TITLE: FIRST DAY
Hari pertama kerja untuk Taehyun dan Jake akhirnya tiba. Haesoo yang sedang memasak sarapan bersama Soobin diperhatikan oleh Taehyun manakala Yeonjun asyik berlari ke sana ke sini kerana mencari barangnya yang hilang.
"Inilah sebabnya aku suruh simpan barang kau baik-baik, hyung!"tegur Soobin seraya menghidang makanan diatas meja. Matanya melirik kearah Yeonjun yang sudah pening kepala diatas sofa.
Jungwon yang duduk disebelah Taehyun hanya diam. Lelaki itu kelihatan seperti termenung jauh. "Jungwon?"panggil Haesoo manja. Taehyun perhatikan tingkah dua sepupu itu.
Jungwon tersentak. Dia terus memandang Haesoo sebelum matanya membulat. Haesoo sedang duduk melutut diatas lantai bersebelahan dengan tempat duduknya.
Jungwon mula panik. Dia yang baru sahaja mahu membantu Haesoo untuk berdiri terus dihalang Haesoo. Gadis itu tersenyum manis. Dan perlahan-lahan bibir Jungwon juga mula mengukirkan senyuman.
Taehyun kerutkan dahinya. Dia sedikit pelik dengan tingkah mereka. "Jangan terkejut, Hyun. Itu cara Hae untuk pujuk Jungwon!"ujar Soobin perlahan. Taehyun mengangguk faham.
"Saengil chukahae, Yang Jungwon!"ujar Haesoo seraya mencium tangan kanan Jungwon. Mata Jungwon mula berair. Hari kematian ibu dan bapanya adalah sehari sebelum hari lahirnya.
"You too, Choi Haesoo!"balas Jungwon seraya memeluk Haesoo. Taehyun yang sedikit terkejut itu terus memandang Soobin dan Yeonjun. Dua lelaki itu sedang tersenyum.
"Hari ini hari lahir mereka berdua?"tanya Taehyun spontan. "Nae!"jawab Haesoo. Taehyun terus memandang Haesoo. Dia sedikit terpegun apabila melihat mata gadis itu kelihatan ceria lebih daripada biasa.
"S-saengil chukahae?"ucap Taehyun sedikit tidak pasti. Dia risau yang Haesoo tidak suka mendengar ucapannya kerana mereka bukanlah rapat. Senyuman Haesoo semakin lebar.
"Gumawo, Taehyun oppa!"balas Haesoo. Soobin mula tersenyum manis yang menampilkan lesung pipitnya yang dalam. "Dah! Mari makan!"ajak Soobin. Mereka semua mula duduk di meja makan.
Taehyun sedikit tergamam dengan makanan yang dihidangkan. "Kamsahamnida, Soobin oppa!"ujar Haesoo penuh gembira. "Gumawo, Soobin hyung!"ujar Jungwon pula. Soobin mengangguk mengiyakan.
Dia gembira yang Haesoo dan Jungwon kelihatan sangat ceria pada hari lahir mereka. "Ooh ya, Taehyun... Kau akan kerja dekat store aku yang berdekatan dengan pejabat Haesoo. Kau okay?"tanya Yeonjun apabila dia teringat akan kerja yang dia carikan untuk Taehyun.
Taehyun mengangguk mengiyakan. Dia tak kesah. Haesoo pandang Yeonjun. "Bukan store tu baru buka ke, Oppa? Jadi Taehyun oppa akan kerja apa dekat sana?"tanya Haesoo ingin tahu.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...