak buat ni aduii.. perit juga.

Selepas berkali-kali dia berfikir pasal ni, entah la kepala otaknya asyik terbayangkan wajah yang sama. Apa benar sangkaannya ni? Jika benar Haq Farhan dikhianat hanya seorang saja yang dia cop sebagai suspek utama.

Haq SaraWhere stories live. Discover now