Title : what happen to Taehyun?
Taehyun yang sedang sibuk dengan tugasnya sedikit tersentak apabila beberapa orang pekerja kelihatan sedang berborak dengan teruja di hadapan pejabatnya. "Tak sabarnya aku majlis makan-makan petang ni!"ujar pekerja tersebut kepada rakannya. Dahi Taehyun terus berkerut.
Makan-makan?
Sejak bila tempat kerja mereka ada buat makan-makan. Taehyun tak ingat pun yang dia ada berikan kebenaran untuk membuat majlis seperti itu. Taehyun bangkit daripada kerusinya dan bertindak untuk membuka pintu pejabatnya membuatkan dua perkerja itu terkejut. "Manager Kang!"seru mereka sambil mengurut dada.
"Majlis makan-makan?"tanya Taehyun secara terus kepada mereka. Mereka berbalas pandangan seraya mengangguk. "Hari ni hari lahir cik Kim Dami dan dia nak ajak semua makan petang ni dekat luar. Dia kata dia dah tempah restoran!"balas pekerja yang pertama.
Taehyun mengangguk faham. Baru dia teringat yang Dami ada mengajaknya untuk hadir ke majlis itu awal pagi tadi. "Manager Kang, datang tak?"tanya pekerja kedua ingin tahu. Taehyun mula berfikir sebentar. Dia mengangguk mengiyakan. Mustahil Dami akan cuba buat perkara yang selalu dia lakukan dihadapan semua orang.
Taehyun tak tahu yang keputusannya adalah salah dan bakal memberikan impak yang sangat besar dalam hidupnya. Dahi Taehyun mula berkerut apabila dia tiba ke restoran yang ditempah Dami. Ini majlis makan-makan ke disko? Komen Taehyun di dalam hatinya. Restoran itu dihias dengan lampu-lampu yang ada kat kelab malam tu. Buat sakit matanya sahaja.
"Manager Kang!"panggil Daehan, salah seorang pekerja lelaki yang sedikit rapat dengan Taehyun. Taehyun tersenyum seraya menghampiri lelaki yang mudah 3 tahun daripadanya itu. "Woah, manager Kang datang lah! Bertuahnya Dami!" "Kacaknya manager Kang."bisik pekerja perempuan yang duduk meja sebelah Taehyun dan Daehan.
Daehan tersenyum kecil apabila dia ternampak wajah cemberut Taehyun. Nampak sangat yang lelaki itu tidak suka dipuji lebih-lebih tentang visualnya. "Saya ingat manager Kang tak datang!"ujar Daehan seraya menuangkan air mineral untuk Taehyun. "Sekali sekala!"jawab Taehyun.
Sejujurnya Taehyun tahu yang selama sebulan lebih dia bekerja disitu, dia tidak pernah bergaul atau menghadiri mana-mana makan malam yang dibuat oleh pekerja mereka. Bukannya dia tak tahu yang mereka gelarnya sebagai anti-social.
Taehyun sebenarnya lebih suka berada di rumah kerana Haesoo selalu mengajarnya memasak menu baharu dan dia rasa itu lebih menyeronokkan berbanding pergi ke majlis seperti ini. Taehyun terus meneguk minumannya.
Dami perhatikan Taehyun sambil tersenyum sinis. "Akhirnya.."gumamnya penuh gembira. Dia terus mengeluarkan sesuatu daripada kocek bajunya. Satu botol kecil yang penuh dengan cecair berwarna biru cair.
"Ini adalah ubat perangsang paling kuat dalam dunia ni, Dami my dear... Tak ada penawar untuk dadah ni kecuali dengan puaskan keinginan dia. I bet, my dear akan dapat lelaki yang dah tolak kemahuan you!"
Kata-kata daripada Sunju membuatkan dia rasa gembira. "Manager Kang!"seru Dami seraya mendekati Taehyun. Taehyun terus gulingkan matanya. "Hi, cik Dami. Selamat hari lahir!"ujar Daehan. Dami hanya tersenyum. "Gumawo, Daehan-shi!"balas Dami.
"Happy birthday, Kim Dami-shi!"ujar Taehyun. Dia belum kejam lagi datang majlis orang tapi tak mengucapkan kata-kata tahniah kepada si pemilik majlis. Dia bencikan Dami tapi ucapannya sebentar tadi ikhlas. Senyuman Dami semakin melebar.
Dia dapat rasakan keikhlasan dalam ucapan Taehyun. "Thank you, manager Kang.. Manager Kang dan Daehan tak ambil makanan lagi ke? kosong sahaja meja ni saya nampak!"ujar Dami. Daehan terus tersengih.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...