Title: Darren Sim
Dia pandang sekitar hospital dengan pandangan kosong. Kakinya mula melangkah menuju ke wad sang ibu. Walaupun dia ada perasaan benci terhadap keluarganya tetapi dia tetap sayangkan si ibu.
"Darren!"ujar Johannes penuh terkejut apabila dia membuka pintu wad. Puan Sim pula sudah tersenyum gembira. Anak lelakinya yang satu ini sudah pun kembali. Darren tunduk hormat sedikit kepada sang ibu.
Bunga yang berada di tangannya terus diserahkan kepada Puan Sim. "Bila kau balik? Kalau hyung tahu Hyung jemput kau!"ujar Johannes penuh mesra tetapi Darren hanya membalasnya dengan tatapan dingin.
"Minju..."ujar Darren perlahan. Puan Sim tersentak apabila Darren menyebut nama Myah. Johannes pula sudah memandang tajam kearah adik lelakinya. Darren terus tersenyum sinis apabila melihat reaksi mereka.
"Stop searching for Minju!"ujar Darren penuh dingin. Mereka berdua mula tersentak. "Apa maksud kamu, Darren Sim?!"soal Tuan Sim yang baru masuk ke dalam wad isterinya. Dia tak sangka anak lelakinya yang satu ini sudah pulang.
Darren menoleh. "I mean it!"jawab Darren penuh berani. Langsung tiada rasa takut akan pandangan tajam milik ayah kandungnya. "Stop searching for her... There is no use!"tambah Darren.
Puan Sim hanya memandang Darren dengan pandangan yang sukar difahami. "Darren, kalau kau datang sini cuma nak tambahkan sakit eomma baik kau tak payah balik!!"marah Johannes.
Dia geram benar dengan perangai Darren. Darren endahkan Johannes. Dia terus memandang sang ibu. "Eomma tahu apa maksud aku!"balas Darren selepas lama mendiam. Puan Sim ketap bibirnya sebelum mengalihkan pandangan.
"Sejak kamu duduk dengan uncle Kim kamu, perangai kamu semakin menjadi-jadi!"luah Tuan Sim penuh kesal. Dia nampak perubahan anaknya selepas dia serahkan anaknya kepada adik iparnya dulu.
Tetapi dia tak sangka perubahan Darren itu sangat teruk. Darren diam. Hatinya sedikit sakit apabila sang ayah menghina bapa angkatnya. Bukan kah Tuan Sim yang buangnya kepada keluarga Kim.
Kenapa lelaki itu mahu menyesali perbuatannya. "Appa tak perlu persoalkan tindakan, Ren. Ren harap eomma pertimbang kan apa yang Ren dah beritahu dalam surat. Ren minta diri dulu!"ujar Darren sebelum berlalu bergerak menuju meninggalkan wad ibunya.
"Tuan Darren!"tegur Seyun yang merupakan pembantu peribadi milik Darren. Darren jeling Seyun sebentar sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Seyun yang faham akan mood Darren terus masuk ke tempat penumpang sebelah pemandu.
"Allen ada laporkan apa-apa, Park Seyun?"tanya Darren setelah 20 minit berdiam diri. Dia memandang ke luar tingkap. Seyun ketap bibirnya. "Ada satu laporan, Tuan Darren."balas Seyun.
Kening Darren terus ternaik sedikit. "Apa maksud kau?"tanya Darren. Seyun telan liurnya sebelum menyerahkan laporan yang Sama Allen hantar kepada dirinya. Darren mula baca laporan tersebut.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...