Title: This is family.
Haesoo yang sedang tidur diperhatikan oleh Soobin. Soobin mengambil keputusan untuk cuti separuh hari. Taehyun dan yang lain sudah kembali ke tempat kerja selepas mereka makan tengahari bersama.
"Soobin!"seru seseorang. Soobin menoleh. Dia tersenyum tipis. "Eomma!"balas Soobin. Puan Choi terus memeluk Soobin. Begitu juga dengan Encik Choi. Mereka berdua memeluk Soobin dengan erat.
"Kamu abang yang sangat tabah Soobin!"puji Puan Choi seraya mengusap pipi Soobin. Soobin mengangguk mengiyakan walaupun air mata mula mengalir. Puan Choi tersenyum. "Eomma bangga dengan kamu!"ujar Puan Choi lagi.
Encik Choi pula terus menyerahkan satu kotak kepada Soobin. Dahi Soobin mula berkerut. "Dari abang kandung Haesoo!"ujar Encik Choi. Soobin tersentak. Dia memandang Encik Choi. "Youngjae ada dekat Korea?!"soalnya terkejut.
Encik Choi menggeleng. "Appa terima ni daripada pos. Kamu tahukan yang Youngjae sibuk dengan urusan dia!"balas Encik Choi. Soobin mula tersenyum tipis.
"Bin ingat dia dekat Korea... Appa tahukan dia yang berikan kebenaran untuk ambil Haesoo sebagai anak angkat!"ujar Soobin. Encik Choi mengangguk. Kalau Youngjae tak datang bertemu dengan dirinya.
Dia pasti tak tahu kisah sebenar tentang Haesoo. Dia memandang isterinya yang sedang mengusap rambut Haesoo. "Jungwon dah tahu?"tanya Encik Choi. Soobin mengangguk.
"Dia dalam perjalanan ke sini sekarang!"balas Soobin. Encik Choi mengangguk faham. "Appa tinggal dekat sini sampai bila?"tanya Soobin ingin tahu. Encik Choi tersenyum. "Appa dengan eomma tak boleh lama, soobin... Kami ada banyak benda nak kena buat dekat kampung tu!"jelas Encik Choi.
Soobin mengangguk faham. Dia bukannya tak faham. "Bin, faham appa!"jawab Soobin. "Eo~eomma?"tanya Haesoo sebaik sahaja dia bangun daripada tidur. Matanya digosok perlahan-lahan bagi menghilangkan mengantuk.
"Iya, sayang!"balas Puan Choi seraya memeluk Haesoo. Haesoo tersenyum sambil membalas pelukan milik Puan Choi. "Hae!"panggil Soobin. Haesoo terus menoleh memandang abangnya.
Soobin terus menyerahkan kotak hadiah itu kepada Haesoo. Dahi Haesoo berkerut sedikit tetapi dia tetap menerima hadiah tersebut. "D.S Youngjae Kim?!"ujar Haesoo sedikit gembira. Dia kenal nama ini.
Ini nama abang kandungnya yang diceritakan oleh Soobin dan Encik Choi sebelum ini. Soobin yang melihat senyuman adik perempuannya turut tersenyum. Kebahagian Haesoo adalah kebahagiannya juga.
Taehyun yang sudah bersedia untuk pulang terus mengemas barangnya. "Manager Kang!"panggil seseorang seraya memeluk lengan Taehyun. Taehyun yang terkejut dengan tindakan orang itu terus menepis.
Semua pekerja yang ternampak kejadian tersebut mula tersenyum sinis kepada Dami. Dami lah gadis yang berani memeluk lengan Taehyun sebentar tadi. Taehyun mula memandang Dami dengan tajam.
Rasanya gadis dihadapannya ini sudah mengganggu ketenteramannya sejak tengahari tadi. "Cik Kim Dami... Saya bagi kamu amaran. Jaga adab! Sekali lagi kamu buat macam ni saya tak teragak-agak bagitahu orang atasan!"ujar Taehyun penuh bengang.
Dia terus bergerak keluar dari kedai. Perasaan marahnya mula berkumpul dan dia terpaksa menahannya. "Sebab ni aku benci perempuan!"gumam Taehyun seraya menolak rambut depannya kebelakang.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...