Title : Story time by Taehyun.
Taehyun yang baru sahaja pulang daripada kerja terkedu apabila melihat Jake yang berada di rumah itu. Malah, Jake sedang memujuk Haesoo yang sedang menangis teresak-esak. "Wae Haesoo menangis? Mana Soobin hyung? Wae kau ada dekat sini?"tanya Taehyun bertubi-tubi.
Jake ketap bibirnya. "Baguslah kau dah balik, Taehyun... Soobin hyung terpaksa pergi kerja awal memandangkan ada emergency dekat hospital jadi dia minta aku jaga Haesoo memandangkan aku datang melawat tadi!"balas Jake.
"Kau tak jawab soalan pertama aku.. Wae Haesoo menangis?"soal Taehyun sedikit dingin. Haesoo pandang Taehyun dengan mata yang sembab. "Taehyun oppa!"seru Haesoo dengan tangisan kecil.
Taehyun terus letak begnya diatas lantai. Tali leher dan coatnya dibuka lalu diletakkan diatas meja. Dia terus melutut dihadapan Haesoo. "Neo waegurae? Kenapa kau menangis? Kau nampak macam monyet tahu tak!"soal Taehyun.
Haesoo yang mendengar perkataan monyet daripada mulut Taehyun terus memukul bahu lelaki itu. "OPPA!!"marah Haesoo. "Betul lah!"balas Taehyun. Haesoo terus mencebik. "Taehyun... boleh aku balik? aku risau Heeseung hyung risau!"ujar Jake.
"Pergilah!"balas Taehyun. Walaupun Jake tak jawab soalannya, tetapi dia tidak mahu menghalang lelaki itu daripada pergi. Lagipun sudah lewat petang dan Jake sememangnya patut pulang untuk mengelakkan fitnah.
Lelaki itu seorang yang terkenal dan Taehyun tak mahu disebabkan populariti Jake, Haesoo dan adik-beradiknya terkena tempias. Taehyun capai tangan Haesoo. "Waegurae? Kau teringatkan perkara tu ke?"tanya Taehyun penuh lembut.
"Hiks!"tangis Haesoo. Taehyun ketap bibirnya. Sejujurnya dia bukanlah penyabar tetapi dia faham dan tahu yang sekarang dia sedang berhadapan dengan seorang gadis yang penuh emosi. "Haesoo!"seru Taehyun ingin memujuk.
"N-ni ke s-sebab o-oppa pesan jangan terlalu p-percaya pada c-cinta?"tanya Haesoo tergagap-gagap akibat mahu berhenti menangis. Dahi Taehyun berkerut. Dia sedikit tidak faham dengan apa yang Haesoo cuba sampaikan.
Ting!
Bunyi notifikasi masuk dalam telefonnya membuatkan dia terus mengeluarkan telefonnya yang berada di dalam poket seluar. Dia terus memeriksa chat yang masuk. Sebaik sahaja mengetahui yang Soobin menghantar pesanan kepadanya. Dia terus membuka chat tersebut.
Soobin Hyung
Haesoo baru dapat maklumat daripada Jake yang Niki curang.
Hyung harap kau dapat pujuk Haesoo...
Kalau tak dapat juga...
Kau pengsankan sahaja dia..
Hyung tak nak dia sakit sebab asyik menangis!
Taehyun terus memandang Haesoo. "Niki curang?"soalnya tenang. Haesoo ketap bibirnya seraya mengangguk. "S-saya dah c-call Jungwon d-dan dia kata semua tu b-betul!"jawab Haesoo sambil melap air matanya.
Taehyun mengeluh. Jika Jungwon sendiri yang memberikan pengesahan bermakna berita itu adalah benar. "Jadi kau nak jadi lemah macam ni?"tanya Taehyun sedikit dingin. Dia memandang mata Haesoo dengan tajam.
"Kau lupa apa aku cakap dengan kau?"tanya Taehyun dengan nada suara yang sama. Haesoo menelan liurnya. "Kau tahu kenapa aku betul-betul bencikan percintaan?!"soal Taehyun sedikit kasar. Matanya tidak lepas memandang mata Haesoo.
Haesoo boleh rasa yang jantungnya berdegup dengan sangat laju. Taehyun yang perasan yang dia sudah terkasar bahasa dengan Haesoo terus berdehem. "Kau dah makan malam? Aku boleh masakkan benda yang ringkas!"ujar Taehyun.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...