Title : Miserable Fate
Villa Maya, Seoul.
Myah pandang Jake dihadapannya. Dia baru sahaja pulang daripada berjumpa dengan ibu mertuanya. Dia tak sangka yang Jake menunggunya sejak semalam.
"Wae Oppa tak call dongsaeng? Kalau dongsaeng tahu dongsaeng akan pulang semalam!"ujar Myah.
Dia mula menjeling pembantu rumahnya. Geram betul dia apabila pembantu rumahnya tidak memaklumkan kehadiran Jake ke rumahnya.
Sunghoon yang disebelah Jake terus berdehem. "Kami datang sebenarnya nak tanya sesuatu!"ujar Sunghoon.
Nak harapkan Jake yang bercakap, lelaki itu kelihatan termenung sejak tadi. Myah alihkan perhatian kepada Sunghoon.
"Tanya apa?"balas Myah sambil mengusap perutnya. "Kau cakap apa dengan Haesoo semalam?"tanya Sunghoon. Myah tersentak.
Dia memandang Sunghoon dengan pandangan tidak percaya. Bagaimana Sunghoon tahu dia bertemu dengan Haesoo semalam.
"W-waeyo?"tanya Myah. Jake terus mengangkat kepala nya. Dia memandang Myah dengan pandangan dingin.
Baru sekarang dia perasan yang gadis dihadapannya ini tidak mempunyai iras ibunya langsung. Dia terlalu buta dengan nama Myah Sim.
"Sebab Haesoo tiba-tiba sahaja balik kampung dan Taehyun kata kami perlu tanya pada kau!"balas Sunghoon. Myah terus berdecit.
"Dasar anak manja!"gumam Myah perlahan tetapi tetap didengari oleh Jake dan Sunghoon. Mereka berdua terus berbalas pandangan.
Sunghoon sentuh lengan Jake apabila lelaki itu ingin mengamuk. "Apa yang kau kata pada Haesoo?"tanya Sunghoon. Myah diam. Memori perjumpaan dia dan Haesoo mula berlayar.
"Eomma jangan risau. Myah akan cuba keluarkan Niki daripada penjara!"ujar Myah kepada ibu mertuanya.
Dia memeluk lengan ibu mertuanya. Mereka berdua terus bergerak ke kedai makan yang berdekatan.
Kebetulan Haesoo, Taehyun, Soobin, Jungwon dan juga Yeonjun keluar daripada restoran tersebut. Haesoo terkedu apabila melihat Puan Nishimura.
Dia terus menunduk hormat. Myah ketap bibirnya. Dia terus melihat wajah ibu mertuanya yang seperti ingin mengamuk.
"Kau!!"jerit Puan Nishimura dalam bahasa Jepun. Beg tangannya terus digunakan untuk memukul Haesoo.
Mata Yeonjun dan Soobin terus terbeliak. Mereka berdua terus menghalang Puan Nishimura daripada memukul Haesoo.
Haesoo hanya kaku memandang senario dihadapannya. "Hae!"seru Taehyun penuh risau. Dia terus menyentuh tangan Haesoo.
Myah yang ternampak perbuatan Taehyun terus berdecit. "Sekarang aku tahu macam mana kau boleh pulih daripada dadah tu!"ujar Myah penuh sinis.
"Kau ni murah sebenarnya kan, Choi Haesoo?"soalnya dengan nada mengejek. "Mwo?!"jerit Jungwon. "Kau tak puas kena belasah dengan aku ke, Sim Myah!"jerit Jungwon lagi.
Myah terus menyentuh perutnya. Sejujurnya dia serik dengan amaran Jungwon sebelum ini. Dia hampir kehilangan bayinya.
Jungwon terus menghampiri Myah tetapi Myah terus menampar Jungwon sehingga kepala lelaki itu terteleng ke tepi. "Jungwon!"jerit Taehyun.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...