Title : Regrets
Niki yang sedang bermain game di ruang tamu tersentak apabila lonceng rumah mereka berbunyi. Dahinya mula berkerut. Kebetulan Sunoo turun daripada tingkat atas. Mereka berdua berbalas pandangan.
"Siapa yang datang tengah malam buta ni?"soal Sunoo seraya memandang jam rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Niki mengangkat bahunya menandakan yang dia tidak tahu. "Kau bawa perempuan lagi ke, Niki?"soal Sunoo geram.
"Hyung! Sumpah aku tak panggil sesiapa!!"jerit Niki tak puas hati. Sampai hati Sunoo tuduh dia. Sunoo hanya gulingkan matanya. Dia kembali membaca dokumen yang dia bawa turun akibat rasa lapar yang terlampau.
"Pergilah tengok siapa yang datang!"arah Sunoo tanpa lepas memandang dokumen. Niki mendengus kasar. Dia terus meletakkan game consolenya di atas sofa sebelum bangkit daripada duduk.
"Nuguseyo?"soal Niki seraya membuka pintu. "Found you, my husband!"ujar orang itu. Niki tergamam. Sunoo terus menoleh. Pandangan matanya berubah dingin apabila mendengar perkataan suami. "Kenapa kau ada di sini?!"soal Niki separa menjerit.
Dia menoleh kearah Sunoo sebentar. Sunoo tergamam apabila terpandang wajah isteri Niki. Niki tanpa melengahkan masa terus menarik lengan isterinya. Dia perlu pergi daripada rumah itu sebelum Jungwon perasaan akan isterinya.
"Michin!"gumam Sunoo. Kepalanya di gelengkan sedikit. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia lihat sebentar tadi. Dia tahu wanita itu. Dia mengenalinya walaupun sudah terlalu lama tidak bertemu.
"Siapa yang datang, hyung?"tanya Jungwon yang baru turun. Daripada wajah Jungwon, Sunoo tahu yang lelaki itu terjaga kerana bunyi lonceng sebentar tadi. Sunoo telan liurnya. Jungwon kerutkan dahinya apabila Sunoo kelihatan teragak-agak.
"Isteri Niki!"balas Sunoo. Jungwon yang masih mengantuk terus membulatkan matanya. Hilang terus perasaan mengantuknya yang sebentar tadi. "Apa perempuan tu dah gila?!"soal Jungwon geram.
Walaupun dia tidak mengenali isteri Niki tetapi tindakan wanita itu sedikit membuatkan Jungwon geram. Macam mana kalau Haesoo tahu akan kewujudan isteri Niki. Dia tak mahu Haesoo rasa sakit lagi.
Dia tahu Haesoo sebenarnya belum melupakan Niki kerana gadis itu masih belum memutuskan hubungan mereka. Haesoo hanya block nombor telefon Niki dan tidak memutuskan hubungan langsung secara lisan bersama Niki.
"Kau buat apa dekat sini?!"soal Niki sebaik sahaja dia dan isterinya sampai ke taman bunga yang ada di perumahan mereka. Rambutnya di raup kasar. Dia memandang isterinya dengan pandangan dingin.
Isterinya tersenyum. Perut yang sudah memboyot diusap lembut. "Sebab I rindu you, sayang.. Anak kita pun rindukan awak!"balas isteri Niki. Niki terus berdecit sinis. "Rindu? Anak?... Yah! Anak dalam perut kau bukan anak aku. Jangan berani-rani nak mengaku yang budak tu anak aku!"ujar Niki geram.
Isteri Niki terus mengetap bibirnya. "Sampai bila awak tak terima Roro,sayang? Niki-ya, alahan bukan saya yang kena tetapi awak... Itu bukti yang jelas anak ini adalah anak awak!"ujar isteri Niki.
Dalam nada suaranya, ada satu nada kecewa. Niki kepal penumbuknya. Dia tak dapat nafikan perkara itu. Beberapa bulan yang lepas, dia terkena alahan ibu mengandung. Dia kena sentiasa dekat dengan wanita dihadapannya ini untuk menghilangkan rasa alahan tersebut.
Sebab itulah kenapa dia menghilang tanpa khabar kepada Haesoo. "Kalau tak sebabkan kau perangkap aku malam tu.. Pasti aku dan Haesoo dah bahagia sekarang!"luah Niki dengan nada kasar.
"Tapi Niki... Mama dan papa awak tak sukakan Haesoo. Mereka tak restu hubungan awak dengan Haesoo... sebab itu mereka tunangkan saya dan awak.. And, that night... you touch me with pleasure and love, Niki... kalau tak Roro tak akan wujud dalam rahim saya!"ujar isteri Niki.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...