Title : let's think about it.
Taehyun dan Haesoo berbalas pandangan. Gadis itu baru sahaja sedar dan kebetulan Taehyun yang menjaga gadis itu. "Mianhae!"ujar Taehyun bagi memecahkan sunyi antara mereka berdua.
Haesoo tersenyum tipis. "Bukan salah oppa... Semua ni salah mereka yang mempunyai sifat tamak!"balas Haesoo sebelum dia mengalihkan pandangan. Taehyun ketap bibirnya.
"Kau boleh salahkan aku atas semua yang terjadi tapi..... please, jangan bencikan aku sebab aku sentuh kau!"ujar Taehyun seraya menunduk. Haesoo mengeluh. "Haesoo dah kata kan yang oppa tak salah... Semua ni adalah salah mereka!"balas Haesoo tegas.
Taehyun terdiam. "Hae tak minta oppa tanggungjawab selepas apa yang terjadi. Kita berdua terdesak nak selamatkan diri. Oppa tak perlu rasa terbeban!"pujuk Haesoo. Tetapi pujukan Haesoo itu membuatkan Taehyun rasa lebih bersalah.
Haesoo tahu Taehyun rasa terbeban dan rasa bersalah sekarang. Memang benar Haesoo tak minta Taehyun bertanggungjawab keatasnya. Taehyun ada kehidupannya sendiri dan dia bebas untuk memilih.
Lagipun sebaik sahaja dia sihat. Dia dan Jungwon akan tinggalkan kota Seoul. Rancangan yang dibuat oleh Haesoo dan Jungwon selepas Haesoo ingat akan memorinya. "Oppa ... Hae tak bencikan oppa!"pujuk Haesoo lagi.
Suasana mula sunyi apabila Taehyun diam tidak membalas. Haesoo tersenyum tipis sebelum menoleh memandang kearah jambangan bunga yang ada diatas meja. "Jungwon!"serunya perlahan apabila perasaan rindu terhadap kembarnya hadir.
"Macam mana kalau kau mengandung nanti?"tanya Taehyun. Haesoo kaku dengan soalan Taehyun. Taehyun memandang Haesoo dengan pandangan tegang. Lelaki itu tidak bermain dengan soalannya.
"A-apa mak-maksud Oppa?"tanya Haesoo sedikit tergagap. Tanpa sedar tangannya mula bergegar. Dia mula memikirkan jika dia mengandung. Sanggupkah dia mengikat Taehyun hanya kerana anak itu?
"Fikirkannya Haesoo... Macam mana kalau kau mengandung anak aku? Masih bukan salah aku? Kau masih tak nak aku bertanggungjawab? tak mustahil kau mengandung selepas apa yang terjadi antara kita!"jelas Taehyun berserta dengan fakta.
Mereka berdua kembali diam. "Oppa pula? Oppa sanggup bertanggungjawab? Oppa sanggup kahwin dengan Hae tanpa ada rasa cinta?!"soal Haesoo dan tanpa dia sedar air matanya mula mengalir. Taehyun terdiam.
"Ini tentang masa depan kita oppa... Hae tak nak paksa oppa kahwin dengan Haesoo semata-mata mahu bertanggungjawab... Jika Hae mengandung sekalipun. Hae boleh besarkan anak kita sendiri!"ujar Haesoo yakin.
Taehyun ketap bibirnya. "Jadi kau nak biarkan anak kita membesar tanpa kasih sayang seorang ayah? Kau sanggup?!"soal Taehyun. Haesoo boleh rasakan emosi tidak stabil daripada nada suara Taehyun.
"Taehyun oppa, kita terlanjur hanya sekali dan peluang untuk Hae mengandung itu terlalu tipis... Masa oppa sentuh Hae, Hae bukan berada dalam fasa yang subur. Hae yakin yang Hae tak akan mengandung.."ujar Haesoo.
"Jika Hae mengandung sekalipun... Hae tak akan halang oppa untuk jumpa anak kita!"tambah Haesoo bersama senyuman tipis. Taehyun kepal penumbuknya. Dia memandang Haesoo dengan pandangan dingin.
"Choi Haesoo!"seru Taehyun yang jelas sekali geram. Haesoo mula bermain dengan jarinya. "Oppa... Berikan Hae masa untuk fikiran masa depan kita. Perkahwinan bukan lah perkara yang boleh dibuat main!"ujar Haesoo.
YOU ARE READING
T̺͆u̺͆b̺͆a̺͆t̺͆u̺͆ S̺͆e̺͆r̺͆i̺͆e̺͆s̺͆ : A̺͆n̺͆t̺͆i̺͆-r̺͆o̺͆m̺͆a̺͆n̺͆t̺͆i̺͆c̺͆
RomanceChoi Haesoo. Nama gadis yang selalu disebut oleh Yeonjun dan Soobin semasa mereka masih sekolah menengah. Tetapi pada usia 29 tahun, akhirnya Kang Taehyun bertemu juga dengan si pemilik nama. Gadis itu seorang yang ceria dan memiliki perwatakan yan...