Bab 25

961 33 0
                                    

KELUHAN demi keluhan dia lepaskan selepas melihat susuk tubuh yang sudah duduk ditangga rumah itu. Nak saja dia patah balik ke sekolah lah macam ni! Dia malas jumpa mamat ni.. sakit hati, nak marah semua ada lah! Yang paling penting, dia tak boleh tengok muka tu lagi. Dia berdiri di belakang pokok mangga dengan mata menghendap lelaki itu. "Kau buat apa la kat situ?!" Marahnya dengan perlahan. Jangan sampai mamat tu perasan dia kat situ.

Sudah berminggu-minggu Haq Farhan kerap datang rumah tokwan, buat apa? Jumpa Sara Alisa lah. Memang tak reti bahasa betul lah dia tu, orang dah cakap orang tak nak jumpa dia.. kenapa tak faham faham ha.. ihhh..

"Bila lah kau nak balik?!!!" Bentaknya dalam hati. Benci lah dia tengok muka dia tu.. eii nak saja dia baling buah mangga ni kat muka jantan tu.. biar kena mulut tu, bengkak.. sampai tak boleh bercakap pun bagus.. buat apa bercakap kalau buat sakit hati je!

"Takkan aku nak duk sini je.." Sara Alisa mengeluh. Sesekali dia memandang laluan untuk ke pintu dapur. "Dia nampak tak ha.." Dia menggigit bibirnya.. memang dia malas sangat nak dengar mamat tu bercakap, kalau dah dia dengar, dia sakit hati.. baik tak payah.

"Bencilah aku.." Omelnya. Dia membuat keputusan untuk ke tempat lain, dia tak sanggup balik ke rumah sebab sebelum tu dia kena hadap Haq Farhan. "Argh!!" Jeritnya.. dia melihat tangannya sudah ada kesan merah. Eiii kerengga! Sakit lah.. aduii

"Alisa.." Panggil Haq Farhan. Dia meluru mendekati Sara Alisa di sebalik pokok mangga itu.

"Alamak.." rungutnya. Dia berpusing baru saja nak melangkah tangannya terlebih dahulu dipegang kemas.

"Nak pergi mana?" Soal Haq Farhan dengan senyuman sinis.

"Lepas.." Sara Alisa menarik tangannya.

Haq Farhan mengemaskan lagi pegangannya. "Nak pergi mana? Lari lagi?"

"Lepas kan aku cakap." Ujar Sara Alisa masih berlembut. Dia dah la penat ni.. tambahpula hari ni  batch dia kena denda tengah panas penyebabnya tiga orang saja yang buat hal, yang sedihnya semua pelajar tingkatan 4 kena. Boleh pulak tiga ekor tu pergi main pemadam api sekolah.. haa tak pasal-pasal bersalji sekolah tadi.. aduii..

"Kalau tak nak?" Dia menjongket kening.

"Lepas!" Marah Sara. Dia sungguh penat, tolonglah.. tak ada masa dia nak main-main.

"Kau nak maafkan aku tak?"

"Aku cakap lepas. Kau tak faham bahasa ke? Aku penat ni.." ujar Sara Alisa kasar.

"Kau nak maafkan aku ke tak?" Soalnya lagi.

"Kau nak lepas ke tak ni?"

"Kau nak ma.." Serta-merta beg tote Sara Alisa yang berisi buku-buku dihempap ke kepala Haq Farhan. Mengerang kesakitan dia.

"Haa padan muka kau.. tak faham bahasa sangat kan! Kau balik sekarang.. aku tak nak tengok muka kau lah!" Tempik Sara Alisa. Puas hatinya, dia terus meluru ke rumah tokwan yang menjadi tempat tumpangannya sekarang. Dia meninggalkan Haq Farhan yang mengerang kesakitan, menggosok kepalanya. Tu baru aku hempap dengan buku, tak lagi aku bagi flying kick.

"Alisa.." seru Haq Farhan. Dia bingung sekejap.. kepalanya rasa berputar.. entah-entah ada burung atas kepalanya tengah berpusing..

"Sakit adui.." adu Haq Farhan. Dia mengikuti Sara Alisa sampai ke tangga rumah itu. Tak sempat dia nak menarik tudung sekolah yang dipakai Sara Alisa dek terlebih dahulu mendaki anak tangga kemudian masuk ke rumah kayu itu. "Alisa.. aku nak cakap ni.." Ujarnya dengan keletihan. Dia hanya mendaki satu anak tangga saja. Nanti kan.. kena halau dengan tokwan.. nanya dia.. baik dia duduk sini je.

Haq SaraWhere stories live. Discover now