Title : Fear
Soobin terus berlari ke bilik kerjanya. Dia terus mencari ubat yang dia simpan di dalam laci. Bibirnya diketap dengan sangat kuat sebaik sahaja dia berjaya memegang botol ubat itu bersama jarum suntik.
"Aku buat semua ni sebab aku sayang Haesoo!"gumamnya perlahan. Dia terus mengambil jaketnya dan bergerak keluar dari bilik kerjanya. "Sanha, ganti aku!"ujar Soobin pada Sanha apabila mereka berdua terserempak.
"Yah, Choi Soobin! Kau nak pergi mana?!"tanya Sanha dengan nada sedikit tinggi di koridor hospital. "Aku tak tahu kenapa dengan Dr Choi tapi dia dah siapkan kerja dia... Lagipun para doktor yang bercuti dah mula kerja semula!"ujar Jaemin.
Sanha pandang Jaemin yang berdiri di sebelahnya. "Dia nampak takut!"jujur Sanha. "Aku pun tak tahu, Sanha... Tapi apa yang aku dengar Soobin ada terima satu panggilan sebelum dia mula tergesa-gesa buat kerja!"balas Jaemin.
Mereka berdua baru sahaja pulang daripada kafeteria untuk makan malam. Sepatutnya shift Soobin habis esok pagi tetapi lelaki itu menyiapkan kerja dengan pantas. Malah, kerja yang dilakukan oleh nya sangat sempurna.
Soobin pandu keretanya dengan perasaan yang bercampur baur. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah. Pandangan matanya bersatu dengan mata Yeonjun yang kelihatan seperti baru pulang.
Yeonjun tersenyum manis kepada Soobin. "Kau dah balik, Soobin? Bukan kerja kau patutnya habis esok?"tanya Yeonjun. Soobin diam. Dia terus berlalu melepasi Yeonjun. Yeonjun tergamam apabila Soobin mengendahkannya.
Penat sahaja dia percepatkan kerjanya di Shanghai jika Soobin melayannya penuh dingin. "Soobin Hyung!"ujar Taehyun terkejut apabila Soobin pulang. Yeonjun terus masuk ke dalam rumah.
Dahinya berkerut apabila terpandang satu jarum suntik yang mempunyai cecair di tangan Soobin. "Mana Haesoo?"tanya Soobin dingin. Kebetulan Haesoo keluar dari bilik dengan rambut yang masih basah.
"Ooh, awalnya oppadeul pulang!"ujar Haesoo dengan ceria. "Apa yang Beomgyu katakan, maja?"soal Soobin. Haesoo terdiam. "Hae mula ingat memori Hae?"soal Soobin lagi. Yeonjun yang seolah-olah tahu apa yang Soobin ingin lakukan terus memeluk Soobin.
"TAEHYUN, BAWA HAESOO PERGI SEKARANG!!"jerit Yeonjun. Taehyun terkejut dengan arahan Yeonjun. Tetapi dia mulai faham sebaik sahaja ternampak jarum suntik di tangan Soobin.
Haesoo tergamam. Matanya terpaku pada jarum suntik di tangan Soobin. Soobin mula bergelut ingin lepaskan diri daripada pelukan Yeonjun. Tanpa sebarang kata, Taehyun terus menarik tangan Haesoo sebelum mereka berdua berlari keluar daripada rumah.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...