-001-

42 3 2
                                    

TITLE: SALAH FAHAM

Taehyun gulingkan matanya tanda menyampah apabila Soobin dan Beomgyu tidak berhenti bercerita tentang gadis bernama Choi Haesoo. Hueningkai pula sedang tersengih bermain telefon.

Nasib sahaja Yeonjun tiada disitu. Jika tidak pasti lelaki itu juga akan berbicara tentang Haesoo. "Korang datang ni nak lepak ke cerita pasal si Haesoo?"soal Taehyun. Beomgyu dan Soobin terus menoleh memandang Taehyun.

"Kau ni, Taehyun... Cuba bagi aku peluang nak dengar khabar pasal Haesoo! Kau macam tak faham kami jarang jumpa!"rajuk Beomgyu. Sememangnya dia agak susah untuk bertemu dengan Haesoo sejak dia bekerja sebagai seorang polis.

Ada sahaja perkara yang berlaku menyebabkan dia tidak dapat bertemu gadis comel itu. Hueningkai pandang Taehyun. "Umur kau dah 29 tahun, Kang Taehyun!"ujar Hueningkai lalu kembali sibuk bermain telefon.

Taehyun jeling Hueningkai sekilas. Dia bukan tak tahu yang Hueningkai sebenarnya sedang memerlinya kerana bertindak seperti kanak-kanak. "Ooh ya? Hyung kau dah dengar ke yang Allen hyung dah balik Korea?"tanya Taehyun.

Dia baru sahaja teringat akan perbualannya dengan sepupunya iaitu Minhee. Taehyun tahu yang Soobin rapat dengan Allen. Mata Soobin mula bersinar. "Jjincha?!"soalnya teruja.

Taehyun terus mengangguk mengiyakan. "Allen hyung mesti rindu dengan Haesoo!"gumam Soobin tetapi tetap didengari oleh Taehyun yang duduk bersebelahan dengan Soobin. Dahinya berkerut.

Sekali lagi nama adik Yeonjun dan Soobin meniti dibibir Soobin tetapi kali ini Soobin katakan yang Allen pasti rindukan Haesoo. "Yeonjun hyung balik bila, hyung?"tanya Hueningkai apabila dia teringat yang Yeonjun sebenarnya outstation.

Soobin tersenyum. "Minggu depan! Kau kalau nak minta dia beli apa-apa jangan cakap dengan aku. pergi telefon dia sendiri!"balas Soobin. Bukan dia tak tahu perangai Hueningkai. Pasti lelaki itu mahu meminta Yeonjun belikan dia barang.

"Syarikat Yeonjun hyung macam mana Soobin hyung?"tanya Taehyun.  "Gwaenchana! Syarikat yang dia buka makin stabil. Kamu tak perlulah risau."balas Soobin. Taehyun mengangguk faham.

Syukurlah syarikat Yeonjun semakin stabil. Dia masih ingat pertama kali Yeonjun membuka syarikatnya. Lelaki itu terpaksa bekerja lebih masa dan bekerja lebih keras. "Aku cuma risaukan kesihatan Yeonjun hyung, Soobin hyung!"balas Taehyun.

Soobin tersenyum manis. Dia terus menyentuh bahu Taehyun. Perlahan-lahan bibir Taehyun mula mengukirkan senyuman. Beomgyu tersenyum dalam diam. Dia bersyukur yang Taehyun mula tersenyum.

Dia masih ingat pertama kali dia bertemu Taehyun semasa mereka masih kecil. Lelaki itu terlalu dingin dan tidak pernah tersenyum menyebabkan Beomgyu rasa kasihan. "Hyung kan doktor! Takkan hyung tak boleh rawat Yeonjun hyung?"ujar Soobin.

Taehyun terus tertawa kecil. "Tae lupa yang hyung doktor!"balas Taehyun. Mereka berdua mula ketawa bersama. "Soobin hyung, kau tak risau kan Haesoo ke? bukan patutnya dia dah balik dari kerja ke sekarang?"tanya Hueningkai.

Mereka bertiga menoleh kearah Hueningkai. Bibir Soobin tersenyum tipis. Dia mula mengeluh. "Haesoo kata dia banyak kerja dekat pejabat dan mungkin tak balik!"balas Soobin tenang. Hueningkai mengangguk faham.

Haesoo, gadis itu adalah kawan baik adik perempuannya semasa mereka berdua sekolah di sekolah perempuan. Jadi sebab itu ada rasa ingin tahu. Telefon yang berbunyi membuatkan mereka semua menoleh kepada pemilik telefon.

Taehyun tersengih. "Mian!"ujarnya sebelum bangkit dan menjawab panggilan diluar cafe. "Hello?"sapa Taehyun. "Tuan muda!"jerit seseorang dihujung talian. Dahi Taehyun berkerut. "Kau dah kenapa, Serim?"balas Taehyun.

T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆Where stories live. Discover now