"Kau ingat lawak ke? Aku baru lepas kahwin kut." Zayyan dah buat muka sebal. Ye seperti yang dirancang. Habis je kenduri Zayyan dalam 3 jam Aaden paksa Ryn dengan Zayyan ikut dia balik Malaysia.
"Ah tak de kau tak dengar ke aku cakap aku tak nak?" Zayyan membalas. Ingat lawak ke? Aku nak rehat pun tak sempat lagi.
"Aku bayar gaji kau kan? Ikut aku." zayyan buat muka jengkel.
"Sesen pun kau tak pernah bayar aku." Aaden diam sekejap. Betul jugak.
"RYN OOO RYN..." Aaden dah memang nama Ryn. Elok je kawan tu muncul dekat tangga. Sebelah kening dinaikkan.
"Ikut aku balik Malaysia. Pergi kemas baju. Zayyan suruh kau ikut sekali balik malaysia." Zayyan tergamam. Ni dah melebih anak haram ni.
"Tak...."
"Yow! Pakabar! Lama siak tak jejak kaki aku kat rumah ni." Jack dengan Sri melangkah masuk dengan Sri mendukung seorang kanak-kanak mencecah setahun. Tak kenal siapa Jack? Ni mesti tak baca kisah dongeng kanak-kanak. Tak de la aku melawak ja. Jack tu yang bunuh orang tapi tak dapat diungkap identiti tu.
Lagi sekali aku melawak.
Yang layan cerita ni dari siri 1 akan tahu sapa Jack. Yang tak tahu boleh ulang dari buku 1.
"Sejak bila kau kahwin dan sejak bila kau ada anak?" Jack letak jari telunjuk dia dekat mulut sendiri.
"Tu rahsia." Zayyan pandang ke arah lain. Ni kata dia bodoh melantun-lantun.
"Woi budak. Sini. Anak siapa kau ni?" Aaden dah pegang kaki sebelah budak tadi dan diangkat terbalik.
"Kau ingat lawak ke si**? Letak anak aku balik sebelum aku bunuh anak kau nanti." Sri dah naik ke kepala darah dia. Angin betul.
"Garunk. Apa nama budak ni?" Aaden tanya sambil menarik-narik pipi budak tersebut.
"Loyd Logan William." Jawab Jack. Kemudian dia tersenyum memaparkan gigi dia yang tersusun elok. (Sri kena belanja aku aiskrim sebab 15 minit aku pikir nama anak dia. Sampai buka Google tau.)
"Buruknya nama. Patut letak nama lain." selamba Aaden.
"Kau ada anak kau letak la." pasrah Jack.
"Ha dah alang-alang kau kat sini jom la kita balik Malaysia." Zayyan pandang Jack kemudian tangan dilarikan sebaris di leher menandakan mampus la kita.
"Tak boleh la. Kambing aku tak makan lagi. Ayam aku bertelur semalam." Jawab Jack bijak. Tak nak aku teman setan ni balik Malaysia. Jap gi aku jadi korban pulak.
"Kalau aku cakap jom maksud dia semua wajib pergi." Aaden dah memutuskan semuanya.
"Buat apa kau nak balik malaysia?" Kan jack dah konpius.
"Revenge."
AC
Sebuah jet peribadi telah elok mendarat di Collins Airlines. Kemudian 3 pasangan keluar dari jet tersebut.
"Sehari je kau rehat berhoneymoon. Lepas tu ikut aku. Kau pun sama sehari je bercuti. Banyak benda nak settle." Aaden bagi arahan.
July dan Aaden menaiki GMC Hummer EV SUV ye la dia bawak balik Danya dengan Danyal. Dia nak Danya balik jumpa family Umar mungkin dia akan tinggal sana sekejap untuk dia "bermesra" dengan diorang.
Zayyan dan Ryn menaiki McClaren 720s manakala Jack dan Sri menaiki Porsche Macan ye la mesra untuk kanak-kanak sikit. Tak da la sempit budak Loyd tu rasa. Masing-masing bergerak bertentangan arah.
"Danya. Im gonna send you to your grandma and grandpa house. I want you to be nice with them and watch out your brother. Never let anyone hurt him. And I will fetch you in three days." Aaden terang dekat Danya. Danya dengar dengan tekun. Danyal dah tidur dekat pangkuan July yang elok usap kepala Danyal.
"I will." Danya sambung buka iPad dia. Ye guys dia dah mula belajar untuk uruskan business hotel dan kumpulan Mummy dia.
Selepas beberapa jam perjalanan, ye la macam kau tak duduk dekat Malaysia. KL tu belah mana yang tak jamed? Semua lorong jamed. Akhirnya keluarga kecil tersebut sampai di sebuah banglo mewah.
"Wah sampai dah pun semuanya. Mari la masuk." Kelihatan seorang perempuan muda menyambut mereka. Di samping perempuan tersebut terdapat seorang kanak-kanak kecil muda setahun dari Danya. Pandangan mata dia sesuatu sangat.
Kemudian Aaden, July, Danya dan Daniel masuk ke dalam rumah. Danya yang tak biasa kena buka kasut masuk rumah dah terkial-kial.
"Come I help you." July tunduk tolong Danya. Danyal dari tadi Aaden yang dukung. Danyal cukup berat untuk seorang July dukung. Aaden tak nak July ambik apa-apa risiko.
"Thank you." Ucap Danya. Dia menarik nafas dalam dan menghembus. Penat.
"Awak ni siapa?" Budak perempuan tadi pandang Danya musykil. Danya hanya diam pandang dia. Kau kenapa bodo?
"Dia ni Danya. Sedara awak juga. Kenalkan. Ni Sara." senyum Amanda. Cantik betul Danya. Mata dan rambut sebiji ikut ayah dia. Kulit putih melepak ikut mak dia.
"Danya Aqisha. That's my brother. Danyal Aqasha." Amanda terdiam sekejap. Satu pangkat dia pun dia tak sebut. Rendah diri.
"Kami minta maaf tak sempat ziarah arwah." Tengku Aysha beriak sedih. Dia dapat tahu Umar dan Arisha terlibat dalam satu kemalangan. Tapi mereka tak sempat nak melawat.
"Takpa. Doakan mereka pun dah cukup." senyum July. Aaden diam. Dia memerhati Sara. Budak tu semacam la. Kalau dia cuba apa-apa kan Danya atau Danyal aku angkat bawak balik. Tak jadi aku tinggal kat sini.
"Aaden. Bawak bersabar ye. Pandai Arisha dan Umar didik Danya. Sedikit pun dia tak kisah dengan pangkat nama dia." Aaden mengangguk mengiakan. Arisha cuma didik Danya untuk menjadi Assassin dan Business Woman. Mungkin Umar yang ajar Danya jadi macam tu.
"Saya tinggalkan Danya tiga hari. Lepas tiga hari saya datang ambik dia. Dia perlu balik ke British semula." Aaden senyum sedikit untuk Tengku Aysha. Dia dah berdiri untuk keluar.
"Saya dan isteri ada hal nak kena kejar. Tolong tengok kan Danya dan Danyal. Jangan ada satu garis luka pun dekat mereka. Kalau ada. Sampai mati aku cari sapa yang buat dia macam tu. Terima kasih." Senyum Aaden. Mungkin mereka menganggap Aaden sekadar melawak. Tapi sedikit je luka dekat Danya dan Danyal satu family tu dia buru dan bunuh.
"Kami balik dulu." July melambai mesra ke arah Danya. Danya angkat tangan dan melambai sekali. Sedih pulak rasa nak berpisah. Takpa tiga hari ja.
"Sara takkan bagi permainan sara dekat Budak tu!" tak sampai seminit Aaden balik sara budak tak cukup akal tu buat perangai. Uncle Ad, do you want me to fix this shit too?
Hai kawan kawan kawan. Ok so sekarang dah berpuasa bulan Ramadhan yang berkat ni ofc. Saya nak menyusun sepuluh jari untuk korang minta maaf dengan aku tak la melawak je. Aku minta maaf kalau buku ni banyak menitiskan air mata korang dari buku yang lain. Aku tau sebab memang buku ni dibuat untuk seksa mental kalian. Jadi sebab tu aku nak minta maaf. Halah. Nanti aku buat lagi. Nanti aku minta maaf lagi hehe. Bye kawan kawan kawan.
Love
Xyz
![](https://img.wattpad.com/cover/235520396-288-k88262.jpg)
YOU ARE READING
C | MRS. FOR AADEN
RandomFOURTH BOOK OF BAD GIRL July Alayna Valerie. perempuan pelik lagi misteri. tiada siapa tahu sejarah dia, tiada siapa tahu kewujudan dia. kenapa begitu? DAH BAGITAU TADIKAN DIA GADIS MISTERI YANG KAU TAK PAHAM LAGI KENAPA? Aaden Collins. lelaki ba...