-002-

40 5 8
                                    

TITLE: FIRST MEET

Haesoo yang berjalan kaki ke rumah mula menyanyi kecil. Di tangannya terdapat satu plastik yang penuh dengan makanan ringan. "I'm a loser! I'm a loser! Lover with a dollar sign is a loser!"nyanyi Haesoo.

Hatinya sedikit riang kerana kedua-dua abangnya tiada di rumah untuk menghalangnya daripada makan makanan ringan. Soobin dan Yeonjun terlalu protektif pada dirinya sehinggakan makan keropok dan gula-gula pun tak dibenarkan.

"ttwieonaeryeo from this highway, pyeolchin chae bureojin nalgae, yeongwoneul hyanghae flyin', anganhim sseobwado churalchae- ARGH!"jerit Haesoo apabila ternampak tubuh lelaki yang penuh luka dan darah berada di hadapan rumahnya.

Hilang terus rapnya tadi. Dia terus mendekati lelaki yang terbaring tidak sedarkan diri itu. Haesoo terus menekup mulutnya apabila dapat mengenal pasti siapa lelaki itu. Lelaki ini adalah Kang Taehyun.

Kawan abang-abangnya. Walaupun dia tak pernah berjumpa dengan Taehyun sebelum ini tetapi dia tetap mengenali lelaki ini. Abang-abangnya mempunyai gambar bersama lelaki ini. "Kang Taehyun-shi?"ujar Haesoo.

Tangannya menampar pelan pipi Taehyun. Dia mahu lelaki itu sedarkan diri. Namun, Taehyun langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Haesoo pandang sekeliling. Bibirnya diketap. Dia terus memapah tubuh Taehyun untuk masuk ke dalam rumah.

Pintu biliknya dibuka dan tubuh Taehyun dibaringkan atas katilnya.  Dia pandang Taehyun sebelum mengeluh. Satu beg perubatan yang Soobin sediakan untuk dirinya dikeluarkan. Tak lupa juga towel basah.

"Gwaenchana, Haesoo-ya...kau anggap je yang terbaring depan kau sekarang Soobin oppa!"gumam Haesoo. Tangannya mula menyentuh baju Taehyun sebelum membukanya. Mulut Haesoo ternganga apabila ternampak banyak luka dan lebam pada tubuh Taehyun.

"Apa yang dah jadi pada Taehyun oppa sebenarnya?"soal Haesoo. Dia terus merawat Taehyun dan sesekali ada juga suara Taehyun mengadu sakit tetapi matanya masih kekal tertutup. Rasa kesian Haesoo semakin bertambah.

"Mian!"ucap Haesoo kerana dia berasa bersalah semasa meletakkan ubat pada tubuh Taehyun. Haesoo terus mencuci tangannya sebaik sahaja siap meletakkan ubat. Almari bajunya dibuka dan satu baju hitam dikeluarkan.

 Almari bajunya dibuka dan satu baju hitam dikeluarkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia terus memakaikan Taehyun baju tersebut. Itu adalah baju rekaan Yeonjun yang bergenderkan unisex jadi jika Taehyun pakai tidak akan ada masalah. Haesoo terus keluar dari biliknya.

Kepalanya diurut apabila rasa sakit kepala hadir. Ah, mungkin kerana dia terlalu penat. Sudah 3 hari dia tidak tidur dengan nyenyak. Semuanya disebabkan oleh mesyuarat dan projek baharu yang dicadangkan oleh pihak direktor.

Mata Taehyun perlahan-lahan terbuka. "Ark!"adunya perlahan seraya memegang sisi tubuhnya. Dahinya berkerut apabila dia berada di tempat yang asing baginya. "A-aku dekat mana?"soalnya.

T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆Where stories live. Discover now