"Kenapa kau ni bodoh sangat pergi bakar salah satu kau punya bank dekat Korea?" Ayden tanpa salam masuk tolak pintu pejabat Aaden. Eh sejak bila dia bagi salam?
"Aku atau kau yang bodoh sekarang ni? Takkan aku nak bakar cawangan bank aku sendiri?" Aaden balas tenang. Ayden terdiam. Ya tak ya jugak.
"Macam mana boleh terbakar bank tu?" ayden mula serius. Aaden berdiri.
"Bapak mertua adik kau yang bakar bank tu." sekali lagi Ayden tergamam. Bukan Lord strok?
"Jangan la bodoh sangat. Budak anjing tu banyak. Setakat dia sakit tu apa la sangat." balas si Aaden lagi. Dia ke tingkap.
"Apa masalah Bapak mertua adik kau tu? Dia tak support menantu ke macam mana?" Aaden cakap datar.
"Diorang tak kahwin atas kerelaan mak bapak. Kau tau kan." Ayden pulak jelaskan.
"Bullshit je semua tu. Aku nak bunuh anjing kurap tu." Aaden dah ada ura-ura nak buka kot.
"Jangan buat perangai. Ingat sikit isteri kau kat rumah. Balik awal malam ni. Kau balik lambat buat apa?" Ayden tak sedar diri menasihatkan orang sedangkan dia pun kadang-kadang balik lambat.
"Tak payah nak nasihat aku. Yang ada isteri tu adik kau. Bukan aku. Aku punya pasal la nak buat apa pun." Ayden diam. Aku benci betul cakap dengan diri Aaden ke dua ni.
"Ikut suka hati kau la." Ayden dah berdiri nak keluar dari pejabat Aaden.
"Pesan kat adik kau nanti, terima kasih bagi aku rasa dunia walaupun sekejap. Dan aku minta maaf atas damage yang aku dah buat." Aaden bercakap tak pandang Ayden. Dia pandang kaca dinding yang menampilkan banyak bangunan pencakar langit.
AC
"Aaden. Kenapa awak balik lambat lagi hari ni?" July yang tunggu sanggup berjaga sampai pukul 3 pagi menyapa Aaden.
"Kau jangan sibuk hal aku boleh? Aku menyampah la. Aku punya pasal la nak balik pukul berapa pun." Aaden dah mula mendaki tangga.
"Aaden kenapa awak buat saya macam ni? Awak buat rumah ni macan hotel ikut suka hati awak je nak keluar masuk rumah ni. Lepas tu masa untuk saya tak da langsung. Keluar awal pagi balik lewat malam. Kalau niat awak buat saya terseksa ya Aaden saya terseksa tapi saya dah janji nak stay. Saya akan stay." July tahan tangis. Jangan menangis! Kena kuat!
"KAU JANGAN BISING BOLEH TAK? KAU TAU TAK BAPAK KAU TU YANG TAK GUNA TU DAH BAKAR SATU BANK AKU! YANG KAU DEKAT SINI BISING-BISING TANYA AKU KE MANA BALIK PUKUL BERAPA KENAPA? KENAPA KAU TAK PERNAH BIAR AKU SENDIRI KENAPA JULY KENAPA?" Aaden memegang kuat tangan July. Dia marah sekarang ni. Tapi mata dia keluarkan air mata. Dia marah tapi air mata dia mengalir.
"Sakit Aaden." July meringis. Dia cuba pegang muka Aaden.
"Jangan pegang aku lah!" tangan July ditepis kuat. Bahu July ditolak ke tepi.
"AADEN!" July menjerit sebelum dia terguling jatuh dari tingkat dua. Sekarang dia dah dekat kaki tangga. Kaki July berdarah. Aaden yang pandang tu terdiam kemudian..
Buk.....
Aaden rebah menyembah bumi. Dia tak sedarkan diri.
AC
"Mana July?!" Aaden yang baru bangun terus menjerit. Zayyan dengan Mrs Adryele yang menunggu terkejut. Andrea yang baru masuk pun terkejut.
"Kau dah buat apa dekat isteri Aaden ha?" Zayyan bertanya keras. Dia siap pegang kolar Aaden untuk tumbuk muka Aaden.
"Please Zayyan aku nak jumpa isteri aku. Aku rindu dia. Aku cuba dapatkan dia. Tapi aku tak mampu. Aku nampak dia berdarah. Tapi aku hilang kesadaran. ZAYYAN MANA ISTERI AKU?!" Aaden meronta-ronta nak bangun. Mrs Adryele menangis.
"Kau dah sedar ke Aaden?" Aaden mengangguk. Apa lagi dark side dia buat kali ni? Last dia keluar, dia hampir bunuh Andrea. Naisb baik Ayden dan Arisha sempat tahan dia. Kalau tak tahu lah apa rasanya Kalau dia dah berjaya bunuh kakak dia sendiri.
"Aaden.... Kau kena kuat." Andrea datang ke Aaden. Aaden terdiam. Kenapa ni?
"Isteri kau..."
AC
"Kau tak boleh salahkan diri kau. Ni semua kerja orang dalam diri kau. Kau takkan kehilangan zuriat kau kalau dia tak hancur kan isteri kau." Aaden yang masih tenggelam dalam dunia dia tak bagi reaksi. Dia nak jumpa July.
"Aku nak jumpa July Zayyan. Kau kena tolong aku." Aaden dah turun dari katil wad.
"Woi woi tak menyempat betul la kau ni." Zayyan pulak terkejar-kejarkan Aaden. Aaden laju je tolak air yang digantung ke tangan dia.
"Masuk la. Dia boleh buat patung cendana pulak depan ni." Zayyan buat muka bosan. Tadi beria nak jumpa isteri dia.
"Fuh..." pintu pink tersebut ditolak. July yang duduk memandang langit senja tak menghiraukan Aaden. Zayyan yang tau Aaden perlukan ruang tunggu di luar. Biar suami isteri tu selesaikan apa yang patut di selesaikan.
"July..." nama July meniti di bibir Aaden. July berpaling memandang Aaden. Dia tersenyum lembut.
"Aaden awak dah kembali." Aaden yang pandang senyuman tulus July terus jatuh di riba July.
"Sorry. Sebab aku kita kehilangn anak kita yang pertama. Aku bunuh anak kita." Aaden menangis semaunya dia riba July. Dan July masih tersenyum.
"Bukan salah kau yang anak kita dah tak da. Tapi aku kan still ada kau." July usap lembut rambut Aaden.
"Kan aku suruh kau lari. Kenapa kau stay? Tengok apa dah jadi?" Aaden menangis lagi sampai mata dia bengkak."Hey, tempat isteri kan di sisi suami dia. Aku nak lari mana lagi? Suami pun satu ja. Kalau ramai tak pa la jugak." July ketawa dengan lawak dia sendiri.
"Aku tak bagi kau kebahagiaan yang aku janjikan. Aku cuma tau sakit kan kau. Maafkan aku..." Memang tak lepas perkataan maaf dari bibir Aaden. July tersenyum lembut lagi.
"Tak pa la. Sekarang kita betulkan apa yang salah ok. Tidur dengan aku la malam ni." July tersenyum. Dia memeluk Aaden. Lelaki yang dia rindukan sangat-sangat.
"Nak nak nak. I miss you so much." Aaden senyum sambil memeluk July kemudian pintu ditolak dari luar. Ayden masuk.
"Im sorry to both of you. Aku salah faham." Ayden berhenti sekejap.
"July. If you want anything orang kill anyone Just hit me up. Aaden. Bukan dia yang bunuh Arisha. Arisha mati tak disengajakan. Dia selamatkan July. Bapak dia sendiri hantar bom tu untuk bunuh July. Maaf atas salah faham ni. If korang nak apa-apa aku kat luar." Ayden terus keluar. Bersalah betul rasa hati lepas dapat tahu benda sebenar. Lepas je Ayden keluar, lagi teruk Aaden menangis.
Ni semua salah aku!
YOU ARE READING
C | MRS. FOR AADEN
RandomFOURTH BOOK OF BAD GIRL July Alayna Valerie. perempuan pelik lagi misteri. tiada siapa tahu sejarah dia, tiada siapa tahu kewujudan dia. kenapa begitu? DAH BAGITAU TADIKAN DIA GADIS MISTERI YANG KAU TAK PAHAM LAGI KENAPA? Aaden Collins. lelaki ba...