Title :Flower Village
Gimpo Airport, South Korea.
"Hyung!!!"jerit seseorang penuh teruja. Dia yang baru sahaja membuka cermin mata hitamnya terus menoleh.
Bibirnya mula mengukirkan senyuman manis. "Jongho-ya!"balasnya sebelum berbalas pelukan dengan Jongho.
San yang berada disebelah Jongho hanya tersenyum. "Welcome back to Korea, bro!"ujar San sebelum dia juga berpelukan.
"Yeosang hyung! Hyung akan tinggal di Korea selama-lamanya, keutchi?"tanya Jongho penuh teruja.
Sudah terlalu lama dia berpisah dengan Yeosang. Kali terakhir mereka bertemu pun, 7 tahun yang lepas. Itupun di Jepun. Tempat tinggal Yeosang.
Yeosang mengangguk mengiyakan. "Eoh! Aku akan tinggal disini selamanya. Dah tiba masanya untuk aku berhenti berlari!"jawab Yeosang.
Jongho terus bersorak kegembiraan. Boleh lah dia mengacau yeosang selepas ini memandangkan Yeosang sudah dekat dengan dirinya.
"Kau dah ada tempat tinggal, hyung?"tanya San ingin tahu. Yeosang mengangguk. "Aku dah beli rumah dekat flower village!"jawab Yeosang.
Mata Jongho terus membulat. "Hyung kau beli rumah di daerah Danwon, Ansan?!"soal Jongho tidak percaya. Bukankah daerah itu sedikit jauh daripada Seoul.
"Kau sure nak tinggal sana?"tanya San penuh risau. Macam mana dia tidak risau. Kawannya itu baru pertama kali pulang ke Korea.
Di tambah lagi yang lelaki itu bakal bekerja di Seoul. Bukankah akan memenatkan Yeosang.
Yeosang ketawa kecil. "Aku rasa korang salah faham ni... Aku tak kerja di Seoul. Aku akan buka klinik berdekatan perumahan aku!"jelas Yeosang.
Jongho dan San terus memukul bahu Yeosang. Geram dengan perangai Yeosang yang suka buat mereka salah faham. Yeosang tersenyum.
"Jangan risau tentang aku. Seonghwa hyung akan tinggal dengan aku untuk 4 bulan!"ujar Yeosang. San hembuskan nafas lega.
Baguslah jika Seonghwa ada untuk temankan lelaki ini. Lagipun Yeosang belum familiar dengan Korea.
"Jadi kau tidur rumah aku berapa lama?"tanya San apabila mereka masuk dalam kereta. Jongho hanya diam.
"Sebulan... Rumah aku belum siap renovate!"balas Yeosang. San mengangguk faham. "Bila kau nak jumpa family kau, hyung?"tanya Jongho.
Yeosang tersenyum tipis. "Belum lagi, Jongho. Aku belum cukup berjaya untuk berdepan dengan mereka!"balas Yeosang.
Jongho mengeluh. "Mereka patut rasa bersalah pada kau, hyung. Kau anak kandung mereka!"komen Jongho.
Yeosang mengangguk mengiyakan. Dia juga rasa seperti itu. Ahli keluarganya patut rasa bersalah dengan dirinya.
"Apabila aku dah bersedia... Aku akan jumpa mereka. Aku akan tunjukkan kegagalan bukan penghalang untuk berjaya!"ujar Yeosang.
San yang memandu hanya diam. "Kau nak makan apa-apa tak, Sang hyung?"tanya Jongho. Dia sedang melihat apps penghantaran makanan.
"Aku nak full set makanan Korea!"jawab Yeosang. "Aku nak gogi!"ujar San. "Noted!!"jawab Jongho lalu mula mengorder.
"Aku dengar sepupu jauh kau nak kahwin, Jongho... Maja?"tanya Yeosang apabila dia teringat perbualannya dengan Yuju, kakak Jongho.
Jongho tersengih. "Maja! Nanti bila tarikh dah ditetapkan. Aku akan jemput hyung!"ujar Jongho.
Yeosang mengangguk faham. "Arraseo, Jongho-ya!"balas Yeosang. Melihat wajah ceria Jongho pasti Jongho rapat dengan sepupunya.
Tetapi hakikatnya, Jongho ceria kerana dia juga bakal menjadi salah seorang yang bakal menilai bakal pengantin lelaki.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...