Title: A little bit same.
Jake pandang rumah dihadapannya dengan senyuman gementar. Ditangannya ada satu kotak hadiah dan juga jambangan bunga untuk seseorang. Dia tak tahulah apa reaksi Haesoo nanti apabila melihat kehadirannya yang agak tiba-tiba.
Sudahlah dia datang tanpa memberitahu terlebih dahulu. Dia tahu rumah Haesoo pun selepas memeriksa maklumat gadis itu yang ada di sistem syarikat. Dia tak tahu kenapa dia mahu melawat Haesoo.
Sedangkan dia tak pernah melawat mana-mana pekerjanya sebelum ini. Dia sanggup mengambil cuti separuh hari untuk datang ke sini. "Kau boleh, Jake!"gumam Jake seraya mengetuk pintu rumah itu.
Haesoo yang sedang memasak bersama Soobin di dapur berbalas pandangan. "Taehyun ke? Awal betul dia balik.. baru jam 1 bukan dia patut balik jam 7 ke?"ujar Soobin pelik. Haesoo terus mengangkat bahunya.
Dia juga tidak tahu. "Nak Hae pergi tengok ke?"tanya Haesoo sambil membasuh tangannya. Soobin terus menghalang. "Aniya. Biar Oppa yang pergi tengok. Hae tolong potong kan sayur ni!"balas Soobin.
"Nae!"jawab Haesoo. Soobin terus hadiahkan satu ciuman pada dahi Haesoo seraya pergi membuka pintu. Sebaik sahaja membuka pintu rumah, wajah Soobin berubah kelat. "Jake?"soalnya.
Jake tersenyum seraya menunduk hormat kepada Soobin. "Annyeonghaseyo, Soobin hyung.. maaf menganggu. Saya datang nak melawat Haesoo!"ujar Jake sambil menerangkan sebab kedatangannya.
Soobin ketap bibirnya. Dia menoleh ke belakang untuk memandang Haesoo yang berada di dapur. Dia mengeluh kecil. "Arraseo, masuk lah!"balas Soobin seraya menjemput Jake masuk.
Soobin belum kejam lagi nak halau tetamu yang datang. "Tuan Sim!"ujar Haesoo sedikit terkejut dengan kehadiran Jake. "Tuan Sim buat apa dekat sini?"tanya Haesoo ingin tahu. Jake terus hulurkan jambangan bunga ditangannya kepada Haesoo.
"Saya datang nak melawat kamu!"balas Jake dengan senyuman manis. "Kamsahamnida!"ujar Haesoo terharu. Dia terus menghidu bau bunga yang Jake bawa. "Wangi!"puji Haesoo dengan senyuman yang sangat lebar.
"Tuan Sim dah makan? Saya dengan Soobin oppa baru siap masak jadi kami belum makan lagi!"ujar Haesoo. "Tak menyusahkan ke?"tanya Jake seraya mengusap lehernya janggal. Dia juga belum makan tengahari memandangkan dia tergesa-gesa mahu bertemu dengan Haesoo.
"Makanlah sekali!"ajak Soobin dengan nada suara yang datar. Soobin yang seolah-olah tahu yang Haesoo mahu mengambilkan Jake set pinggan mangkuk terus menghalang. "Biar oppa yang buat!"ujar Soobin dengan senyuman.
"Gumawo, oppa!"ujar Haesoo. Dia terus menjemput Jake untuk duduk. "Keadaan kamu macam mana? Okay?"tanya Jake penuh risau. Haesoo mengangguk mengiyakan. "Saya okay, Tuan Sim. Lagipun ahli keluarga saya ada dengan saya!"balas Haesoo.
Jake mengangguk faham. "Baguslah tu!"balas Jake. "Kalau adik kau yang dalam keadaan macam Hae, Kau pun akan ada berada di sisi adik kau!"ujar Soobin yang secara tiba-tiba. Jake telan liurnya.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...