-004-

36 3 2
                                    

TITLE: JAKE SIM

Angin yang bertiup lembut pada wajahnya membuatkan dia mencelikkan mata. Dia sekarang berada di satu padang luas penuh dengan dandelion yang sedang berterbangan.

"Oppa?"panggil seseorang. Dia terus menoleh. Air mata mula berkumpul pada bahagian mata. Bibirnya diketap agar menahan perasaan rindu yang membuak dalam dirinya. Kanak-kanak perempuan itu terus tersenyum.

Bunga tulip berwarna putih yang dipegangnya diserahkan kepada lelaki dihadapannya. "M-myah!"serunya. Kanak-kanak perempuan itu mula tertawa. "Jake oppa... Gumawo sebab buang Myah. Perbuatan oppa betul-betul buatkan Myah tenang sekarang!"balas Myah.

Jake terus menggeleng. Air matanya terus jatuh. "A-aniya... Oppa minta maaf dengan Myah.. Oppa banyak buat salah pada Myah!"pinta Jake lalu berlutut dihadapan kanak-kanak perempuan itu. Kepalanya digelengkan berkali-kali.

Myah mengeluh. Tangannya mula melap air mata milik Jake. Myah tersenyum. "Uljimayo sebab Myah dah bahagia sekarang! Oppa carilah kebahagian Oppa!"ujar Myah lalu mencium dahi Jake.

Tubuh Jake tiba-tiba kaku. Dia tidak dapat bergerak. Air matanya semakin banyak apabila Myah mula bergerak meninggalkan dirinya. Hatinya menjerit agar adik perempuannya kembali.

"Jake!!"

Jake terus terbangun daripada tidurnya. Wajah abang sulungnya dipandang. Johannes mengeluh. Dia terus melap air mata adiknya. "Kenapa kau menangis dalam tidur, Jake? Mimpi buruk?"tanya Johannes penuh lembut.

Jake terus memeluk tubuh Johannes. Dia mula menangis teresak-esak. Johannes pula hanya mengusap belakang Jake bagi menenangkan hati adiknya. Hanya Jake yang tinggal untuk dia manjakan.

Anak kedua keluarga Sim tidak pernah pulang ke rumah sebaik sahaja berita kehilangan Myah sampai ke telinga adik lelakinya yang lagi satu.

"A-aku mimpi Myah, hyung!"luah Jake sebaik sahaja dia tenang. Johannes terkedu. "Dia kata dia dah bahagia sekarang... Dia nak aku cari kebahagiaan aku!"tambah Jake.

Tanpa Jake sedari, dia telah membuatkan abang sulungnya menjadi sebak. Johannes rindukan Myah tetapi dia sentiasa berlagak kuat seperti dia tidak terkesan akan kehilangan Myah.

"Kau penat, Jake... Penerbangan kau ke Korea ada dalam 4 jam dari sekarang. Rehatlah!"ujar Johannes sebelum berlalu keluar dari bilik Jake. Jake terus menoleh ke sisi katilnya.

Gambar Myah diambil lalu dipeluknya. "Oppa takkan mengalah untuk Myah... Oppa pun sayangkan Myah!"bisik Jake. Langkah Johannes terhenti sebaik sahaja dia tiba di bilik Myah.

Tangannya menyentuh pintu itu sebelum dia menangis tanpa suara. Tuan Sim yang perasan akan anak sulungnya mengeluh. "Johannes.."ujarnya penuh risau.

Dia risaukan Johannes yang selalu memendam perasaannya. Sehingga sekarang mereka tidak menemui jejak Myah. Pihak polis ada menyuruh mereka untuk berhenti mencari kerana ada kemungkinan yang Myah sudah tiada di dunia ini lagi.

"Eomma... Appa... Oppa.. rindukan kamu Myah!"bisik Johannes. Dia terduduk di tepi pintu bilik itu. Bilik itu tidak dibenarkan masuk oleh Puan Sim. Ibunya telah kunci bilik itu menyebabkan tiada siapa boleh melihat bilik Myah.

Ibunya tertekan dan sekarang sedang di rawat di hospital Brisbane. Sudah 3 tahun ibunya berada di sana selepas kejadian ibunya pengsan di laman rumah. Ibunya terlalu tertekan dan depresi akan kehilangan Myah. Nasib sahaja mereka semua masih kuat.

"Yohan!"tegur Tuan Sim. Johannes terus menoleh. Air matanya terus dilap dengan kasar. "A-appa!"balas Johannes. Tuan Sim terus memeluk Johannes. "Uljima... Anak Appa seorang yang kuat!"pujuk Tuan Sim.

T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆Where stories live. Discover now