Bab 5

1.6K 135 12
                                    

"ARGHHHHH!!" Aku menjerit dengan kuat sambil memeluk tangan sasa milik Tengku Adrian. Aku tak peduli orang cakap aku ini gedik atau mengada - ngada. Dah aku takut, yang lagi dia pilih cerita hantu yang bertajuk the medium. Memang tiga mnusia ini suka kacau aku ke??

Scane yang memaparkan cctv, aku tekun melihat scane itu. Scane itu hanya memaparkan video yang bewarna hijau gelap dan hanya menunjukkan perabot dan barang - barang di bahagian bilik dan ruang tamu. Aku melihatnya dan berharap tidak akan ada jumpa scare, malangnya sia - sia sahaja aku berharap. Scane itu mengeluar hantu yang sangat menakutkan sampai aku menjerit dengan kuat.

"ARGHHHH HANTUUUUUU" aku menarik tangan Tengku Adrian yang menjadi perisai yang tak bergaji untuk menutup mukaku kerana terlalu takut dengan cerita itu. Huwaaa, memang malam ini aku tak tidur malam sebab tengok cerita ini.

"DARAHHHHHHHHHH" jeritku dengan kuat, kali ini aku memeluk tubuh badan Tengku Adrian. Kenapa kali ini dia tunjuk camera man kena makan? Setahu aku camera man akan selamat tak kira apa berlaku!! Tengku Adrian ketawa kecil lalu menarik badanku, rapat dengannya. Aku dah tak peduli apa dia nak buat asalkan aku tengok cerita hantu ini berteman.

Aku menyorok di bawah ketiaknya, aku dah tak sanggup nak tengok cerita itu. Kalau teruskan melihat cerita itu, rasanya aku dah boleh dapat heart attack. Uishh ngeri. Sepanjang cerita itu bermula aku hanya memeluk badan Tengku Adrian dengan erat. Maafkan aku Tengku Adrian!!

"Angkat muka awak, sweety.... Cerita tu dah habis" aku jeling memandang screen pawagam itu. Hanya kosong. Aku menarik nafasku sebagai tanda lega. Sofia dan Amir memandang aku dan Tengku Adrian. Terus aku melepaskan pelukkanku. Cepat cover Arluna sebelum dua mangkuk ayun itu cop kau couple dengan Tengku Adrian.

"Kau nampak apa aku nampak?" Amir bertanya pada Sofia. Dia mengangguk dengan laju sambil senyum misteri pada Amir. Tak guna!! Dia mesti cakap aku couple dengan Tengku Adrian, ARgghhh bodoh ini semua salah Tengku Adrian. Kalau dia tak pilih cerita hantu ini, dah lama aku tak peluk dia macam budak 7 tahun.

"Dahlah cepat, aku nak balik!!" aku menarik lengan baju milik Tengku Adrian. Malunya aku!!! Semua salah Mamat ni!!! Aku berhenti jalan lalu menoleh memandang Tengku Adrian. Dia memandangku dan aku melihat badannya dengan senyuman jahat. Terus aku menumbuk perutnya dengan kuat. Padan muka dia!! Siapa suruh cari pasal dengan aku!! Aku berlari anak dengan gelak ketawaku.

SUAMIKU ENCIK BODYGUARD

"Adrian apa kata kamu duduk dulu?" Ibuku bertanya pada Tengku Adrian. Tak geleng tak angguk terus aku heret dia masuk dalam rumah. Kenapa aku tiba - tiba jadi baik? Sebab di luar rumah tengah hujan lebat, aku pasti ayah atau ibuku akan membebel meminta aku untuk mengajak Tengku Adrian untuk masuk ke dalam rumah.

"Ish kamu ni pun, ajak dia baik - baiklah" aku menutup mataku dan menutup telinga. M. A. L. A. S. Aku malas nak dengar bebelan ibuku. Aku duduk di sofa sambil memandang along. Raja Bala dah datang dah. Along tersengih padaku lalu dia berdiri di belakang Tengku Adrian.

"Luna, boyfriend kau ke?" dia menunding ke arah Tengku Adrian. Aku meraba - raba mencari kapak atau sepucuk pistol. Aku nak bunuh terus si along ini. Biar dia tak dapat kahwin sebab mati awal, hahaha.

"Diamlah kau beruk" aku campak bantal sofa ke muka along. Tepat dan sangatlah kuat. Along terlompat kecil kerana balinganku, aku ketawa kecil melihatnya terus aku duduk bersilang, macam mafia gituw, eh jauh betul aku berangan.

"Luna siapa ni?" angah bertanya padaku. Aku tersengih padanya, malasnya lahai nak terangkan dekat dua manusia ini.

"Boyfriend dialah angah oii" Along jawab dengan selambanya. Kali ini aku baling remote televisyen. Kalau kena kepala dia memang bagus biar kasi kepala itu benjol sebesar bola golf.

"Lambat lagi Luna nak ada boyfriend. Orang yang along dengan angah tanya tu, bodyguard Luna, faham? Bukan boyfriend tapi bodyguard" aku menjawab soalan angah. Lebih nagus aku jawab soalan mereka berdua cepat - cepat sebelum si along bagi jawapan merapu.

"Lahh bodyguard? Ayah tak cakap apa - apa pun kat along. Entah - entah dia memang pakwe kau. Tak payahlah nak shy - shy cat sangat. Cakap jer yang dia tu boyfriend kau, Luna oii" aku bangun dari tempat dudukku. Aku menuju ke dapur sanbil diperhati oleh tiga orang manusia itu. Kau tunggu aku buat surprise, alang - alang hari ini hari jadi aku.

Aku membawa keluar pisau lalu berjalan dengan lembutnya ke arah mereka berdua. Aku sudah siap bersedia untuk mencampak pisau ini tepat ke atas kepalanya. Angah menepuk bahu along dengan kuat meminta dia larikan diri. Tak semudah itu untuk kau larikan diri dari aku. Terus aku kejar dia dengan pisau di tanganku.

"Arluna!!! Maafkan aku Arluna!!!" jeritnya.

"Sampai kau dapat anak pun aku takkan maafkan kau along!!!" jeritku. Tengku Adrian memeluk badanku yang kecil ini dan along pula berdiri di belakang angah. Aku meroyan mintak di lepaskan. Pisau yang dipegang olehku terus di ambil oleh Tengku Adrian.

"Sweety... Jangan buat perangai... Boleh?" lembut dia berkata di telingaku. Aku berhenti bergerak. Automatik mukaku naik merah. ARGHHHH aku blushing!!! Selepas dia melepaskan pelukannya terus aku belari menghadap dinding. Aku menghentak kepalaku dengan kuat di dinding. Kalau dapat amnesia lagi bagus, bolehlah aku dapat lupakan peristiwa yang buat aku malu untuk beberapa kali.

"Woii woii aku tahu kau gila tapi tak perlulah sampai hentak kepala kau, cik luna oii!!" Badanku ditarik oleh along tapi aku masih berdegil dan cuba untuk hentak kepalaku di diding.

"Sah, adik aku dah jadi gila. Along kau call hospital tanjung rambutan atau hospital bahagia" selamba angah aku berkata pada along. Aku menumbuk perut angah aku. Bagi aku hilangkan malu aku woii.

"Weh memang Luna gila dah weh. Aku rasa hospital tanjung rambutan pun tak nak terima dia, sebab terlebih gila. Mengerikan!!" along tak henti - henti berkata tanjung rambutan, agaknya impian dia nak pergi ke tempat itu kut. aku berhenti bergerak apabila aku rasa dahiku seperti basah. Aku menyetuh dahiku dan aku melihat tanganku sudah basah dengan cecair merah pekat.

"DARAHHHH" aku meroyan sambil terduduk dengan menjerut mengalahkan pontianak. Suasana di ruang tamu jadi huru hara sehinggalah ayahku muncul.

"Dah kenapa korang.... Arluna kenapa dahi kamu berdarah?" terkejut ayahku sampai dia melepaskan beg kerjanya. Dia belari anak ke arahku. Dia memegang kepalaku lalu dia memusingkan kepalaku ke kiri dan kenana, auchh sakit!!

"Korang nak tengok si Arluna ini mati sebab kekurang darah ke? Pergi call ambulans sekarang!!" terus tuga jejaka itu belari cari telefon untuk membuat panggilan. Kepalaku masih dipegang oleh ayahku. Dia tidak henti memusingkan kepalaku, rasanya kejap lagi kepala aku dah boleh jadi skru 2.0 boleh cabut dengan senang dan boleh dipasang semula dengan mudahnya.

TENGKU ADRIAN FARZAN × ARLUNA IRASYAH

 1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√Where stories live. Discover now