26 | deal

302 17 57
                                        

  Aaden menggenggam tangan July erat. Marya yang baru sampai tengok mereka berdua sambil menurunkan kaca mata hitam dia. Dia jalan masuk ke rumah dengan fail ditangan.

  "Marya." Andrea pandang Marya yang baru masuk. Dia menegur sekali. Marya mengangguk sekali sambil duduk atas salah satu sofa di ruang tamu.

  "Marya." Aaden pulak datang dengan July sambil tangan mereka bertaut erat.

  "Hai anak pungut!" dengan tiba- tiba Zayyan datang ke ruang tamu. Muka bahagia sebahagia alam.

  "Kau buat apa kat sini?" Ayden hiraukan Zayyan. Aku maleh layan budak tu.

  "Aaden. Jangan lupa deal kita. Aku bawak surat tu. Kau dah buktikan kau tak mampu. Serahkan dia dekat aku." Marya cakap dengan tegas.

  "Aku tau kau datang dengan niat ni. Aku tau Deal kita. Surat tu. Kau simpan." Dengan terpaksa perlahan tangan July dilepaskan.

  "Kerja aku tak susah. Aku benarkan July kemas barang dia. Sepanjang dia dalam jagaan aku kau tak boleh ambik dia dari aku." Marya mengangguk mengiakan apa yang dia kata.

  "No. Aku tak nak ikut. Aku nak duduk dengan Aaden." July buka suara. Dia bukan perempuan boleh ditindas.

  "Ni kau dengar sini July Alayna Valerie. Sebelum dia kahwin dengan kau dulu dia dah buat deal dengan aku. Kalau dia berkasar dengan kau aku akan ambil kau. Tapi aku tak boleh ambik kau awal sebab aku banyak hal nak kena selesaikan. Dan Arisha pun dah buat deal kalau apa-apa jadi kat kau tu giliran aku untuk jaga kau. Jadi sekarang ni kau nak tak nak kena ikut aku balik. Faham?" July terdiam. Dah tak ada talian hayat.

  AC

  "Hey. Kau duduk dengan Marya buat sementara boleh? Aku janji bila kes ni selesai aku akan ambil kau balik. Ok?" July tarik nafas dalam-dalam.

  "Promise me?" Jari kelingking dihulur. Aaden ketawa kecil. Comel.

  "Ye promised." dia genggam terus tangan July dan kucup perlahan.

  "Ok I go. Bye." July Tarik lauggage dia. Aaden terdiam. Dia berdiri di sebalik langsir. Melihat pemergian July yang dah masuk dalam kereta Marya. Sebelum dia masuk ke dalam kereta, July pusing dan melambaikan tangan ke arah Aaden. Aaden tersenyum kecil. Air mata dia perlahan mengalir.

  Hilangnya kereta Marya dari penglihatan Aaden dia pusing untuk turun. Kemudian dia nampak Zayyan yang berpeluk tubuh depan pintu dia.

  "Kau nak apa?" Aaden bertanya perlahan.

  "Yey! Jom la clubbing. Kau dah single balik kan?" Zayyan ubah suara jadi gembira. Dia pun sedih tengok Aaden macam ni. Aaden berjalan ke arah Zayyan. Dia lap air mata.

  "Yey! Jom keluar yey!" Aaden ceriakan wajah. Jangan biar orang nampak air mata tu!

  "Jangan bagitau sesiapa." Aaden berbisik ke Zayyan. Zayyan mengangguk dan merangkul bahu Aaden.

  "Kita beres kan semua ni cepat ambik isteri aku eh isteri kau balik AHAHAHAHAH gare la abe ni. Maroh maroh." Zayyan tergelak lucu. Waktu tu diorang dah sampai ruang tamu. Yang lain pandang cuma geleng. Dah besar pun perangai tak berubah.

  Tapi diorang tak tahu apa sebaliknya yang terjadi..

  AC

  Gais ni peringatan. Bab ni bukan untuk 16 tahun ke bawah. Jadi kalau anda 16 tahun dan kebawah sila skip. Aku tak nak nanti ada yang komen ada budak-budak la  author. Aku mengamuk lagi nanti.

  Kaki Aaden melangkah masuk ke tempat yang bising tersebut. Ryn dan Zayyan setia di belakang. Ryn ikut sebab Zayyan tak nak Ryn berpisah dari dia. Dia nak pastikan sentiasa Ryn ada depan dia. Selamat dan terjaga.

  "Mana bos kau?" Aaden pandang manusia yang duduk depan pintu. Berkerumun orang dekat situ ada yang menari ada yang menggoda ada yang bercium. Such a disgusting place.

  "Dalam." Terus dia buka pintu. Nampak seorang lelaki yang sedang minum wine sambil merangkul erat perempuan yang berpakaian separa bogel. Aaden duduk atas kerusi depan dia. Ryn dan Zayyan macam biasa berdiri di belakang kiri dan kanan Aaden.

  "Im glad big boss yang turun terus." Si lelaki tersenyum sinis. Aaden pasang muka bosan. Kalau tak sebab Ayden paksa dia, dia tak datang tempat bodoh ni.

  "Ok jom bincang. Kau dah datang mesti kau setuju kan?" Aaden diam sekejap. Apa masalah anak pungut tu dia tak bagitau aku kejadah apa pun nak datang sini.

  "Ni surat perjanjian." Aaden ambik surat tersebut.

  "Lindungi harta aku." jawab si lelaki.

  "Kau tahu bila kau nak deal dengan syarikat aku, apa syarat dia." Aaden selesai membaca surat perjanjian tersebut.

  "Aku tau dan aku setuju. 30% harta aku milik kau." Aaden tersenyum kecil. Tangan dia ke belakang pada Zayyan. Zayyan serahkan sampul coklat atas tangan Aaden. Aaden letak sampul atas meja kaca depan dia.

  "Kau dah setuju?" Lelaki tadi bertanya sambil mengarahkan perempuan dalam bilik tersebut mendekat dengan Aaden.

  "Stop dekat situ. Pelacur kau tak setaraf isteri aku. Dia tak mampu nak buat aku bernafsu. Muka dah la tak lawa. Body pun tak laku." Terangkat sebelah kening si lelaki tadi. Dia baru kutuk pelacur high class aku ke?  

  "Tak da yang dapat tandingi isteri aku." Balas Aaden lagi.

  "Ok ok tapi apa kata kau guna dia malam ni je? Mana tahu dapat puaskan kau?" Aaden ketawa sinis.

  "Tak payah dan tak perlu." Aaden bersandar lagi.

  "Aku nak hadiahkan dia dekat kau. Dia selalu dapat permintaan paling tinggi dekat club ni." Tarang panjang lebar si lelaki tadi.

  "Tak perlu hadiah." Aaden buka sampul surat yang nak bagi dekat lelaki tadi sebagai tanda dia setuju.

  "Apa aku boleh gantikan sebagai hadiah?" sebenarnya Aaden pelik dengan dia ni. Dah la nak jumpa dekat club? Walaupun Aaden mafia, ni first time orang ajak jumpa dekat club semata-mata nak sign kontrak.

  "Aku tak berminat dengan semua hadiah kau. Dah selesai ke semua ni?" Aaden hampir menurunkan tanda tangannya atas kertas tersebut sebelum telefonnya berbunyi. Nama Marya terpapar.

  "Kenapa?" tanya Aaden datar. Nasib lagu dalam ni tak kuat. Kalau tak haih bingit woi.

  "Isteri kau kena serang Ad. Tapi sekarang dia selamat dengan aku. Dia berjaya bunuh orang tu dan dapat tahu dalang dia. Orang depan kau Aaden. Dia cuba dapatkan isteri kau. Jangan jalankan apa-apa contract dengan dia. Susah kau nanti." Terang Marya panjang lebar dengan nafas tercungap-cungap.

  "Ok." tu je balasan Aaden kemudian pen di tangan di letak kembali. Muka diangkat pandang muka lelaki depan dia. Bibir Aaden senyum tak dapat diagak.

  Senyum Aaden yang

  Psycho dan brutal.

C  |  MRS. FOR AADEN Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang