Title: Divorce
Puan Sim pandang bapa mentuanya. "Kamu pasti dengan keputusan kamu?"tanya chairman Sim. Puan Sim tersenyum tipis. "Nae, habeoji. Saya pasti dengan keputusan saya!"balas Puan Sim.
Chairman Sim mengangguk faham. Dia tak boleh nak halang keputusan Puan Sim. Dia terus mengeluarkan sesuatu daripada laci yang bersebelahan dengan katilnya.
"Ini adalah harta pusaka milik keluarga kamu, Yang Wonmi. Saya pulangkan semula kepada kamu. Ketua keluarga baharu bagi keluarga Yang!"ujar Chairman Sim.
Puan Sim tergamam. Tanpa dia sedar, air matanya mula jatuh. Chairman Sim tersenyum. "Yang Wonmi-shi, semoga kamu berjaya dengan penceraian kamu dan bahagia bersama anak-anak!"ujar Chairman Sim penuh ikhlas.
Puan Sim terus melap air matanya. "Gumawo, habeoji. Saya tak akan lupa jasa habeoji selama ini!"balas Puan Sim. Chairman Sim pandang Darren pula. Sejak tadi cucu keduanya itu berada disisi Puan Sim.
"Jaga eomma kamu dengan baik, Youngjae-ah! Jangan lukakan dia seperti apa yang appa kamu lakukan! Hargai eomma kamu!"pesan Chairman Sim.
Darren tersenyum. "Geokjeongma, harabeoji. Jae sayangkan eomma lebih daripada segalanya. Jae harap harabeoji akan terus sihat untuk lihat kebahagiaan kami nanti!"balas Darren.
Chairman Sim ketawa kecil. Tangannya mula mencapai gambar mendiang isteri dan juga anak perempuannya. "Harabeoji tak boleh janji, Youngjae!"gumam Chairman Sim.
"Jika appa kamu boleh bunuh adik dia sendiri... Tak mustahil yang dia akan bunuh ayah kandung dia semata-mata untuk mendapatkan harta keluarga Sim!"tambah Chairman Sim.
Darren terus terdiam. Puan Sim mula menyentuh tangan bapa mentuanya itu. "Habeoji... Jangan risau. Saya dan Darren akan lindungi habeoji tak kira apa juga!"ujar Puan Sim.
Chairman Sim boleh rasakan ketelusan daripada kata-kata Puan Sim. Bibirnya mengukirkan senyuman tipis. "Gumawo, Wonmi. Dan maafkan habeoji sebab tak tahu menilai anak sendiri hingga kamu terseksa!"balas Chairman Sim.
Puan Sim terus menggeleng. "Semua ini bukan salah habeoji. Saya juga bersalah sebab cintakan Jaemun sedangkan saya tahu hati dia tiada untuk saya!"balas Puan Sim.
Puan Sim tak mahu Chairman Sim salahkan diri sendiri. Dia sedar yang dia juga ada silapnya di dalam perkahwinan ini. Puan Sim tahu Tuan Sim cintakan perempuan lain sebelum mereka berdua kahwin.
Tetapi disebabkan oleh kedegilan miliknya. Dia tetap mahu meneruskan perkahwinan itu walaupun adik perempuannya pernah memujuk agar melupakan sahaja.
Cinta itu benar-benar buta menyebabkan Puan Sim tersilap percaturan yang mengakibatkan kematian adik lelakinya. Dia terlalu cinta pada Tuan Sim ketika itu sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki suaminya.
"Apa rancangan eomma selepas ini?"tanya Darren sebaik sahaja mereka berdua keluar daripada wad Chairman Sim. Puan Sim mula memeluk tubuh dan mengukirkan senyuman sinis.
"Eomma akan pastikan berita penceraian eomma dan papa kamu tersebar luas di media massa!"jawab Puan Sim. Darren kerutkan dahinya. "Tapi macam mana?"tanyanya yang jelas sekali bingung.
"Lihat dan belajarlah, anakku!"balas Puan Sim. Matanya mula fokus memandang satu figura yang menghampiri mereka dengan sehelai kertas.
"Yang Wonmi!!"jerit Tuan Sim penuh amarah. Dia menerpa kearah mereka dengan perasaan yang bercampur aduk. Tuan Sim tidak sedar perbuatannya menarik perhatian orang sekeliling.
Termasuk para wartawan yang hadir kerana ada perasmian di hospital ini. Darren yang mula faham akan maksud ibunya mula menekup mulutnya sendiri.
Dia memandang si ibu dengan pandangan tidak percaya. Rancangan ibunya itu sangat pintar dan mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh mereka.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...