-021-

24 1 1
                                    

Title : give me time.

Haesoo perhatikan Taehyun yang masih tidur disebelah nya. Badannya terasa sakit sebenarnya. Dia tak sampai hati mahu mengejutkan Taehyun semata-mata mahu meminta bantuan lelaki itu untuk membawanya ke bilik mandi.

Klak!

Bunyi kunci pintu dibuka membuatkan Haesoo mendongakkan kepalanya memandang gerangan yang masuk ke dalam biliknya. "Haewon-ah!"seru Jungwon. Haesoo tersenyum tipis.

Jungwon terus mendekati Haesoo. "Jungwon... Boleh bawa aku ke tandas?"tanya Haesoo terus tanpa berlindung. Nada suaranya kedengaran sangat lemah membuatkan mata Jungwon berair.

Jungwon mengangguk. Sebaik sahaja tangannya menyentuh tubuh Haesoo. Mata terbeliak dengan sangat luas. "Haesoo, badan kau panas!!"ujar Jungwon terkejut. Dia boleh rasa suhu badan Haesoo yang terlampau tinggi.

Tanpa membuang masa, Jungwon terus mengambil tuala dan membaluti tubuh Haesoo sebelum dia mengangkat Haesoo. Bilik Soobin dituju oleh Jungwon dengan sangat tergesa-gesa.

Haesoo rehatkan kepalanya pada dada Jungwon. "SOOBIN HYUNG!!"jerit Jungwon dihadapan bilik Soobin. Dia sudah terlampau terdesak apabila badan Haesoo semakin panas. Soobin kerutkan dahinya apabila tidurnya terasa diganggu.

"Kau nak apa, Yang Jungwon?!"soal Soobin geram seraya bangun dari katil dan bergerak menuju kearah pintu. Pintu dibuka dan Soobin tergamam. "Selamatkan Haesoo!!"ujar Jungwon.

Soobin yang sudah faham dengan apa yang berlaku terus membulatkan matanya. "Bawa Haesoo dalam bilik mandi!! Rendam badan dia dengan air sejuk!!! Aku akan ambil ais!"arah Soobin.

Air mata Jungwon mengalir sebaik sahaja dia meletakkan tubuh Haesoo ke dalam tub mandi yang dipenuhi oleh air yang sangat sejuk. Haesoo perhatikan Jungwon dengan mata yang kuyu.

Dia tiada tenaga untuk memujuk lelaki itu daripada berhenti menangis. Tangannya dinaikkan dengan tenaga yang ada untuk menyentuh wajah Jungwon. "U-uljima... Aku akan okay."ujar Haesoo.

Soobin akhirnya tiba bersama dengan Yeonjun. Mereka berdua membawa pek ais yang sangat banyak. Mereka membuka pek tersebut dan meletakkan ais itu ke dalam tub. Soobin ambil pemeriksa suhu..

Dia terus mengetap bibirnya apabila suhu Haesoo tidak berkurang daripada 37.8°. "H-hyung.... Sediakan kereta!"arah Soobin kepada Yeonjun. Yeonjun mengangguk sebelum berlari keluar. Soobin pandang Jungwon.

Haesoo perhatikan mereka semua dalam diam. Dia semakin lemah kerana rasa panas yang semakin mencengkam. "Jungwon... Aku nak kau bersedia dengan sebarang kemungkinan!"ujar Soobin tegas.

Soobin kenal Jungwon bagaimana. Lelaki itu mungkin nampak paling tenang antara mereka tetapi percaya lah, Jungwon akan jadi seorang yang sangat panik jika ianya berkaitan dengan Choi Haesoo.

Jungwon hanya menangis. Dia tidak membalas kata-kata Soobin. Dia mengusap tangan Haesoo tanpa henti. Soobin angkat tubuh Haesoo apabila suhu gadis itu sudah mula berkurang kepada 37.1°.

"Kau duduk rumah, Jungwon. Tunggu Taehyun bangun daripada tidur!"arah Soobin sebelum berlalu pergi. Jungwon hanya kaku ditempat dia duduk tadi. Air matanya masih belum kering. Fikirannya mula bercelaru. Dia tak nak kehilangan Haesoo.

Taehyun yang rasa terganggu akibat cahaya matahari yang terkena matanya terus bangun. "Akh!"gumam Taehyun sambil memegang kepalanya yang terasa sakit. Dia terus duduk menyandar pada kepala katil.

Dahinya berkerut apabila dia perasan Haesoo tiada disisinya. Tetapi perasaan itu hanya sementara sebelum dia menghembuskan nafas lega. Dia belum bersedia mahu menghadap Haesoo selepas apa yang terjadi antara mereka.

T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆Where stories live. Discover now