DENGAN kusyuk aku mencari sesuatu di pejabat pos ini. Evan juga membantu aku mencari petunjuk kedua selepas petunjuk pertama ditemui di rumahku.
"Dah jumpa!" jeritnya. Dia mengambik sampul surat yang diletakkan bawah peti pos.
Aku menoleh memandangnya dengan senyuman terukir dimukaku. Aku dah macam budak kecil yang pantang nampak lolipop. Aku belari anak ke arah. Evan memberikan satu sampul surat kepadaku. Apabila dibukak hanya ada gambar bulan.
"Gambar bulan?" aku merenung gambar yang membuatkan aku buntu.
"Bulan tu cantik..." pelahan Evan berkata. Kami merenung gambar itu untuk beberapa detik. Automatik Evan dapat jawapan.
"Kita kena pergi pusat sumber"
"Tapi dekat mana?" Even tersenyum jahat lalu menarik tanganku dengan laju. Kami berdua menaiki bas free untuk pergi ke pusat sumber. Pusat sumber itu terlalu besar, kalau sesat memang sampai ke kiamat tak dapat keluar.
Aku mencari buku tentang bulan. Malangnya tidak jumpa. Aku mencari di rak lagi satu, dari atas dipandang hingga ke bawah tidak jumpa. Kenapa teka teki ini terlalu susah sangat? Cubalah bagi senang sikit, tak adalah nak perah otakku dengan teruk.
"Signora Arluna!" dia memanggilku sambil membawa keluar satu buku yang sederhana tebal. Aku melihat buku itu lalu membukak muka surat seterusnya secara lembut. Di bahagian tengah buku itu hanya tertulis satu nota.
Bunga Yang mempunyai makna selamat tinggal dan kematian
Lagi sekali aku buntu, tidak dapat memikirkan apa - apa. Apa maksudnya? Bungan yang ada makna selamat tinggal? Aku mengambil semula telefon Evan. Aku ingin bertanya pada pakcik Google kerana laman sosial ini akan memberikan aku jawapan yang aku tidak tahu.
A black rose is often taken as a symbol of impurity, revenge, ugliness and immortality. When sent to a person, it often signifies no hope, no return and final farewell. This symbolizes goodbye, no hope for any communication in future, and no return from a perilous journey.
aku tersenyum miang selepas aku mendapat jawapan itu. Tapi kenapa dengan bunga mawar hitam? Aku perlu membeli bunga itu ke? Aku berfikir sejenak melihat gambar bulan itu dengan nota itu.
"Bila seseorang cakap dekat kita yang bulan itu cantik, ia bermakna dia sukakan kita. Tapi kalau kita balas matahari terbenam itu kelihatan cantik, ia bermakna kita suka dia tapi kita melepaskannya" Evan berkata. Aku menghadam kata - katanya cukup dalam. Mentol jawapan mula muncul.
Bermakna, bunga rose mawar ada makna tersirat sendiri. Bunga mawar hitam melambangkan kematian, selamat tinggal dan sebagainya. Dan bulan ini pula mempunyai makna tersendiri, dalam bahasa jepun ia bermakna 'saya suka awak' dan makna matahari terbenam pula 'saya sukakan awak tapi saya melepaskan awak'. Aku angguk macam orang gila.
Aku sudah berjaya faham apa yang diucapkan oleh Evan. Petunjuk ini berkata tentang perpisahan dan penolakan dalam percintaan. Aku memandang Evan.
"Jarang ada bunga rose merah dekat malaysia, tapi Kita kena pergi kedai bunga. Manalah tahu ada kan?" aku berkata padanya. Dia angguk faham terus kami berdua belari dengan laju keluar dari pusat sumber yang terlebih besar.
Mari kita mulakan mencari petunjuk bersama Arluna the explore!
SUAMIKU ENCIK BODYGUARD
"Boleh saya bantu?" seorang wanita yang rambut pendek bewarma kekuningan emas. Matanya bewarna biru dan mempunya senyuman yang comel berserta lesung pipit.
YOU ARE READING
1.0 SUAMIKU ENCIK BODYGUARD S1√
De TodoDia memandang tepat ke arah anak mata aku sambil mengacukan sepucuk pistiol ke arah pipi aku. "Aku tahu kau takut. Aku tak nak buat apa - apa kat kau. Aku cuma nak pertolongan kau. Panggil bodyguard kesayang kau jumpa aku" "Kalau aku tak nak? Apa ka...