Title : Niki Craziness 2.
**WARNING!!!**
Haesoo meronta minta dilepaskan Niki. Dia tak tahu ke mana Niki mahu membawa dirinya. Niki terus berhenti apabila mereka tiba di satu lorong yang sangat sunyi dan jauh daripada café tadi. Niki terus melepaskan pergelangan tangan Haesoo.
Haesoo terus mengusap tangannya yang terasa sakit. Tubuhnya terus kejung apabila Niki mula menyentuh pinggangnya sambil merehatkan wajah pada bahunya. "Noona.... Jaebal. Jangan putuskan hubungan kita!"pinta Niki dengan nada suara yang sangat serak.
Haesoo boleh kesan yang Niki sedang menahan tangisan daripada terlepas. Haesoo mengeluh. Dia terus menyentuh lengan Niki dengan lembut. "Mianhae, Niki-ya... tapi awak dah lukakan saya banyak kali, Nishimura Riki!"balas Haesoo.
Dia cuba keraskan hatinya agar tidak terpujuk dengan tangisan Niki yang mula kedengaran. "Jaebal, noona... aku cintakan noona sangat-sangat! Aku tak boleh hidup tanpa noona!"rayu Niki. Dia mula mengeratkan pelukan pada tubuh Haesoo.
Haesoo pejamkan matanya. Air mata yang mula bertakung ditahan. "Kalau betul kamu cintakan noona... wae kamu perlu curang?"tanya Haesoo. Dia mula mencengkam lengan Niki tanpa dia sedar. Walaupun tak sakit tetapi Niki tahu Haesoo sedang menahan perasaannya.
"Wae Niki?!"jerit Haesoo penuh emosi. Dia sudah tidak dapat menahan lagi perasaannya. Rasa sakit pada kepala semakin bertambah dan mukanya semakin pucat. Pelukan Niki terlepas apabila Haesoo menolak tubuh Niki agar menjauh. Gadis itu memandang Niki dengan pandangan tajam.
Niki ketap bibirnya apabila air mata Haesoo jatuh bertalu-talu. "Noona!"pujuk Niki sambil cuba menghampiri Haesoo. Tetapi Haesoo mengundurkan diri. Dia tidak membenarkan Niki untuk dekatkan diri dengan dirinya. "Malhae?! Kalau betul kamu cintakan noona.. Kenapa perlu curang?!"soal Haesoo sekali lagi.
"Atau kamu masih permainkan noona sama macam mula-mula kita bercinta?!"tambah Haesoo. Niki tersentak apabila Haesoo mengungkit kisah lama mereka. Sebelum dia benar-benar jatuh cinta dengan Haesoo, dia sememangnya mempermainka gadis itu. Semuanya disebabkan oleh satu pertaruhan yang dia buat bersama rakan-rakannya.
"Aniya, noona. Aku betul-betul cintakan noona! Aku sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan noona!"jawab Niki. Dia terus menarik Haesoo secara paksa dan memeluk gadis itu. "Lepaslah!!"marah Haesoo. "Maafkan aku noona... aku tahu aku salah. Aku terlampau rindukan noona sehingga aku perlu lampiaskan nafsu aku pada orang lain!"jujur Niki.
Haesoo kepal penumbuknya. "Mwo?!"soal Haesoo tak puas hati. Rindu bukan lah alasan untuk Niki tiduri perempuan lain. "Micheoseo?! Rindu aku? Perlu lampiaskan nafsu? Jadi betullah yang kamu selama ini Cuma mahukan tubuh noona?"tanya Haesoo yang benar-benar kehilangan kepercayaan terhadap Niki.
Niki terus meremas rambutnya. Dia tertekan apabila Haesoo tidak faham apa yang cuba dia sampaikan. "Aniya, noona... aku cintakan noona. Jaebal! Bagi Niki peluang lagi!"rayu Niki sambil menyentuh lengan Haesoo. Haesoo terus menepis tangan Niki. "Jangan sentuh aku lelaki tak guna!"balas Haesoo. Dia terus berjalan meninggalkan Niki.
Niki ketap bibirnya. Dia boleh rasa yang emosinya semakin tidak stabil. "Noona yang paksa Niki buat semua ni!"gumam Niki seraya menghampiri Haesoo daripada belakang. Tangannya mula mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. "Haesoooo!"jeritan Hyejin mula kedengaran. Hyejin mula berpusing-pusing mencari kelibat Haesoo.
"Hye-"belum sempat Haesoo mahu membalas panggilan Hyejin, Niki terlebih dahulu menutup mulutnya. "I love you, Choi Haesoo!"bisik Niki. Mata Haesoo membulat apabila Niki menyuntikkan sesuatu pada lengannya. Pandangan matanya mula berbalam. "Aku akan pastikan noona hanya milik aku! Sleep well, my love!"tambah Niki sebelum Haesoo hilang kesedarannya.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...