-014-

21 2 1
                                    

Title : The one that we want to protect.

Yeonjun mengeluh apabila Soobin masih berkurung di dalam bilik. Nampak gayanya Soobin menyesal sebab terlalu ikutkan emosi. Soobin sedar kesalahan nya selepas 4 jam Taehyun membawa Haesoo pergi.

"Soobin!"seru Yeonjun sambil mengetuk pintu bilik Soobin. Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Yeonjun risau Soobin akan buat perkara yang diluar jangkaan akibat penyesalan. Dia sayangkan Soobin sama seperti dia sayangkan Haesoo.

Yeonjun tersenyum tipis. Tiada balasan daripada Soobin. Yeonjun tahu Soobin belum tidur. Dia kenal adiknya itu. "Soobin.."seru Yeonjun sekali lagi. "Hyung faham kau, Soobin... Aku pun sayangkan Haesoo.. aku tahu kau buat semua tu untuk lindungi Haesoo!"ujar Yeonjun.

Dia terus bersandar pada pintu bilik Soobin. Dia mula memandang tangannya sebelum mengepalkan penumbuknya. "Aku tahu kau cuba buat Haesoo tak ingat yang dia adik kandung Jake. Kau tak nak dia terluka lagi!"tambah Yeonjun.

Haesoo yang baru mahu melangkah menuju ke bilik Soobin terkedu. Dia pulang ke rumah lebih awal daripada Taehyun. "Tapi Soobin... keputusan ada di tangan Haesoo. Kita tak boleh paksa dia kalau dia nak kembali pada keluarga kandung dia!"ujar Yeonjun.

Dia terus mendongakkan kepalanya. Dia terkaku apabila pandangannya dan Haesoo bersatu. "H-haesoo!"seru Yeonjun sedikit tergagap. Soobin yang sejak tadi bersandar pada pintu biliknya terus membulatkan matanya.

Dia terus membuka pintu biliknya. Dia terpaku sama seperti Yeonjun. Mereka berdua memandang Haesoo dengan pandangan tidak percaya. Haesoo kepal penumbuknya. "Hae adik siapa?"soal Haesoo dengan nada tertahan-tahan.

Haesoo boleh perasaannya bercampur baur sekarang. Dia adik Jake? Bos nya? Dia adalah Sim Myah? Semua itu bagi Haesoo tidak masuk akal tetapi semuanya mula masuk akal apabila dia teringat tindakannya terhadap Jake baru-baru ini.

"Haesoo-ya!"seru Soobin. Dia terus berlari memeluk tubuh Haesoo. "Haesoo adik oppa! Selamanya adik oppa!"ujar Soobin seraya menangis. Dia memeluk tubuh Haesoo dengan sangat erat.

Air mata mula menitik keluar daripada mata Haesoo. Perasaan sebak dan marah mula bercantum. "Jangan tinggalkan oppa.. hiks!"rayu Soobin. Dia mula melutut diatas lantai. Dia mula merayu-rayu pada Haesoo.

Yeonjun terus memeluk Soobin. Dia juga mula menangis. Taehyun yang baru pulang terkejut apabila tiga beradik itu menangis bersama. "Mwohae?"soal Taehyun. Mereka bertiga endahkan Taehyun membuatkan Taehyun mula rasa menyampah.

Haesoo sentuh wajah Soobin dan Yeonjun. "Hae sayangkan oppadeul.. Hanya oppadeul dan Youngjae oppa abang Hae.. tak ada orang lain!"ujar Haesoo. Haesoo memandang Soobin dan Yeonjun dengan pandangan penuh kasih sayang.

"We can take time about this... Hae tak kesah kalau Hae ingat tentang keluarga kandung Hae sebab keluarga Hae adalah keluarga Choi. Oppadeul faham?"ujar Haesoo penuh lembut. Yeonjun dan Soobin mengangguk faham.

"Choi Haesoo, you are the one that we want to protect. Saranghae!"ujar Yeonjun. "Nado, saranghae!"balas Haesoo. "Ada sesiapa nak jelaskan pada aku ke apa yang berlaku sekarang ni?"tanya Taehyun penuh kesabaran.

Yeonjun tersenyum. "Biar hyung yang jelaskan!"ujar Yeonjun sebelum dia membawa Taehyun menuju ke biliknya. Haesoo dan Soobin mula berbalas pandangan. "Hae nak buat apa dekat Jake sekarang?"tanya Soobin sambil mengesat sisa air matanya.

Haesoo tersenyum tipis. "Hae tak tahu... mungkin biarkan semuanya berlaku seperti tiada apa-apa yang berlaku?"jawab Haesoo kurang pasti. Soobin terus mengusap pipi Haesoo. "Oppa tak nak Hae tinggalkan oppa macam mana noona tinggalkan oppa!"bisik Soobin perlahan.

T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆Where stories live. Discover now