-028-

27 1 0
                                    

Title : The engraved wound

Taehyun yang baru sahaja siap melipat kain dikejutkan dengan bunyi bising daripada luar rumah. Dia yang baru sahaja ingin bangkit dihalang oleh Soobin.

"Hyung!" tegurnya. Soobin terus meletakkan jari di bibir. "Diam!" arah Soobin. Wajahnya kelihatan sangat tegang membuatkan Taehyun semakin bingung.

Yeonjun yang baru sahaja keluar daripada bilik tersenyum kearah Soobin. "Jungwon dan Haesoo sudah selamat sampai ke rumah eomma appa!" ujar Yeonjun.

Soobin mengangguk faham. "Hyung dan Taehyun boleh sambung mengemas. Biar aku pergi tengok siapa yang datang!"ujar Soobin. "Josimhae!"pesan Taehyun.

Soobin terus bergerak menuju ke pintu rumah. Tanpa rasa ragu, dia terus membuka pintu. Riak wajahnya berubah dingin sedingin ais. "Soobin hyung!"seru Jake.

Dia adalah gerangan yang datang ke rumah itu pada jam 4 pagi. "Kau nak apa datang sini?"soal Soobin. Jake ketap bibirnya. "Jungwon dan Haesoo ada disini? Mereka belum pulang!"jawab Jake.

Sunghoon disebelah Jake hanya diam membisu. Soobin tersenyum sinis. "Mereka berdua tiada disini!"balas Soobin. "Hyung!"rayu Jake. Dia yakin yang Soobin tahu dimana kedudukan si kembar itu sekarang.

"Kau kenapa nak tahu kedudukan adik aku?"soal Soobin dingin. Jake ketap bibirnya. "Hyung, kalau kau tak nak bagitahu di mana Haesoo, sekurang-kurangnya bagitahu kami di mana Jungwon!"sampuk Sunghoon.

Soobin terus memandang Sunghoon. Tangannya terus dimasukkan ke dalam kocek seluar. "Jungwon bawa Haesoo jumpa eomma appa dekat kampung."jawab Soobin.

"Dimana kampung kau Hyung?"tanya Jake. Dia betul-betul ingin bertemu Haesoo dan Jungwon. Soobin terus memicit kepalanya.

"Kau ada masalah apa sebenarnya Jake Sim?!"soal Soobin penuh geram. Dia tak tahu kenapa lelaki ini berkeras mahu bertemu Haesoo dan Jungwon.

"Jake!"tegur Taehyun yang sejak tadi mendengar perbualan mereka semua. Jake terus memandang Taehyun. Taehyun tepuk bahu Soobin sambil tersenyum kecil.

"Hyung, pergilah rehat dulu."ujar Taehyun. Soobin yang sememangnya sudah sakit kepala terus mengangguk sebelum berlalu pergi. Taehyun kembali memandang Jake.

"Kau kenapa nak jumpa Hae?"soal Taehyun penuh dingin. Tiada secalit senyuman terukir di wajah Taehyun. Jake kepal penumbuknya. Perasaan marah cuba untuk ditahan.

"Aku ada hal yang perlu di bincangkan bersama Haesoo dan Jungwon!"balas Jake setenang yang dia boleh. Dia tak boleh emosi dalam situasi ini.

Kening Taehyun terjungkit keatas sedikit. "Kau boleh bincang hari lain.... Jungwon dan Haesoo perlu pulang ke kampung!"ujar Taehyun. Tidak sedingin tadi.

"Kenapa mereka pulang secara tiba-tiba, Taehyun?kau mesti tahu."tanya Sunghoon. Taehyun mengangguk mengiyakan. Dia tak nafikan yang dia tahu kenapa Haesoo dan Jungwon pulang ke kampung.

"Aku cuma mampu katakan yang Haesoo perlukan ketenangan."balas Taehyun. "Ketenangan? Emosi Haesoo belum stabil?"tanya Sunghoon ingin tahu. Dia sangka gadis itu sudah pun kembali pulih apabila mendekati mereka.

Tetapi ternyata emosi gadis itu masih belum stabil. Taehyun mengangguk mengiyakan. Dia tak nafikan yang emosi Haesoo belum stabil. Tapi keadaan gadis itu semakin tidak stabil apabila kejadian selepas mereka makan bersama terjadi.

T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆Where stories live. Discover now