Title : Curiosity
Jake dan yang lain menekup mulut mereka apabila mendengar cerita daripada mulut Heeseung. "Tapi macam mana? Bukan mereka hanya sepupu? Jungwon selalu kata yang keluarga kandung Haesoo buang Haesoo dan keluarga kandung dia pula kena bunuh."ujar Sunghoon.
Jay mengangguk setuju. Dia sedikit tidak faham macam mana Haesoo boleh jadi adik-beradik Jungwon. "Tapi bila fikirkan balik... Tarikh lahir Jungwon dan Haesoo sama. Mustahil kebetulan!"luah Jay.
"Apa kita patut tanya Sunoo?"tanya Sunghoon seraya menoleh kearah pintu rumah. Mereka semua menoleh dan kelihatan Sunoo sedang tersenyum sinis kepada mereka semua. "Patut ke aku bagitahu mereka, Jungwon?"tanya Sunoo.
Jungwon yang berdiri dibelakang Sunoo hanya diam. "Ikut suka kau lah hyung.... Asalkan maklumat utama kau tak lepaskan!"balas Jungwon sebelum bergerak naik ke tingkat atas. Heeseung perhatikan Jungwon sehingga lelaki itu hilang dari pandangan.
"Korang nak tahu yang mana?"tanya Sunoo ceria seraya duduk diatas sofa. Kakinya disilangkan sambil memeluk tubuh. Dia lemparkan senyuman apabila mereka mula berbalas pandangan antara satu sama lain.
"Haesoo dan Jungwon adik-beradik kembar?"tanya Jake ingin tahu. Senyuman Sunoo mula meleret. Dia mengangguk mengiyakan. "Maja! Mereka kembar. Lahir pada tahun yang sama, hari yang sama, di tempat yang sama dan jenis darah mereka juga sama!"balas Sunoo.
"Tapi kenapa mereka berdua berpisah? Bukankah bermaksud Haesoo anak angkat dalam keluarga Choi?"tanya Heeseung pula. "Nae. Haesoo anak angkat dalam keluarga Choi!"jawab Sunoo.
Jake terkedu. Bukankah itu bermaksud Haesoo bukan lah adik kandung Soobin?. "Jadi Haesoo dan Soobin hyung bukan adik-beradik? Yeonjun hyung?!"soal Sunghoon pula. Sunoo hampir sahaja lepaskan ketawa.
Dia faham perasaan mereka. Dia juga banyak bertanya tentang Haesoo dan Jungwon dulu. "Haesoo dan Soobin hyung anak angkat dalam keluarga Yeonjun hyung. Soobin hyung sebenarnya abang sepupu Haesoo dan Jungwon. Ibu kandung mereka dan bapa angkat Jungwon adik-beradik dengan ibu kandung Soobin hyung!"jelas Sunoo.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...