Title : Sim Myah
Haesoo yang sedang mengemas meja Jake memandang gambar Myah yang terletak diatas meja kerja Jake. Haesoo rasa Jake baru sahaja meletakkan gambar itu memandangkan selama ini dia tidak pernah nampak gambar tersebut.
"Keugo...naya?"soalnya lalu menyentuh bingkai gambar tersebut. Haesoo tak nafikan yang kanak-kanak di dalam gambar tersebut sememangnya mirip dengan dirinya semasa dia masih kecil. "Jadi... ini sebabnya kenapa eomma appa simpan gambar masa kecil?"gumamnya.
Cuma beza antara Myah dan Haesoo di dalam gambar itu adalah senyuman mereka. Myah kelihatan sedih manakala Haesoo ketika dia masih kecil dan membesar dalam keluarga Choi kelihatan sangat gembira. Senyumannya terlalu mekar ketika bersama keluarga Choi.
"Sekretari Choi?"tegur Heeseung yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat Jake. Haesoo menoleh. Bingkai gambar tersebut diletakkan kembali atas meja kerja Jake. Dia terus menunduk hormat kepada Heeseung.
Dahi Heeseung berkerut. Dia perasan Haesoo memegang gambar Myah sebelum dia masuk ke dalam pejabat Jake. "Direktor Lee!"ujar Haesoo dengan senyuman. Heeseung terus letakkan fail yang dia bawa diatas meja kerja Jake.
"Awak buat apa tadi, Sekretari Choi?"tanya Heeseung ingin tahu. Matanya memandang Haesoo dengan pandangan tajam. Haesoo tersenyum. Dia kembali melihat gambar Myah. "Saya tengok gambar Cik Myah... Saya tertanya-tanya...Adakah dia membesar dengan baik?"balas Haesoo.
Heeseung mengeluh. "Jangan katakan perkara seperti itu dihadapan Jake. faham?"soal Heeseung. Haesoo mengangguk faham. "Sekarang keluar!"arah Heeseung. Haesoo sekali menunduk hormat sebelum bergerak ingin keluar.
"Sampai mati aku akan benci kau, Myah Sim!"
Haesoo tersentak. Dia yang baru sahaja mahu memulas menolak pintu terkejut apabila satu suara muncul dalam kepalanya. Heeseung menoleh apabila Haesoo terkaku di hadapan pintu. "Neo waegurae?"tanya Heeseung.
Haesoo tutup telinganya. Matanya di pejam dengan sangat kuat apabila satu memori hadir. Heeseung hampiri Haesoo. Dahinya berkerut melihat Haesoo. "Sekretari Choi.. Kamu okay?"soalnya penuh risau. Wajah Haesoo kelihatan pucat.
"Minju-ya, oppa sayangkan Minju!"ujar Darren penuh lembut. "Nado, Youngjae oppa!"balas Myah. Tangannya mula mengusap rambut Myah yang baru berusia 3 tahun. Jake yang ternampak Darren melayan Myah dengan penuh kasih sayang terus meluru kearah mereka.
"Yah!!"jerit Jake penuh benci kepada Myah. Darren dan Myah menoleh. "J-jaeyun o-oppa!"balas Myah penuh rasa takut. Jake tanpa belas kasihannya menarik rambut Myah. Mata Darren terus membulat.
"Yah, Jake Sim!"marah Darren. Dia terus menolak tubuh Jake menjauh daripada Myah. Myah pula sudah menangis teresak-esak menahan rasa sakitnya. Jake ketap bibirnya. "Dasar perampas! Aku benci kau, Myah Sim!!"jerit Jake.
Johannes yang terdengar jeritan Jake terus menuju ke belakang rumah. Matanya berubah dingin sebaik sahaja terpandang Jake yang terduduk diatas tanah. "Darren Sim!!"jerit Johannes. Dia terus meluru kearah Darren. Myah semakin menangis dengan teruk apabila Johannes mula menumbuk Darren. Myah boleh nampak senyuman sinis Jake yang ditujukan kepada dirinya.
"Haesoo?!!"jerit Heeseung apabila Haesoo pengsan dihadapannya. Ahn Seongmin yang kebetulan lalu dihadapan pejabat Jake terkejut apabila Heeseung mengangkat tubuh Haesoo yang sudah tidak sedarkan diri.
"Seongmin! tolong bawa kami ke hospital!"pinta Heeseung. Seongmin mengangguk sebelum berlari. Heeseung terus mengekori Seongmin. Jake yang sedang menikmati tehnya bersama klien exclusivenya tersentak apabila telefonnya berdering.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...