-017-

17 2 2
                                    

Title : Niki Craziness.

Soobin dan Yeonjun terus mengangakan mulut mereka sebaik sahaja mereka membuka pintu rumah. Mereka berdua dikejutkan dengan kehadiran Niki yang sedang duduk melutut dihadapan pintu rumah mereka. Mereka berdua mula berbalas pandangan.

"kau buat apa dekat sini?"soal Taehyun yang baru sahaja muncul. Dahi Niki berkerut apabila dia ternampak Taehyun tetapi tidak pula dia bertanya kenapa lelaki itu berada di situ. "Soobin hyung! Yeonjun hyung! Benarkan aku jumpa Haesoo!"pinta Niki.

Yeonjun terus memeluk tubuh. Dia memandang Niki dengan pandangan tajam. "Lepas kau dah curang dengan adik aku sekarang kau nak jumpa dia? Yah! Kau tak malu ke?!"balas Yeonjun. Sejujurnya Yeonjun malu dengan kelakuan Niki dan dia juga marah kerana Niki dah melukakan adik kesayangan dia.

Soobin diam. Dia memandang Niki dengan pandangan dingin. "Haesoo tak ada di rumah sekarang... Kau patut move on seperti mana kau curang belakang adik aku!"pesan Soobin dingin sebelum melangkah pergi. Taehyun jeling Niki sebelum mengikut jejak Soobin.

Niki pandang Yeonjun pula. "Yeonjun hyung!"rayu Niki sambil memegang kaki Yeonjun. "Hyung, aku cintakan Haesoo... aku tahu apa yang aku buat salah tapi aku betul-betul cintakan Haesoo. Aku tak boleh hidup tanpa dia!"rayu Niki. Yeonjun hampir sahaja mengasihani Niki tetapi dia cepat-cepat menepis perasaan itu.

"Itu masalah kau!"balas Yeonjun sambil menolak tangan Niki yang memegang kakinya. Dia terus bergerak meninggalkan Niki memandangkan dia sudah terlewat untuk pergi ke tempat kerja. Niki ketap bibirnya. Dia mula mengepalkan penumbuknya.

"Haesoo tak boleh putus dengan aku... aku kena pujuk dia secepat mungkin sebelum dia termakan kata-kata orang lain!"gumam Niki seraya bangun. Dia terus mengeluarkan telefon dan mengarahkan pekerjanya untuk mencari kedudukan Haesoo.

Haesoo pandang rakan-rakannya dengan senyuman manis. Sudah terlalu lama mereka semua tidak berkumpul seperti ini. Nasib sahaja Jake memberikan Haesoo cuti berehat. Haesoo tahu kebelakangan ini dia kerap sekali mengambil cuti. Dia tahu hal ini akan membuatkan prestasinya menurun tetapi dia tidak kisah.

Lagipun dia sudah mengambil keputusan untuk berhenti kerja tak lama lagi dan pulang ke kampung untuk membantu ibu bapanya. "Haesoo, gwaenchana? Kau nampak pucat?"tanya Bahiyyih penuh risau. "Maja!"sokong Yeji. Haesoo tersenyum tipis.

"Aku okay... Kita patut fokus pada Myah. Dah lama dia tak balik korea!"ujar Haesoo. Mereka semua menoleh kearah Myah yang sedang duduk sambil menikmati hot chocolatenya. "Myah!!"ujar Hikaru sambil memeluk tubuh Myah. "Yah!"marah Myah apabila airnya tumpah diatas meja.

Nasib sahaja tak terkena tubuhnya. "Kau dekat sini sampai bila, Myah?"tanya Hyejin. Myah terus mengusap dagunya seolah-olah berfikir. "Sampai suami aku decide nak balik Jepun?"balas Myah. "Jjinja?! Suami kau dah mula layan kau baik-baik ke, Myah?"tanya Bahiyyih.

Myah mengangguk mengiyakan. Haesoo tersenyum gembira untuk sahabatnya. "Baguslah tu... Tak adalah merana lagi kawan kita ni!"ujar Yeji yang berjaya membuatkan mereka semua ketawa. "Suami kau dah berpisah ke dengan kekasih dia tu?"soalan daripada Hyejin berjaya menyebabkan mereka semua terdiam.

"Don't worry, Hyejin.... Mereka akan berpisah tak lama lagi memandangkan anak kami dah nak lahir!"ujar Myah gembira sambil mengusap perutnya. "And he decide to love only me!"tambah Myah. "baguslah tu... Kami tak nak kau sedih lagi, Myah!"ujar Hikaru lalu memegang tangan Myah.

"Maja!"sokong Haesoo. Dia kesiankan Myah. Haesoo tahu Myah berkahwin kerana pilihan keluarga dan Haesoo tahu suami Myah sudah mempunyai kekasih. Tetapi bagi Haesoo, suami Myah sepatutnya mengutamakan Myah memandangkan Myah sudah mengandung anak lelaki itu.

T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆Where stories live. Discover now