-005-

35 3 0
                                    

TITLE: COMFORTABLE

Jake yang baru masuk ke rumah kongsi antara dia dan kawan-kawannya tercengang apabila ada seorang perempuan seksi keluar dari rumah itu. "Nishimura Riki!!!"jerit Sunoo penuh amarah.

Heeseung yang berada disebelah Jake mula menggeleng. Nampaknya Niki buat masalah lagi. Niki yang sedang merokok diatas sofa itu terus menjeling Sunoo. "Diamlah, hyung!"marah Niki sebelum dia bangun naik ke tingkat atas semula.

Dia turun hanya mahu menghantar pemergian wanita yang melayani dirinya tadi. Sunoo dan Jungwon mengeluh serentak. Mereka berdua berbalas pandangan. "Dia ada masalah apa sampai jadi macam tu?"tanya Sunoo penuh risau.

Jungwon menggeleng. Dia juga tidak tahu Niki mempunyai masalah apa sehingga perangai lama lelaki itu terkeluar. "Kesian Haesoo!"gumam Jungwon. Jake yang mendengar nama Haesoo yang disebut oleh Jungwon terus mengerutkan dahinya.

"Haesoo? sekretari aku?"tanyanya. Heeseung mengangguk mengiyakan. "Yups, Choi Haesoo. Dia kekasih Niki!"jelas Heeseung. Mulut Jake terus ternganga. Dia bagaikan tidak percaya Haesoo adalah kekasih Niki.

"Aku risau lah Heeseung hyung!"luah Sunoo. Dia tak nak hubungan Niki dan Haesoo rosak hanya kerana perangai lama Niki kembali. Heeseung mengangguk setuju. Dia juga risau.

"Masuk bulan ni dah 7 kali dia bawa perempuan... Dah lah dia tak bagitahu Haesoo yang dia dah balik Korea!"ujar Sunoo lagi tetapi dengan nada geram. Jungwon hanya perhatikan mereka.

"Jake hyung dah makan?"tanya Jungwon kepada Jake. Jake sedikit tersentak kerana dia terlalu fokus mendengar perbualan antara Heeseung dan Sunoo.

Daripada perbualan itu, Jake dapat simpulkan yang Niki dan Haesoo berkenal sejak sekolah menengah dan mula bercinta semasa di universiti. Itu bermakna hubungan Niki dan Haesoo sudah menjangkau lebih daripada 2 tahun.

"Kau ada masak apa-apa ke, Jungwon?"tanya Jake dengan senyuman manis. Jungwon menggeleng sebelum tersengih. "Aku tak masak, hyung tapi Jay hyung ada tinggalkan makanan sebelum dia jalan tadi!"balas Jungwon.

Jake tertawa kecil. Dia terus memeluk Jungwon. "Kiyeowo!"puji Jake sebelum dia meminta diri untuk pergi naik ke biliknya. Heeseung dan Sunoo terus membantu untuk membawa barang Jake naik ke tingkat atas.

Senyuman Jungwon tadi mula pudar. Pandangan mata Jungwon juga berubah kelam. Tangannya mula mengepal penumbuk. "Nishimura Riki dan Sim Jaeyun, hurmmm!"gumamnya perlahan.

Dia terus mencapai kunci kereta yang terletak di atas meja kecil bersebelahan pintu. Dia terus memandu menuju ke satu destinasi yang boleh membuatkan dirinya tenang.

Suara-suara yang bermain di dalam fikirannya diendahkan. Suara itu adalah memori yang dia cuba lupakan. Memori yang cuba dia lupuskan daripada ingatannya. Suara jeritan ibu bapanya sebelum mereka tinggalkan dirinya untuk selama-lamanya.

"Jungwon mana?"tanya Sunghoon yang baru pulang kepada Sunoo. Sunoo terus mengangkat bahunya tanda yang dia tidak tahu. Setahu Sunoo, Jungwon ada diruang tamu semasa dia membantu Jake.

Jay pegang bahu Sunghoon dengan senyuman tipis. "Hari ni hari kematian eomma Appa, Jungwon!"ujar Jay. Sunoo tersentak. "Jjincha?!"soalnya terkejut.

Sejujurnya dia tidak pernah mengambil tahu bila tarikh kematian ibu bapa Jungwon. Sunghoon mula rasa bersalah. Dia juga tidak pernah mengambil tahu tentang Jungwon.

Yang tahu tentang Jungwon sepenuhnya adalah Jay dan Heeseung. "Dia ada dekat rumah Soobin hyung lah tu!"kata Heeseung yang baru sahaja turun daripada tingkat atas.

Dia terdengar perbualan mereka semasa ingin turun dari tangga. "Dan bukan ke kelmarin tarikh kehilangan adik Jake?"tanya Sunghoon. Jay mengangguk mengiyakan. Sememangnya kelmarin adalah tarikh sedih buat keluarga Jake.

T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆Where stories live. Discover now