-032-

16 1 0
                                    

Title : Slow but steady.

Haesoo yang ditemani oleh Taehyun ke hospital hanya diam. Mereka berdua sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Haesoo memiliki rawatan susulan selepas apa yang terjadi. Gadis itu juga dalam proses pemulihan daripada trauma.

Haesoo akan selalu bertemu dengan doktor psychiatric bagi membantu Haesoo hidup seperti orang normal. Dan sudah seminggu rawatan itu berlangsung.

Haesoo juga sudah tidak mengalami sesak nafas bersama mereka cuma apabila bersama orang tidak dikenali dan di tempat terpencil dan ruang sempit sahaja gadis itu akan mengalami sesak nafas.

Kesan yang Niki tinggalkan dalam diri Haesoo sangat mendalam. Tetapi, Taehyun sedikit bersyukur yang Haesoo mempunyai kemahuan untuk hilangkan trauma itu. Haesoo menoleh kearah Taehyun.

Sejak tadi dia perasan akan pandangan milik lelaki itu. "Waegurae oppa?"tanya Haesoo secara terus tanpa dalih. Taehyun terus menggeleng. "Aniya... Aku cuma sedang berfikir akan sesuatu!"balas Taehyun.

Haesoo hanya mengangguk faham. Dia juga tidak mahu meneruskan perbualan. Dia juga sedang berfikir akan sesuatu. "Choi Haesoo-shi!"panggil seorang nurse. Haesoo pandang Taehyun.

"Oppa tunggu sini!"pinta Haesoo. Taehyun mengangguk tanda yang dia faham. Beg Haesoo terus dipegangnya sambil menanti gadis itu keluar daripada bilik rawatan.

"Taehyun?"seru seseorang. Taehyun terkedu sebelum menoleh. Wajah familiar seseorang membuatkan Taehyun tergamam. "Jinha noona!"balas Taehyun seraya bangun daripada duduk.

Jinha tersenyum tipis. "Boleh noona duduk sebelah kamu?"tanya Jinha. Taehyun pandang tempat duduk disebelahnya. Dia kembali memandang Jinha lalu tersenyum tipis.

"Nae!"jawab Taehyun. Jinha dan Taehyun mula duduk. Keadaan kembali sunyi. Taehyun tak tahu apa yang ingin dia katakan pada Jinha. Dia akhirnya tahu kenapa kakaknya kejam pada dirinya selama ini.

Itupun, Beomgyu yang memberitahu dia. Jika Beomgyu tak cerita, pasti dia tidak tahu yang Jinha selama ini terseksa oleh Sunju. "Ada banyak yang perlu kita bualkan... Betul tak?"tanya Jinha.

Taehyun mengangguk setuju. Mereka berdua sememangnya mempunyai banyak hal yang perlu dibualkan. "Kamu buat rawatan susulan ke, Taehyun?"tanya Jinha.

Taehyun menggeleng. "Aniyo. Hyun cuma teman Haesoo!" balas Taehyun. Dahi Jinha berkerut. "Choi Haesoo?" tanya Jinha untuk kepastian. Taehyun mengangguk mengiyakan.

"Kenapa dengan dia?"tanya Jinha ingin tahu. Taehyun terdiam. Mata Jinha jatuh pada beg tangan Haesoo yang berada atas pangkuan Taehyun. "Ada sesuatu yang noona perlu tahu ke?"tanya Jinha.

Taehyun mula bermain dengan cincin yang tersemat pada jari manisnya. Jinha pandang cincin Taehyun sebentar tetapi dia tidak bertanya lebih lanjut.

Dia mahu adiknya sendiri yang membuka mulut untuk ceritakan semuanya walaupun dia ada meneka apa yang sudah berlaku pada Taehyun.

"Aku.... Noona... Hyun pulih sebab Haesoo!" ujar Taehyun seraya menunduk. Jinha hanya diam kerana dia sudah jangkakan nya. Mustahil adiknya boleh pulih tanpa melakukan hal itu.

"Aku dan Haesoo terpaksa tidur bersama untuk pulihkan diri. Tapi Haesoo ada komplikasi dan perlukan rawatan lebih. Dia juga trauma!" ujar Taehyun.

Bibirnya diketap apabila memikirkan raut wajah sedih milik Haesoo apabila mereka bersama-sama mengemas dan membakar semua hadiah pemberian Niki pada Haesoo.

"Haesoo juga mangsa mereka... Sikap tamak mereka telah menyebab hidup dia musnah!"tambah Taehyun. Dia tak berani memandang kakaknya. Dia tak tahu apa pandangan Jinha pada isu ini.

T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆Where stories live. Discover now