Bab 18

697 36 0
                                    

BERHARI-HARI benda itu bermain dikepalanya. Jatuhkan Farhan? Apa maksud daddy..

Dia menongkat kepalanya dimeja. Buku dihadapannya sudah dipandang biasa.

Telefon didalam laci meja belajarnya diambil. Dia menghantar sms.

Beberapa minit kemudian dia mendapat balasan.. perlahan-lahan dia mengukir senyuman.

"Cute!" Ucapnya.

"Sofea.." tegur mommy nya entah dari mana.

"Eih mommy.." dia berpaling.

"Sofea mesej sape tersengih-sengih macam tu? Sampaikan mommy masuk pun tak perasan.."

"Kawan Fea.." jawabnya.

"Kawan ke pakwe?" Seloroh mommy nya.

Syahira Sofea tertawa kecil. "Kawan la.."

"Ye la.. jangan ralit sangat. Belajar tau.. nanti dad nampak bising pulak.." pesan mommy.

Dia mengangguk faham.

Puan Sarima mahu beredar.

"Mom!"

Langkah ibunya terhenti. "Ya Fea.."

Syahira mendekati ibunya.

"Fea.. nak keluar petang ni boleh?" Bisiknya.

"Dengan siapa? Untuk apa?"

"Kawan Fea.."

"Untuk?"

"Jalan-jalan. Fea bosan la mom kat bilik ni.." ujarnya perlahan.

"Esok exam lagi kan.. tak payah la. Nanti dad bising. Bukannya Fea tak kenal daddy Fea tu.." kata Puan Sarima.

"Tolong Fea mommy.. Fea bosan dah mengadap buku tu.." rayunya.

Puan Sarima mengeluh perlahan.

"Yelah Fea.. tapi kena janji dengan mommy.. jaga diri."

"Thanks mom! U're the best." Ujar Syahira teruja.

"Daddy?" Soal Syahira.

"Takpe. Nanti mommy cakap dengan daddy.."

Syahira tersenyum keriangan. Puan Sarima beredar dari situ.

Dia melangkah ke almari. Dress labuh merah jambu dikeluarkan dan dibawa ke bilik persalinan.

Setelah 45 minit dia keluar semula.. dia sudah siap dengan dress tadi. Shawl pula dikepala cantik terletak. Kaca matanya di meja solek dicapai lalu dipakai.

Dia menggapai beg totenya yang sudah diisi buku dan barang-barang pentingnya.

Selesai semuanya, dia keluar dari bilik terus ke tempat letak kereta. Disitu ada abang Affan, driver nya.

"Cik Fea nak keluar ke ni cantik-cantik?" Sapa abang Affan.

"Ye.. jom la abang. Tolong hantarkan Fea." Dia masuk ke kereta duduk dikerusi belakang.

Affan hanya mengikuti suruhan cik mudanya.

"Tengku dengan puan dah tahu ke ni Cik Fea?" Soal Affan. Dia sudah menghidupkan enjin.. tunggu masa untuk menekan minyak saja.

Syahira Sofea mengangguk.

"Baik! Cik Fea nak pergi mana ni?" Tanyanya.

"Cafe Prince."

Haq SaraWhere stories live. Discover now