Title : Jungwon and Haesoo real relationship.
"M-maafkan kami Jungwon-ah!!"ujar Myah. Dia masih berpaut pada kaki Jungwon. "Jungwon!!"jerit Jake apabila Jungwon bertindak menolak Myah sekali lagi. Kemarahan Jake terhadap tindakan Jungwon tidak lagi dapat dibendung.
"Dia ibu mengandung, Yang Jungwon. Kau kena berlembut dengan dia. Kalau ada apa-apa berlaku pada kandungan dia kau nak bertanggungjawab ke, hah?!"marah Jake. Jungwon terus berdecit.
"Hyung, kau cuma baik pada dia sebab dia mengingatkan kau pada adik kau!"bidas Jungwon. Jake terdiam. Dia tidak menafikan apa yang Jungwon katakan. Dia memandang Myah. "Aku m-merayu dekat kau Jungwon.... T-tolong jangan buat tuntutan keatas Niki!"rayu Myah.
Nada suaranya semakin melemah akibat terlampau kerap menangis. "Merayulah macam mana, Myah... aku takkan sesekali lepaskan Niki daripada kesalahan dia!"ujar Jungwon dengan tegas. Myah menggeleng.
"Bagi aku jumpa Haesoo! Aku t-tahu yang d-dia akan maafkan Niki!"ujar Myah. Jungwon terus menampar Myah membuatkan Jake terkedu. Begitu juga Heeseung dan Sunghoon yang baru sahaja tiba. Mereka terkejut dengan tindakan Jungwon.
"Kau pentingkan diri, Sim Myah. Kau tahu tak apa yang terjadi pada Haesoo sekarang?kau pernah ambil peduli ke? Tak pernah!!sekali pun kau tak pernah kesah tentang Haesoo... aku takkan maafkan kau dan Niki. TAK AKAN!"marah Jungwon.
Myah ketap bibirnya. "Aku tahu aku salah J-jungwon tapi please ... Bagi kami peluang kedua!!"rayu Myah. Jungwon pejamkan matanya apabila perasaan marah bertandang sekali lagi. "Kau nak apa lagi pada dia, Myah? Haewon aku dah lama beri kamu berdua peluang kedua!"ujar Jungwon geram.
Myah terdiam. "Jungwon! Susah sangat ke nak bagi peluang kedua? Niki kawan kita kan?!"akhirnya Jake menyuarakan suara hatinya. Dia tidak berapa setuju dengan tindakan Jungwon yang terus menghukum.
Jungwon berdecit dengan sangat kuat. "Peluang apa lagi, Jake hyung? Kau nak tunggu Haesoo mati dekat hospital tu ke baru kau rasa bersalah?!"bidas Jungwon. "Haesoo dekat hospital tengah bertarung untuk teruskan hidup dan kau minta aku jadi malaikat dekat sini? S*** semua tu!!"tambah Jungwon.
Jake dan Myah terkedu mendengar balasan Jungwon. "Aku penat hyung.... penat layan manusia macam korang!"ujar Jungwon sebelum bergerak meninggalkan mereka semua. Myah pegang kepalanya yang mula berdenyut. Dia bagaikan tidak percaya Haesoo dihospital sekarang.
"Myah!!"jerit Jake apabila Myah pengsan. Sunghoon terus membantu Jake manakala Heeseung mengejar Jungwon. Heeseung tak tahu kenapa hatinya tergerak mahu mengejar Jungwon. Mata Heeseung terpaku pada Sunoo yang sedang menyandar disebuah kereta. Heeseung terus menyorok.
"Jungwon-ah!"seru Sunoo. Jungwon terus memeluk Sunoo. Jungwon mula menangis. "Gwaenchana... Haesoo akan selamat.. Soobin hyung akan pastikan dia selamat!"pujuk Sunoo. Dia sejak tadi menunggu Jungwon. Sunoo tahu Jungwon lemah sekarang.
"Aku adik tak guna, Sunoo hyung... Aku patut halang hubungan dia dengan Niki sejak dulu!"ujar Jungwon yang jelas sekali kesal. "Benda nak jadi.... sekarang kau perlu bertenang. Kita nak kena jumpa Haesoo dekat hospital!"ujar Sunoo.
Heeseung tekup mulutnya. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengari sejak tadi. Jungwon adik Haesoo?bukankah mereka cuma sepupu. "Kaja!"ajak Sunoo penuh lembut.
Sunoo tahu rahsia Jungwon semasa mereka sekolah menengah. Dia tak sengaja mengekori Haesoo ke hospital kerana dia tertanya-tanya akan keadaan Jungwon yang tidak menghadiri sekolah waktu itu.
Disitulah Sunoo tahu yang Haesoo dan Jungwon adalah kembar dan adik -beradik kandung. Pada mulanya dia tidak mengerti kenapa Haesoo dan Jungwon berpisah sehinggalah Jungwon ceritakan semuanya pada dia. Pandai betul dia berlakon seolah-olah tidak mengetahui apa-apa tentang Jungwon dan Haesoo.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...