-027-

33 1 0
                                    

Title: Johnny Yang

Haesoo mula bermain dengan jarinya. "Gwaenchana.... Sunghoon oppa cuma tertanya-tanya!"balas Haesoo. Heeseung dan Sunghoon telan liur mereka. Jake pula pandang Haesoo tanpa henti.

"Choi Haesoo, lahir di Brisbane, Australia! Dia pekerja favorite aku!"ujar Jake bagi menjawab soalan milik Sunghoon. Dia ingat maklumat milik Haesoo kerana Dia sangat-sangat berminat mahu mengetahui tentang Haesoo.

"Majayo, saya lahir di Brisbane... Jungwon juga lahir di brisbane kalau kamu nak tahu!"tambah Haesoo. Heeseung ketap bibirnya. Balasan Haesoo itu menguatkan lagi akan rasa sangsinya. Jungwon yang baru turun tersenyum.

"Kaja, Haewon-ah!"ajak Jungwon. Haesoo bangun daripada duduknya. Dia memandang Heeseung. "Saya harap Direktor Lee boleh proceed dengan perletakkan jawatan saya. Saya juga perlukan ketenangan, Direktor Lee Heeseung!"ujar Haesoo.

Jake tersentak. Haesoo ingin berhenti kerja? Kenapa dia tak pernah tahu tentang itu? Jake pandangan Heeseung meminta Jawapan. Heeseung mengeluh. Nampak gayanya dia terpaksa juga memberitahu Jake akan hal itu.

"2 hari sebelum kejadian yang berlaku, Haesoo ada datang jumpa aku dan serahkan surat letak jawatan!"ujar Heeseung. Jake kepal penumbuknya. "Tapi wae kau tak bagitahu aku, Lee Heeseung?"soal Jake.

Heeseung tersenyum tipis. "Kau lupa? Kau kata kau sibuk dan tak mahu diganggu dengan perkara yang tak penting!"ujar Heeseung. Dia ada cuba untuk beritahu Jake tetapi Jake hanya menjawab yang dia tak mahu tahu perkara yang tidak penting ketika itu.

"Tapi Haesoo adalah perkara yang penting, Hyung!"marah Jake. "Kau tak pernah cakap yang hal Haesoo adalah hal yang penting? Jake, aku dah beritahu kau yang aku nak bercakap tentang Haesoo sebelum ini!"bidas Heeseung.

Jake tersentak. Bila diingatkan semula, Heeseung sememangnya ada bercakap tentang Haesoo tetapi ketika itu dia terlalu sibuk dengan kerja dan perlu fokus melakukan pekerjaannya.

"Mianhae, Hyung!"ujar Jake. "Tapi Jake... Kau tak syak sesuatu tentang Jungwon?"tanya Heeseung. Jake terdiam. "Maja, aku pun syak sesuatu. Jake, aku rasa Jungwon dan Haesoo adik kandung kau!"sokong Sunghoon.

Jake memandang Sunghoon dengan pandangan tidak percaya. "Wae?"soalnya. "Both of them born in Brisbane, Jake. Dan cuba kaitkan kisah Jungwon dan Haesoo!"ujar Heeseung.

"Jungwon dibesarkan oleh keluarga angkat. Adik kau Johnny yang dikatakan sudah mati tetapi masih hidup... Tak mustahil Johnny dibesarkan oleh keluarga angkat!"tambah Heeseung.

Jake terdiam. "Kau tahu nama English Jungwon, Jake?"tanya Jay yang baru sahaja tiba bersama sehelai kertas. "Johnny Yang. Bukan keluarga Yang adalah nama keluarga ibu kau?"ujar Jay.

Mata Jake membulat apabila dia sudah dapat memproses maklumat yang dia terima. Jay terus hulurkan kertas yang dia pegang kepada mereka semua.

"Aku tahu Jungwon pasti akan marahkan aku lepas ni... Itu adalah ujian DNA yang aku buat setahun yang lepas. DNA Jungwon dan appa kau 99.98% sepadan."ujar Jay.

Jake baca kandungan kertas itu dengan mata yang berair. "Kenapa kau buat ujian ni, Jay?"tanya Sunghoon. Jay tersenyum.

"Aku sayangkan Jungwon macam adik aku sendiri, Hoon. Selepas aku jumpa Uncle Sim dan Aunty Sim tahun lepas, aku tak boleh elak rasa sangsi. Jungwon hampir serupa dengan eomma Jake!"luah Jay.

"Aku rasa Jungwon tahu dia adik Jake... Tapi dia tak katakan apa-apa sebab aku yakin. Dia tak minta semua itu!"tambah Jay. "Aku perlu cari Jungwon!"ujar Jake seraya bangkit.

"Dan buat apa?"tanya Jay. Mata Jay kelihatan dingin apabila memandang Jake. Sunghoon dan Heeseung terdiam. Jake berdecit. "Buat apa kau tanya aku?! Mereka adik aku, Jongseong!!"marah Jake.

T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆Where stories live. Discover now