Title : Suspicious
Sebulan sudah pun berlalu sejak kejadian Haesoo mengetahui yang Niki curang dibelakangnya dan sebulan itu jugalah Haesoo tidak membalas chat Niki. Selain itu, Haesoo juga sudah pulih daripada teringatkan kejadian yang hampir meragut kesuciannya.
Malah, Taehyun sudi mengajarnya cara untuk pertahankan diri. Setiap malam, Taehyun pasti akan adakan sparring dengan Haesoo. Disebabkan oleh Taehyun lah kenapa Soobin dan Yeonjun selalu sengsara.
Taehyun mengarah Haesoo untuk mencuba knock down Soobin dan Yeonjun menggunakan teknik yang telah dia ajar kepada gadis itu. "Good morning!"sapa Taehyun apabila terpandang Haesoo yang sedang memasak di dapur.
"Morning!"balas Haesoo dengan senyuman manis. "Wae tak bangunkan aku? Aku boleh tolong kau!"tanya Taehyun seraya menyediakan peralatan untuk mereka makan. Soobin dan Yeonjun tiada di rumah kerana mereka berdua sibuk.
Soobin terpaksa duduk di hospital untuk 4 hari memandangkan mereka tidak cukup doktor manakala Yeonjun pula, dia perlu menghadiri fashion show yang berlangsung di Shanghai. "Hae malas kacau oppa!"jawab Haesoo.
Taehyun gelengkan kepala mendengar jawapan Haesoo. Selama sebulan itu, Taehyun belajar memasak daripada Yeonjun dan Soobin. Semua itu dia buat untuk gadis dihadapannya ini. Dia tahu kadang-kadang Haesoo penat dengan kerja yang berlambak.
Dan, dia harap sangat dengan belajar memasak membuatkan dia dapat membantu gadis ini. "Jal meogoseumnida!"ujar Taehyun seraya menikmati makanan yang di masak Haesoo. Haesoo tersenyum apabila Taehyun menikmati masakannya.
"Hari ni kau balik jam berapa?"tanya Taehyun ingin tahu. "Lewat sikit kot. Wae?"tanya Haesoo semula. Taehyun tersenyum tipis. "Aku ingat nak ajak kau makan dekat luar hari ni!"balas Taehyun. Bibir Haesoo terus mengukirkan senyuman.
"Sebab duit gaji oppa dah masuk kan?"tanya Haesoo dengan senyuman nakal. Taehyun terus ketawa kecil. "Macam mana kau tahu duit gaji aku dah masuk? Yeonjun hyung bagitahu ke?"balas Taehyun.
"Dari muka oppa pun dah tahu!"balas Haesoo. Sekali lagi Taehyun ketawa kecil. Terhibur dengan gadis dihadapannya ini. "Jadi nak tak?"tanya Taehyun lagi. Keningnya terangkat sebelah. Haesoo tersenyum manis.
"Hae ikut je!"balas Haesoo. Taehyun mengangguk faham. "Tengahari ni aku tak dapat lunch dengan kau... aku ada kerja dekat pejabat utama!"beritahu Taehyun sebaik sahaja dia teringat yang dia perlu ke pejabat utama.
"Arraseo. Josimhae!"pesan Haesoo. Taehyun tersenyum. Dia terus mengusap rambut Haesoo. "Neodo(kau juga)!"balas Taehyun. Haesoo tergamam. Sekali lagi dadanya berdebar disebabkan oleh perbuatan Taehyun.
"Biar aku yang basuh pinggan!"halang Taehyun apabila Haesoo mula mengangkat pinggan mangkuk. Haesoo tersenyum. "Arraseo!"balas Haesoo mengalah. Lagipun dia dan Taehyun sudah berjanji untuk tolong menolong antara satu sama lain sepanjang ketiadaan Soobin dan Yeonjun.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...