Title : Determination
Haesoo pandang Taehyun yang sedang tertidur di dalam kereta. Jungwon yang sedang memandu sesekali melirik kearah Haesoo.
"Waegurae?"tanya Jungwon pada Haesoo. Soobin yang duduk disebelah Jungwon terus menoleh. "Dongsaeng ada rasa tak selesa?"tanya Soobin risau.
Haesoo menggeleng. "Ada sesuatu menganggu fikiran kamu?" tanya Yeonjun pula. Haesoo tersenyum tipis. "Hae cuma terfikirkan sesuatu." balas Haesoo.
"Boleh oppa tahu apa yang dongsaeng fikirkan?" tanya Soobin. Yeonjun terus mengangguk setuju. Dia juga ingin tahu apa yang difikirkan oleh adiknya.
Haesoo kembali memandang keluar tingkap. "Hae benci lihat mereka bahagia lepas apa yang mereka dah buat." jujur Haesoo. Mereka semua terdiam mendengar luahan Haesoo.
"Hae cuma terfikir tak salahkan kalau Hae nak balas dendam?" soal gadis itu sedikit ragu. Yeonjun tersenyum. Dia terus mengusap kepala adiknya.
"Tak salah, sayang. Selagi Hae tak bermain dengan nyawa seseorang, semuanya tak salah!" ujar Yeonjun dengan lembut.
"Maja! Kalau Hae nak bantuan... Oppa sudi bantu dongsaeng!" sokong Soobin. Jungwon tersenyum. "Nado! Aku akan selalu sokong kau, Haesoo!" ujar Jungwon.
Haesoo tersenyum manis. "Gumawo!" ujarnya dengan mata yang berair. "For you!" ujar Yeonjun lalu mencium dahi adiknya penuh dengan kasih sayang.
"Oppa dan yang lain sayangkan kamu, Haesoo!" bisik Yeonjun lagi. Tangannya mengusap lembut tangan Haesoo. Dia salurkan kekuatan dan sokongan dengan kasih sayangnya.
"Jjinja gumawoyo!" ujar Haesoo. Dia lentokkan kepala pada bahu Yeonjun. Matanya melirik ke arah Taehyun yang masih tidur.
Mampukah dia jadi isteri yang terbaik untuk lelaki yang bertanggungjawab seperti Taehyun?
Soalan itu mula bermain dalam fikirannya. Dia mula terfikir untuk balas dendam terhadap semua yang telah menyakitinya termasuk abang kandungannya sendiri, Jake Sim.
Dia tahu Jake bencikan dia sebab cemburu akan layanan semua orang pada dirinya tetapi itu tidak bermakna dia akan memaafkan Jake.
Jake telah menyebabkan dia terseksa dengan menyaksikan pembunuhan, penculikan dan juga pembelotan antara keluarga yang dia sayang.
Haesoo pejam matanya apabila teringat Puan Yang mati dihadapannya. Dia kuat untuk kembarnya Jungwon. Dan sekarang Jungwon kuat untuk dirinya.
Haesoo tekad untuk membalas dendam pada semua. Tidak terkecuali keluarga Taehyun. Haesoo akan balas dendam untuk Taehyun.
Walaupun dia tidak akan menyeksa keluarga Kang sama seperti yang lain. Dia tahu dia tiada hak mutlak untuk bermusuh dengan Keluarga Taehyun.
Tetapi dia akan membuka ruang untuk Taehyun membalas dendam. Dia akan berikan Taehyun peluang tetapi keputusan selebihnya, biarlah Taehyun sendiri yang laksanakan.
Jika lelaki itu mahu membalas dendam, Taehyun boleh gunakan peluang yang dia buka nanti. "Kalau Hae nak jumpa eomma kandung Hae boleh?" tanya Haesoo seraya membuka matanya.
Soobin dan Jungwon tersenyum. "Mama dah dalam perjalanan Haesoo!" ujar Jungwon. Yeonjun terus mengusap rambut Haesoo.
"Siapa kami untuk halang kamu jumpa orang yang lahirkan kamu, Haesoo-ya!" ujar Yeonjun. Haesoo diam.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...